Skip to main content

Rumusan Bulan Pertama Praktikum Fasa 3;

sedar tak sedar, dah sebulan juga aku ber-praktikum di SK Taman Tawau ni. memang tak terasa langsung sebab aku betul betul enjoy kehidupan aku di sana. aku suka dengan sekolah tu, senang masuk cerita dengan cikgu di sana, dan aku sayang murid murid yang aku ajar. yang aku tak ajar aku sayang juga, cuma aku sayang lebih dengan murid yang aku ajar ;p

tak macam praktikum lalu, aku rajin update story aku di sekolah. kali ni macam aku rasa tiada masa nak buat semua tu. sebab praktikum kali ni memang busy. aku sampai tiada masa mau buat action research dan assignment. maybe sebab sekolah aku jauh dari kampus, so masa banyak dihabiskan di jalanraya.

so, untuk tidak membuatkan blog aku ni tiada cerita, aku buat ja la highlight beberapa cerita. cerita2 ni pun sebab ada gambar yang sempat aku capture. *gambar pun tak banyak ambil dalam kelas,sbb sejam penuh dengan mengajar dan urus aktiviti dan murid*

Azhar, Kenneth, Me and Amira. *Denison tiada dalam gambar*
kami berlima praktikum di sekolah tu. Me and Kenneth di sebelah pagi, dan tiga yang lain di sebelah petang. kami jumpa pun if ada aktiviti sekolah or sekejap2 gitu waktu tengahari. kalau mau lepak lama lama memang jarang la sekali, sebab masing2 pun ada komitmen sendiri kan?

meja guru aku sepanjang 3 bulan praktikum
memandangkan kali ni lama sikit aku berpraktikum, so aku beli la tempat letak fail untuk letak fail praktikum aku dan juga portfolio murid subjek PSV. dan juga beberapa hal penting untuk diletak dalam fail aku sumbat semua disitu. aku juga ada box putih yang penuh dengar alat untuk murid. terutama untuk PSV. warna air, warna kayu, krayon, magic colour. semua disediakan agar P&P berjalan dengan lancar

kalendar juga penting buat aku untuk countdown berapa lama lagi praktikum, apa tarikh2 penting dalam hidup dan juga jadual kelas aku. sebab kadang2 aku lupa bila tarikh mau mengajar ni. dan sebotol gula gula itu khas diberikan sebagai ganjaran positif kepada murid. dan selebihnya atas meja tu beg laptop dan juga beg stationery dan juga wayar2 laptop, speaker and so on.

*jadi guru praktikum memang kena banyak berkorban, but trust me, ianya sangat berbaloi =)

fail dokumentasi perkhemahan TKRS Daerah Tawau 2012
sekolah kami jadi tuan rumah untuk camping TKRS Daerah Tawau. so, kami pun dilibatkan sama. sedikit pun  aku tak rasa membebankan, sebab aku memang suka join benda gini. at least dapat pengalaman juga. nanti kalau sudah posting tak juga aku terkapar-kapar bila disuruh jadi penyelaras sesebuah perkhemahan. time ni aku dilantik sebagai Ketua Urusetia. so semua urusan menaip statistik, buat laporan and so on, adalah di bawah aku. *teringat terus masa urus orientasi dan jadi s/u jpp, memang ada kebaikan*

dan siapkan laporan dokumentasi ni actually simple ja. buat assignment lagi susah =_=' dan time ni juga aku belajar untuk siapkan laporan aktiviti yang perlu dihantar kepada PPD Tawau. pengalaman yang sangat sangat bermanfaat buat aku! =)

Cream Puff, Egg Tart
well faham faham lah kalau praktikum sekolah area bandar ni. restoran yang sedap2 memang banyak. apa lagi, sekolah aku dekat dengan Kubota Square (tempat hang out makan paling syok di Tawau, bagi aku) so hari hari macam tak sah kalau tak melepak di Taste Two minum Tea Gula Melaka. pergghhh sedap sejuk2 lagi minum lepas penat mengajar.

area Kubota Square ni juga ada jual pastry yang sedap macam Cream Puff and Portugese Egg Tart. makan sebiji memang tak cukup, mau tambah dan tambah lagi =p dan dengan ini, operasi diet ku hanya di mulut saja, dan sememangnya objektif tidak tercapai.

Selain itu, apa yang berlaku juga bulan ni

  • aku telah diobserve oleh pensyarah major (observation fail berabis, kecewa berabis sampai menangis), juga telah diobserve oleh pensyarah minor (everything was good cuma kena fokus part apresiasi seni), dan from guru pembimbing (kena ajar murid biasakan diri guna bahasa baku dan bukan bahasa daerah mereka)
  • buku RPH ku yang hilang telah dijumpai setelah aku penat tulis RPH yang lama. malas banyak fikir, peduli la sana. ada hikmah juga buku tu Lost and Found
  • aku belum ada langsung satu pun tidur yang berkualiti. heh.
  • aku sudah beli tiket untuk balik Mac ni. yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahh! rindu Labuan sangat2
  • dan esok kami camping lagi di SK MEROTAI BESAR =) wish me luck.
  • that's all~

Comments

Anonymous said…
sejak bila sk pasir putih jadi sk taman tawau erk? pelik

Popular posts from this blog

A letter to Arwah Mohd Bahrul Azam Bin Mohd Sirat;

Dan ingatlah, Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang atau sesuatu yang bernyawa apabila sampai ajalnya dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai segala Yang kamu kerjakan (QS. Al-Munafiqun : 11).
Assalamualaikum. Aku baru sahaja selesai dari hospital. Pelbagai rasa ku rasai dalam malam ini. Aku seolah olah tidak percaya, bahawa dia pergi buat selamanya.
Post aku mungkin agak panjang. Sebab aku sendiri tidak ada point utama. Aku cuma mahu menulis betapa kehilangan seseorang yang sangat rapat dalam jiwa kita tidak semudah di sangka. Sedangkan melihat aktor mati dalam drama sudah buat aku menangis semahunya, apatah lagi di dunia nyata.
Aku mengenali arwah seawal Jun 2010. Ketika itu, aku masih ingat bahawa aku salah seorang fasilitator untuk minggu orientasi arwah. Jujur aku tidak mengenali arwah sangat ketika itu. Namun, seminggu selepas orientasi ada satu chat keluar di ruangan facebook
"Hi, nak pinjam buku boleh?" (i dont remember buku apa) and I r…

ISU PENEMPATAN PELAJAR-PELAJAR LEPASAN IPG AMBILAN JANUARI 2009

Aku copy paste status ini dari group PISMP AMBILAN JANUARI 2009 =D

KEHADIRAN:

1) Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
2) Dr Rodziah (Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian)
3) 2 orang wakil Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
4) 7 orang wakil pelajar IPG Ambilan Jan 09

TEMPAT: Bilik Mesyuarat Pejabat Timbalan Menteri Pelajaran, PUTRAJAYA

PENEMPATAN
- Habis IV & Penilaian Khas, SPP akan buat mesyuarat bagi menentukan siapa yang lulus/ gagal. Bagi penilaian khas, anda sememangnya akan lulus.
- Kemudian SPP akan beri nama kepada BPSM (Jangkaan siap dalam masa 2 minggu)
- Daripada BPSM, nama akan diberi ke BPSH untuk penempatan.
- Data untuk pengagihan penempatan sudah ada, namun BPSH perlu menguruskan pertukaran guru-guru sedia ada terlebih dahulu baru boleh laksanakan penempatan.
- Rakan-rakan interim kemungkinan besar akan dikekalkan di sekolah anda berkhidmat sekarang.

SEBAB PENEMPATAN LEWAT
- Kes Lahad Datu (Perkara luar jangka), KPM & SPP tidak boleh pinggirkan Sabah.
- Sistem open mark…

Martabak Jawa Tawau;

tajuk entri macam resipi saja kan. walhal cerita dibawah ini tiada kaitan sama resipi samaada resipi hidup ataupun resipi yang mati. LOL.

kurang dari lima minggu lagi aku akan bertapak di bumi Tawau. pejam celik, makan tidur, ketawa menangis, akhirnya 5 tahun lebih sudah di lalui. Alhamdullilah, aku masih bernafas lagi. banyak hal yang berubah dalam diri tapi yang terlalu obvious ialah berat badan. ya, semakin hari semakin gumuk! yes! pencapaian yang paling hebat sepanjang hidup.
ayat aku macam bangga jak kan berat badan naik, tapi dalam hati siapa tahu. i sedih tau. dalam hati i meronta2 nak kuyuskan badan, tapi tiap kali i nampak makanan, i terus gembira. i lupa yang i bersedih sebab gemuk. menci tau makanan banyak sedap sedap, especially kat Tawau ni. boleh lah aku bagi gelaran tempat ni syurga makanan. dari nasi goreng lalap, ke es teller, ke bontot ayam (aii tiba tiba masuk list, huahuahua) dan yang paling penting, tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa MARTABAK JAWA. ngeh ngeh ngeh
lagi sedap …