Alhamdulillah, setelah 7 bulan menunggu jawapan dimana negeri pertama aku ditempatkan, keluarlah juga keputusan itu.aku tak adalah tanam anggur sangat, sebabnya aku ada juga jadi guru ganti dua kali, ajar tusyen, sempat juga aku bisnes, wah, tak terasa juga 7 bulan berlalu begitu pantas.
dan dimanakah negeri aku bertugas yang pertama;
TADAAAAAAAAAAAAAAA!
SARAWAK BUMI KENYALANG!!!! |
Okay honestly, aku rasa macam shock gila sebab dapat Sarawak. which is dalam hati aku, aku nak sangat dapat Labuan tak pun dapat Tawau, Kunak or Semporna. hahaha! sekalinya dapat Sarawak, memang la aku sedih. sebab dalam otak aku dapat Sarawak confirm pedalaman yang tiada line, tiada internet, tiada apa apa semua. serius, aku sangat kuno!
lama aku nak positifkan diri, walaupun encik boyfie balik balik dah cuci telinga aku untuk bersyukur dan bukan merungut, tapi aku merungut juga balik balik. haha sehinggalah aku dapat nama sekolah aku yang pertama iaitu Sekolah Kebangsaan Sok, Matu di Daro. rasa sangat lega sebab sekolah tu area luar bandar. semua ada. elektrik, air paip, line handphone okay, internet ada.
then tak lama lepas tu, aku ada baca post dari seorang guru yang meminta untuk bertukar suka sama suka. dia nak dari Miri ke Daro. since aku orang yang paling awal tau dimana daerah aku sebabnya aku call semua 31 ppd d Sarawak untuk tahu nama sekolah! then aku inbox beliau dan berkata aku setuju untuk tawaran itu.
Alhamdulillah, semua urusan pertukaran itu diuruskan oleh dia. aku cuma bantu dia dalam bagi info peribadi aku dan ermm apa ya? haha aku tak urus apa apa pun.. and finally, thanks once again JPN Sarawak sebab benarkan pertukaran suka sama suka. dia ke Daro, dan aku ke Miri.
for sure my family akan lebih happy sebab nya flight dari Labuan ke Miri 5 kali sehari. hahahah! lagi lah dekat balik rumah. bukan itu sahaja, hanya sejam setengah dari Miri untuk ke sekolah. dan yang paling untung lagi, aku dapat P1. haaaa dah jauh jauh ni kan, biarlah grab the chance ambil elaun P1 tu.
dan sekolah aku yang latest ini ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Bakas, Bakong, Miri =)
sedikit info mengenai sekolah ini, ianya terletak sejam setengah dari bandar Miri dan berada di tepi jalan. tiada air paip dan hanya menggunakan air hujan dan juga air sungai. juga tiada elektrik kerana menggunakan generator 24 jam. line telefon ada iaitu Celcom sahaja. dan ada internet sekolah.
yang lain aku tak tahu sangat, sebab aku belum jejak lagi sekolah ni. hahaha aku just dapat info dari cikgu sekolah ni sendiri dan senior aku. nanti aku sampai sekolah, aku snap gambar, aku buat entri pasal sekolah yer.
flight aku ke Miri jumaat ini bersama mama. barang aku, ermm sikit je kot bawa dulu sebabnya tak lama lagi akan ada cuti raya. yeaaayy! tak sampai sebulan, cuti lagi. sangat suka begini. tapi apa yang lebih excited aku dah tak sabar untuk tahu aku nak ajar subjek apa, and kerja apa yang akan aku dapat.
yang lain aku tak tahu sangat, sebab aku belum jejak lagi sekolah ni. hahaha aku just dapat info dari cikgu sekolah ni sendiri dan senior aku. nanti aku sampai sekolah, aku snap gambar, aku buat entri pasal sekolah yer.
flight aku ke Miri jumaat ini bersama mama. barang aku, ermm sikit je kot bawa dulu sebabnya tak lama lagi akan ada cuti raya. yeaaayy! tak sampai sebulan, cuti lagi. sangat suka begini. tapi apa yang lebih excited aku dah tak sabar untuk tahu aku nak ajar subjek apa, and kerja apa yang akan aku dapat.
and ini gambar sekolah aku yang aku curi dari google. haha!
Comments
alright. thanksss! :)
dadyana,
eheeh ya. jalan ke lapok ni org ckp. mostly if jalan darat, limpas skola sis. tepi jalan signboard, tp kena masuk dlm lg la.. mmg banyak. under ppd miri cuma ada p1 dan p2. yg lain smua d masukkan dalam area Subis or Baram hehe thanks dear~