Skip to main content

my new simple room in hostel;

owkeyh, petang ni, aku nak buat entry khas untuk bilik baru aku. haha well, before this aku roomate sm Seri, since my senior dah tamatkan pengajian di kampus, aku pun pindah la bilik seorang. x jauh dari bilik lama.selang sebilik saja. iaitu bekas bilik kak yana dan kak suhaili.aku belum hias2 lagi ni bilik, sebab lum ada elaun kan. nnt ada elaun, baru aku fullblast menghias.sekarang ni yang simple2 ja dulu

so, memandangkan aku seorang saja dalam bilik,kena la juga lapis tu tilam dua2 tu tilam kan. ini bukan tilam aku, walaupun ianya pink, tapi inilah adalah tilam untuk tetamu. i mean, sapa2 yang nak temankan aku tidur, inilah katil mereka. so, memang tilam ni khas untuk Seri sebab kalau malam beliau akan tidur dibilik ku.

and tadaaaa..this is mine. kenapakah hijau? aku pun tidak tahu lah. mungkin sebab ini cadar baru yang mama bagi, so, aku pun teringin la mahu tidur atas ni.orang pun hairan kenapa aku bercadarkan warna hijau, tapi entah la, aku pun blurr juga ni masih.mungkin faktor tikar asas warna hijau yang buat aku rasa okay2 pakai hijau.

so, meja dalam bilik sorang satu.since aku sorang, aku gabungkan tu meja jadi begini. walaupun ianya melanggar undang2 asrama, tapi nanti aku tukar tu. buat masa sekarang aku suka ianya begini. kalau ada spotcheck ni, confirm aku kena bagi surat tunjuk sebab ;p dan kerusi aku letakkan bantal kecik sebab aku kan online dari siang ke malam, takut sakit belakang bah

dashboard aku pun belum terisi lagi. cuma ada jadual kelas saja. masih awal kan di kampus, so belum tahu lagi mahu tampal apa. maybe for the next two weeks, penuh la sudah tu dashboard. harus letak gambar family supaya ada kekuatan melalui hari di kampus.

that's all.aku agak tak paham apahal sebahagian dari tulisan aku ada garisan dibwahnya. aku dah bertahun2 blogging, tapi aku tak tahu nak hilangkan nya =_=' so, aku biarkan sajalah begitu. haha sorry, agak bidak ya, penulisan entri aku. tidak kemas. i really don't like it.

till the next entry, aku nak mandi. nak cuci rambut. pastu nak makan biskut cecah milo atau teh susu. eh, pastu solat maghrib dan isyak. pastu baru tengok movie bersama Wanti ;)

Comments

Anonymous said…
tiba2 ada semangat homey entri ko yang ni..hurm..ntahla~mungkin aku yang homesick..hurmmmm... :\
aaalalala..
ciannya ko..
sabar aaa :)
aireeNaneza said…
patutla cam knal...lum baca g entry...tgk gambar dah kenal tikar..hehe...tmpat kitorg buat bising dlu.. =)
Wynda said…
sa pun smngat mo kc kms bilik oo bc entri kak teja..:)
AQuezyeZye said…
nice intro about ur room...simple n nice..ada mirip2 bilik aque before renovation..hehehehehe
kak aireen, hehe bilik tu dah senyap sepi skrg.. sbb sorg je dlm bilik kan

wynda, ba~marilah mengemas ;)

aquezyezye, hahaha thanks2. tggu ada elaun, baru fullblast menghias ni

Popular posts from this blog

Kenapa kita selalu dapat benda yang kita tidak suka?;

setengah tahun berlalu. ada satu perkara yang aku belajar selama itu, yang aku sedari pada hari ini. bahawa, aku selalu dapat benda yang aku tak suka, dan tak mahu. dan benda yang aku mahu, aku tunggu, aku suka, memang aku tak dapat. dalam hidup, aku rasa selepas ini, aku tak perlu buat list apa yang aku tak suka, and aku tak mahu, sebab ianya seperti cuba untuk melawan takdir yang Allah tentukan buat aku. dan aku perlu sedar dan tahu, dan perlu fahamkan, sejauh mana kita merancang, se-perfect mana aturan kita, kadang kala Allah tak izinkan semua itu berlaku. atas sebab apa? sebab di atas semua itu ada hikmah yang akan berlaku. aku nak bagi contoh hal macamana aku tak suka, aku takut aku mengguris hati dan perasaan pula. cuma, aku rasa tak lengkap kalau aku tak cakap semua. i mean apa yang aku cuba maksudkan dalam hidup aku. 1) dari dulu, aku cakap, yang aku tak berminat langsung untuk ajar sekolah menengah. biar apa sekalipun. - tup tup aku jadi guru ganti sebulan sek...

aku demam, batuk, dan gatal2 satu badan;

hellooooooww meellooowww mashimellow watermelonlow,and bla bla bla..entah apa punya introduction. sangat tidak menarik. sampai aku rasa aku nak hentak kepala manja2 kat dinding. hari ni aku perlu aktifkan mood sakit aku. cian aku, entah berjangkit dari siapa la ni, sampai aku punya flu dan batuk2 timbul. semalam, ya ampun, punya susah mahu tidur. aku bersin non stop. bayangkan la aa..sampai aku rasa mahu cabut hidung aku malam tu juga, dan tidur dengan lena. dek kerana bersin yang x henti, sampai menganggu diriku untuk bermimpi yang indah2 bersama tersayang,aku bangun pagi tadi, macam mahu pengsan. semua berpusing2, sampai aku menangis sorang2 dalam bilik. Tsk..tsk.. T___T dah lah sekarang tidur sorang, memang sadis lah. seri ketuk pintu tadi pagi, dia dah siap p kuliah. aku pun buka pintu, dengan rambut menggerbang semacam, sumpah, kalau aku jalan2 jam 2 atau 3 pagi, orang sangka aku hantu. kwang3x.. aku gtaw aku tak p kuliah, dan sms si bebeh. minta simpati kunun. supaya ada kekuatan...

Tips, Nasihat Dan Trick Buat Adik Junior IPG;

so, for today, aku baca kat facebook, all my junior dah habis exam. so that's mean, mereka dah habis segala sengsara hidup lima tahun setengah di IPG. wow! cepat masa berlalu. as a concern senior, aku rasa aku perlu berkongsi tips, nasihat and also trick as a new teacher bila dah pijak sekolah secara REAL. i mean yes! for real. sebab praktikum and penempatan pertama memang SANGAT SANGAT BERBEZA.  and here it is; #1 GET READY! yes. get ready untuk semua benda dan hal. termasuk ready mental untuk tahu dimana kita ditempatkan, and also fizikal mana lah tau sekolah tu gred P3 yang memerlukan fizikal anda untuk sampai ke sekolah.  #2 BERANI berani bukanlah berani mau tumbuk orang, and so on. berani untuk sahut cabaran, in case ditempatkan di sekolah yang memang bukan pilihan. jujur, aku kata, aku tak pilih SARAWAK dalam mana2 pilihan, tapi Allah tempatkan aku di sini, di MIRI. dan jujur juga, aku menangis sepanjang malam sebab memikirkan status pedalaman sekola...