Finally, 5 Julai 2013 aku telah selamat melapor diri di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakas, Bakong, Miri. sekolah ini merupakan antara sekolah pedalaman yang dibawah PPD Miri. terletak di area Bakong yang mengambil masa selama sejam lebih dari bandar Miri. aku tiba di airport bersama mama dengan 50kg barang. haha! gila punya banyak. dah macam pindah rumah. yang menjemput aku dari airport adalah Guru Besar dan kerani sekolah. bersama dengan seorang wakil PPD dan Pegawai KPM. dah lah datang slumber dengan barang banyak, pakai tshirt jeans dan selipar jepun lagi. haahahha malu i sampai Miri, kami terus ke sekolah. sepanjang perjalanan tu aku tak ada lah nervous sangat. cuma excited nak sampai dan nak tengok macamana lah kehidupan aku lepas ni. Alhamdulillah selepas melalui jalan gravel, jalan tar, jalan gravel, jalan tar balik, jalan gravel balik baru lah sampai sekolah. pertama sekali, aku tarik nafas, cium udara sana. oh, belum ada pencemaran. yeah hahahaha! letak barang kejap...
and vice versa.