ada satu hal yang berlaku di masa lalu, yang aku sia siakan, kau pernah, terlepas cakap, lantas menghancurkan sesuatu? aku pernah. dan sampai sekarang aku yakin dan pasti, dia masih pegang kata kata itu. kata kata yang aku ucap separa sedar, sedikit pun bukan niat ku. namun, kerana kata kata itulah, aku yakin dan pasti, cinta itu terkubur begitu sahaja, sungguh, seperti salah untuk ingat semua itu kembali. namun, kerana perkara itu lah, aku rasa aku tidak pernah move on, tidak pernah lepas, tidak pernah mahu untuk pergi, tidak pernah berani untuk melupakan. kamu, asal saja kamu tahu, sekalipun sudah bertahun lamanya perkara ini, kamu SALAH FAHAM. dan aku yakin dan pasti, kamu tahu, bahawa aku sedikit pun tidak terniat, untuk mengeluarkan kata kata itu, pada malam tersebut.