Skip to main content

My 10 days of holiday!;

huu kemain lama cuti cuti aku kali ni. planning utama memang nak ke konvokesyen saja, but, turn out to be, banyak aktiviti yang kami lakukan. and yes, I really had fun during my holiday with family and my memet, Seri. tapi tak terasa sangat pun 10 hari tu, since semua masa sangat pack, jadual penuh gila, sampai nak jumpa kawan pun susah. aiyo!

after my graduation day, kami semua ke Port Dickson untuk family day sebelah abah punya famili. kami tinggal di Mess Greysand iaitu rumah pegawai kanan PDRM. macam macam kami buat. dah memang famili belah abah semua sporting gila, so, memang masuk la semua aktiviti. 

kami memulakan aktiviti selepas check in adalah berkaraoke. aku ni pantang jumpa mikrofon, so nyanyi tak ingat dunia mau tiga jam. sampai kazen pun dah jadi DJ untuk tukar lagu. haha
malamnya, kami ada bbq night. semua jenis seafood ada. makan makan menghadap pantai memang sangat best lah. kuantiti aku makan tak lah banyak, since aku dapat makan ayam dan burger jer.seafood is a NO for me. allergic
sepatutnya aku ikut banana boat ni. cuma entah la, bila woke up in the morning tu, tiada mood pula nak bermain air. so tengok kazen, nephew, zana and abah jer lah

balik dari PD, we all lunch kat Batang Benar untuk gulai kawah. untuk lidah lembut macam aku, makanan pedas memang tak masuk lah kat tekak. kalau encik boyfie yang pergi ni, aku rasa sekawah tu pun dia boleh habis makan. haha
esoknya lagi, kami ke Temerloh, Pahang for my aunty wedding belah lelaki. haha  and abah drove to Pahang sendiri . clap clap to Abah and thank you so much GPS haha
tak dilupakan juga, esoknya , aku, Zana and Seri ke Genting untuk bersuka ria. muka ni adalah muka gayat. sepanjang naik dan turun skyway, aku memang asyik berpegang dengan tiang dalam cable car tu. serius, aku memang tak bergerak langsung. wuuuuuu

encik boyfie minta ambil gambar depan hotel colourful ni. haha I don't know for what reason
balik dari Genting, kami ada makan makan lagi kat Ramal Food Junction. and of course, untuk Satay Kajang Willy. 
tapi, aku dah terjatuh cinta dengan macaroni cheese kat sini. pheww sumpah sedap!!!
malam sebelum kami balik, family aku decide untuk buat kenduri kesyukuran untuk aku dan Seri sebab telah konvokesyen. berpenat2 dulu hari sebelum balik, tidur pun lambat sebab cuci piring mangkuk belanga lepas kenduri
bacaan doa
thank you kawan kawan Apik dari UM yang sudi datang
and not to forget kepada Siti Khairiah and Nurul Khairunie yang sudi datang :D
fyi, ada dua beg lagi masih tinggal kat KL x dapat bawa since takut lebih muatan haha
itulah cerita perjalanan aku selama 10 hari. actually baru 30% kot cerita ni, selebihnya aku masih lum story lagi. sebab aku sendiri tak tahu macamana nak keluarkan ayat ayat untuk entri ini. till the next holiday! p/s; choose the right person to holiday with, and keseronokan itu pasti 10 kali ganda terasanya! *trust me!*

Comments

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Day 13: Someone You Look Up To;

Abah dan Mama since dia cakap someone, aku memang tak boleh pilih sorang. both of them are someone I always look up to. and that's my parents. most of the time, aku rasa sangat berbangga sebab dilahirkan dalam keluarga ini. kami bukan dari keluarga yang kaya raya, yang banyak duit, tapi both of my parents tak pernah biarkan kami rasa susah. kadang-kala, apa yang kami mahu kami dapat juga. ABAH babah adalah orang yang paling kuat kerja. sikit pun tidak mengeluh.even sudah umur 50 tahun this year, tapi still maintain macam orang muda. even tenaga babah rasanya lebih tinggi dari anak muda zaman sekarang. awal pagi, my dad akan buat burger, untuk my sister jual di sekolah. then pergi kerja, sebagai lorry driver dari pagi sampai ke petang. then malam, ada kerja sampingan. pasang kem (untuk orang kawin2 tu). kalau ada masa di rumah pun, jarang lah. itu semua untuk kami cukup makan, cukup pakaian, dan cukup serba serbi. kalau ada masa dirumah, dia akan online facebook. haha main gam...

SBE 4; SK Sri Gaya #1

Ini adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah saya yang terakhir. dan kami memilih untuk pergi ke SK Sri Gaya. sepanjang empat kali SBE ini, mesti saya buat dengan roomate saya sendiri. alasan utama kami pergi sekolah ni adalah sekolah ni dekat dengan ofis bapa dia and mahu rasa pengalaman yang terbaru di sekolah kluster. so, ini dia cerita hari pertama di SK Sri Gaya; bangun sahur tadi jam 3.30 pagi. after that, sambung tidur. haha and kami lambat bangun lepas tu. terjaga dalam jam 6 pagi. okay, sangat kelam kabut. borang kami langsung belum isi. sampai saja sekolah, nasib baik belum mula perhimpunan lagi. cari mana Bilik Guru Besar dan sekali tengok di dalam, ada sudah beberapa guru pelatih lain yang buat SBE sana. dari IPG Keningau dan Kent. so, tidaklah kami berduaan ja di sekolah sepanjang minggu ni. GB buat temu bual dengan kami. dan dia tanya2 the previous school kami pergi.SK Sg Bedaun di Labuan, SK Weston di Beaufort, SK Likas di KK.then suddenly GB tu tanya. GB: Aik? kenapa boleh ...