Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Bersangka Baik;

Allah tidak makbulkan doa kita, kerana itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik pada Allah. Allah tahu apa yang terbaik, untuk hidup kita kini, masa depan, dan selamanya

Pelajaran Dari Kehilangan;

kehilangan. satu hal yang bisa aku pelajari, dari kehilangan ini adalah cintailah orang yang benar benar cintakan kita, berbanding orang yang kita cintai. kini, kata kata itu membuatkan aku faham.

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

A letter to Arwah Mohd Bahrul Azam Bin Mohd Sirat;

Dan ingatlah, Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang atau sesuatu yang bernyawa apabila sampai ajalnya dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai segala Yang kamu kerjakan (QS. Al-Munafiqun : 11). Assalamualaikum. Aku baru sahaja selesai dari hospital. Pelbagai rasa ku rasai dalam malam ini. Aku seolah olah tidak percaya, bahawa dia pergi buat selamanya. Post aku mungkin agak panjang. Sebab aku sendiri tidak ada point utama. Aku cuma mahu menulis betapa kehilangan seseorang yang sangat rapat dalam jiwa kita tidak semudah di sangka. Sedangkan melihat aktor mati dalam drama sudah buat aku menangis semahunya, apatah lagi di dunia nyata. Aku mengenali arwah seawal Jun 2010. Ketika itu, aku masih ingat bahawa aku salah seorang fasilitator untuk minggu orientasi arwah. Jujur aku tidak mengenali arwah sangat ketika itu. Namun, seminggu selepas orientasi ada satu chat keluar di ruangan facebook "Hi, nak pinjam buku boleh?" (i dont reme

bahaya patah hati;

bahaya. bahaya mencintai perempuan. yang sudah mati hatinya. kerana kecewa. sekalipun, dia berusaha untuk mencintai semula, namun, seolah olah tiada perbezaan. dia tidak tahu cara mencintai tidak tahu cara dicintai dan lebih parah, mungkin tidak mengerti, erti cinta sebenar. patah hati bertahun yang lalu, kesan yang mendalam hingga kini. maafkan aku masa sekarang.

Tersimpan rapi;

dunia aku tidak seindah yang lain. namun ku isi dengan hal kerja, hal murid, hal perniagaan, di dalam lubuk hati aku, ada nama yang terisi, ada hati yang kuingini. namun, aku sedar dan pasti. bahawa ianya tidak semudah itu. ianya bukan seperti itu. lalu, aku simpan rapi, agar tiada siapa yang tahu. lantas, menjauhi prejudis, melarikan diri dari salah faham

Always, Selamanya;

Lagu ini, Perasaan ini, Kekal selamanya. Mungkin kamu tidak tahu, tapi aku yakin dengan jelas, setiap kali mendengar lagu ini hati aku mencari, merintih pada dirimu

Mimpi Ku Adalah Kamu;

terima kasih, kerana muncul dalam mimpiku. itu sudah buat aku gembira, kerana sekurang-kurangnya, aku dapat melihat dirimu dari mimpiku. walaupun engkau sering muncul dalam hidupku, seolah olah ada yang perlu aku selesaikan, namun aku tahu dan pasti, masa akan menentukan segalanya. buat masa ini, biar aku dan kau, bertemu dalam mimpi.

kekal melangkah, terus pergi;

sudah hampir setengah tahun, ianya berlalu. setiap hari aku berdoa, aku diberikan kekuatan, untuk terus utuh dengan keputusanku walaupun ada ketikanya, aku rebah, dan berputus asa. namun, kerana kebahagiaan diriku, dia dan orang lain, aku memilih untuk terus kekal dan keputusan ini. semoga apa sahaja yang ada waktu ini, menjadi keputusan yang paling tepat. setidak-tidaknya untuk membahagiakan orang yang lebih layak.

Kebenaran Penipuan Hatiku;

apa yang aku tulis di Facebook, Instagaram kebanyakkan adalah salah satu cara untuk aku tutup kebenaran. Kebenaran berkaitan soal hati. dan segala apa yang ingin aku perkatakan dengan jujur, aku tulis bait bait kata itu dalam blog. sebab aku yakin dan pasti, hanya yang benar benar ingin mengenaliku, akan baca blog dan mengikuti segalanya. terima kasih, kerana menjadi salah satu ruang untuk aku berkongsi rasa. anda tahu anda siapa. anda pembaca setia ku.

teruslah menjadi baik;

setiap hari, aku berdoa, agar aku mampu terus menjadi yang lebih baik, baik kepada sesiapa pun, agar bisa menjadi inspirasi kepada yang lain. agar aku dikurniakan orang yang baik baik, di kiri dan kanan, yang bersama ku menuju kehidupan hadapan.

Kehadapan Masa Lalu, Silakan Baca;

ada satu hal yang berlaku di masa lalu, yang aku sia siakan, kau pernah, terlepas cakap, lantas menghancurkan sesuatu? aku pernah. dan sampai sekarang aku yakin dan pasti, dia masih pegang kata kata itu. kata kata yang aku ucap separa sedar, sedikit pun bukan niat ku. namun, kerana kata kata itulah, aku yakin dan pasti, cinta itu terkubur begitu sahaja, sungguh, seperti salah untuk ingat semua itu kembali. namun, kerana perkara itu lah, aku rasa aku tidak pernah move on, tidak pernah lepas, tidak pernah mahu untuk pergi, tidak pernah berani untuk melupakan. kamu, asal saja kamu tahu, sekalipun sudah bertahun lamanya perkara ini, kamu SALAH FAHAM. dan aku yakin dan pasti, kamu tahu, bahawa aku sedikit pun tidak terniat, untuk mengeluarkan kata kata itu, pada malam tersebut.

Penghapus Dosa;

ada yang kata, apa yang berlaku kepada diri kita pada hari ini, detik ini, merupakan balasan kepada dosa yang telah kita lakukan dulu. ya, aku yakin dan percaya ianya adalah benar. apa sahaja yang berlaku sekarang adalah cara cara Allah bersihkan dosa aku yang terdahulu. redha, dan percaya, disebalik semua ini, ada hikmah di hadapan

Cinta, Aku Menyerah;

Kali ini aku mulai berhenti Berhenti tuk mencintaimu Telah ku coba untuk bertahan Aku semakin terluka Sebenarnya ku tak ingin berpisah Namun hati tak bisa menerima Terlalu dalam kau lukai hatiku Tak sanggup lagi bertahan Cinta aku menyerah

silent reader;

hi silent reader! Terima kasih kerana menjadi pembaca setia, nukilan, bisikan hati, diari kehidupan. tiada apa yang dapat ku kongsikan secara tersurat. semua ku ceritakan dalam bahasa yang tersirat agar apa yang ada di dalam hati kekal menjadi rahsia

Kau;

tiap bait bait katamu, masih jelas di ingatan, masih kemas di fikiran. tiap bait bait nasihatmu, masih ku genggam selalu masih ku ingati selamanya tiap bait bait jenakamu, masih ada di senyumku, masih ada di tawaku tiap bait bait teguranmu, masih ku pedomankan, masih ku sematkan kau selamanya akan berada di memoriku, kerana kuatnya aku, kerana tabahnya aku, adalah kerana kau.

Sukar;

Perasaan yang sukar. Namun, aku harus dahulukan yang halal sekalipun ianya menyakitkan. Apa sahaja yang aku rasa, dan fikirkan, ianya adalah satu dosa. Tetapkanlah hatiku Ya Allah. Berikan aku kesabaran. Berikan aku kekuatan untuk terus yakin dengan pilihan ini. Kata hati mungkin menipu, sekalipun ianya menebal

kenapa berhenti?

aku berhenti. berhenti dari terus menjadi seorang pengakap. rehat? mungkin. tapi dalam konteks hidup aku sekarang, berhenti. berhenti dan berlari. berlari sejauh mungkin, sehingga tiada apa apa lagi yang boleh ditoleh di belakang. sungguh aku kecewa, aku terkilan, aku .............................................. kerana aku bertahan kerana sesuatu, dan kerana sesuatu itu juga aku berhenti. biarlah aku seorang sahaja tahu, kenapa, mengapa, alasan utama aku berhenti berpengakap. pengakap adalah hidup aku, tapi aku perlu berhenti dari berada di hidup itu. kerana, hidup seperti itu tidak lagi sesuai