Skip to main content

jangan rasa diri kita susah;

me and my husband kadang kadang merungut kenapa kami tak jadi kaya? selalu rasa kami pasangan yang paling susah di dunia.

then satu kali tu, waktu makan di kedai mamak, kami berdua order nasi beriani ayam madu. orang sebelah meja hanya duduk dan diam. tak order apa2 sambil tengok kami.

datang seorang makcik ke meja lelaki tu, "nak, makan ni roti cana dua keping sekali dengan air teh" aku tengok muka lelaki tu sayu lepastu menangis.

aku dan husband terus sedih. ketika itu aku lihat pada piring aku, aku makan nasi beriani ayam madu. yang selalu merungut diri susah, tak kaya, tapi aku masih mampu makan mewah lebih dari dia.

husband kata "tgok sayang, kalau kita rasa kita susah, ada yang lebih susah lagi. at least kita mampu untuk makan mcmni, orang sebelah tu, tunggu orang bagi baru makan".

aku diam. dan saat itu aku bersyukur pada Allah. mungkin aku yang tak pernah sedar rezeki sebenarnya ada di mana2. malahan rezeki untuk menikmati bahagia rumahtangga juga aku dapat.

sejak daripada itu, aku sentiasa set dalam minda tiap kali aku rasa susah. "kalau aku rasa susah, ada lagi yang lebih susah. sekurang2nya aku masih ada pilihan untuk berusaha".

kenapa kita rasa sentiasa susah?

sebab kita tak pernah rasa syukur, tak pernah gembira dengan apa yang kita ada. dah ada ini, mahu lebih lagi. sedangkan kita lupa, apa yang ada sekarang, adalah sebaik baik yang Allah berikan untuk hidup.

seringkali hidup kita berkisar mengenai wang. tanpa wang tidak bahagia. sebab apa saja didunia ini perlu bayar termasuk tandas. tapi pernahkah anda berada di satu keadaan yang satu sen pun tiada di dunia ini? aku pernah.

pada ketika itu, satu sen aku tiada. tapi saat itu aku sedar, aku ada insan disisi aku yang bernama suami. yang ada bersama tenangkan jiwa dan positifkan semua hal. yang membisikkan kepada aku "sayang, kita mungkin tiada wang, tapi kita ada bersama"

kesedaran mengenai kesyukuran itu ada yang datang lambat, ada yang datang cepat mengikut individu. aku banyak alpa dalam urusan dunia, namun sedikit pun aku tak pernah lupa segala yan terjadi itu adalah ketentuan ilahi.

sekian, perkongsian tengah malam. sekadar renungan kita bersama. jangan mengeluh. (terutama untuk aku yang balik2 lah mengeluh hahaha)

Comments

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Day 13: Someone You Look Up To;

Abah dan Mama since dia cakap someone, aku memang tak boleh pilih sorang. both of them are someone I always look up to. and that's my parents. most of the time, aku rasa sangat berbangga sebab dilahirkan dalam keluarga ini. kami bukan dari keluarga yang kaya raya, yang banyak duit, tapi both of my parents tak pernah biarkan kami rasa susah. kadang-kala, apa yang kami mahu kami dapat juga. ABAH babah adalah orang yang paling kuat kerja. sikit pun tidak mengeluh.even sudah umur 50 tahun this year, tapi still maintain macam orang muda. even tenaga babah rasanya lebih tinggi dari anak muda zaman sekarang. awal pagi, my dad akan buat burger, untuk my sister jual di sekolah. then pergi kerja, sebagai lorry driver dari pagi sampai ke petang. then malam, ada kerja sampingan. pasang kem (untuk orang kawin2 tu). kalau ada masa di rumah pun, jarang lah. itu semua untuk kami cukup makan, cukup pakaian, dan cukup serba serbi. kalau ada masa dirumah, dia akan online facebook. haha main gam...

SBE 4; SK Sri Gaya #1

Ini adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah saya yang terakhir. dan kami memilih untuk pergi ke SK Sri Gaya. sepanjang empat kali SBE ini, mesti saya buat dengan roomate saya sendiri. alasan utama kami pergi sekolah ni adalah sekolah ni dekat dengan ofis bapa dia and mahu rasa pengalaman yang terbaru di sekolah kluster. so, ini dia cerita hari pertama di SK Sri Gaya; bangun sahur tadi jam 3.30 pagi. after that, sambung tidur. haha and kami lambat bangun lepas tu. terjaga dalam jam 6 pagi. okay, sangat kelam kabut. borang kami langsung belum isi. sampai saja sekolah, nasib baik belum mula perhimpunan lagi. cari mana Bilik Guru Besar dan sekali tengok di dalam, ada sudah beberapa guru pelatih lain yang buat SBE sana. dari IPG Keningau dan Kent. so, tidaklah kami berduaan ja di sekolah sepanjang minggu ni. GB buat temu bual dengan kami. dan dia tanya2 the previous school kami pergi.SK Sg Bedaun di Labuan, SK Weston di Beaufort, SK Likas di KK.then suddenly GB tu tanya. GB: Aik? kenapa boleh ...