Skip to main content

I love being Independent!;

haih. lately life sangat hectic. adaptasi dalam dunia pekerjaan sebagai guru, memang cabaran sikit. aku memang suka busy-kan diri since IPG, but then bila busy itu dua kali ganda, tak cukup tangan jadinya. apa lagi, bila kau perlu belajar dulu how to deal with it, how to handle it, aigo, memang semua jadi lambat. lama kelamaan, I guess, semua akan jadi normal, and okay. perlukan sedikit masa lagi kot.

and bila aku dah berada di era pekerjaan hidup aku, aku sedar, aku berubah. aku lebih suka buat kerja sendiri. and also, keputusan yang aku buat, kebanyakkan aku fikir sendiri. aku memang jarang tanya pendapat orang including my family and also encik boyfie. buat ni, then baru bagitau. sebab ada beberapa perkara dalam hidup ini, kita yang fikir keputusan tu. rather than, asking people opinion, lepastu dorang akan bagi banyak tip and idea, which is, semua pun berdasarkan pengalaman diri mereka sendiri.

even kalau balik dari kerja, aku mandi, makan, and tutup pintu bilik. aku menikmati hidup sendiri. memang indah tanpa gangguan sebenarnya. buat kerja dalam bilik, tengok movie, dengar lagu, dan tidur. which is memang lebih alive bila bangun pagi. sama juga bila aku turun Miri, seboleh-bolehnya, aku nak sendiri. di hotel sendiri, makan sendiri, beli barang pun sendiri!

sebab, aku tak mau attach sangat dengan orang. sebab sikit saja slack sikit, confirm, akan jadi bahan selisih faham. so before ianya terjadi, buat action sekarang! IPG memang banyak mengajar how to handle people. HAHA. 

aku dah malas nak hidup dalam drama ni. tapi kadang kadang, kalau suka sendiri pun, orang akan buat kesimpulan itu dan ini. dah memang lumrah manusia kan, so, dibiarkan sajalah.

so, untuk entri kali ini, aku bagi dua gambar;


inilah rumah sewa aku yang baru di Miri. Taman Desa Pujut 2. hee. aku sewa dengan geng sekolah bandar ni. so, weekend dan time cuti, ada sudah markas baru untuk aku. aku memang dah lama nak cari rumah untuk sewa, tapi for sure, aku memang tak mahu bayar sendiri, berat kot nak bayar. gaji bukan besar mana ada hati nak sewa sorang ;p 

rumah ni aku sewa dulu, then baru aku bagitau parents and encik boyfie. i told my mom 'mak, aku ada rumah di Miri sudah', and of course lah beliau terkejut, and asked so many things. haha and also to encik bf 'b, yayang ada rumah di Miri sudah' and confirm dia pun terkejut sama. macamni la maksud aku, aku cari rumah dulu, dapat, then baru bagitau. 

sebab bila aku suggest dulu baru cari, ianya akan keluar macam macam masalah dan persoalan. so lagi lama aku berfikir, lagi lambat aku ada rumah. if ada yang baik, just grab it. 

bilik aku masih kosong lagi. by now, aku cari barang yang second hand saja semua. asal boleh guna. if beli barang baru, memang sakit lah. lagipun ini kan rumah sewa saja. bukan rumah betul. so, pelan pelan lah. asal ada tempat berteduh itu sudah melebihi dari cukup.


and aku dan team literasi bm juga ikut pertandingan inovasi BBM. yeahhh! hehe penat buat ni. 3 hari sambil ditemani resdung. sambil buat. sambil bersin. kwang kwang kwang. overall, aku puas hati. kat IPG pun aku tak serajin ini untuk buat macamni.

till the next entry.

p/s; hidup ditempat orang harus jaga mulut :D

Comments

Rina Faustine said…
setuju 100%! hidup tmpt org mst jaga mulut bgus2...n i do prefer alone..lone ranger...hahaha..kn kita power rangers :)~rina~

Popular posts from this blog

aku demam, batuk, dan gatal2 satu badan;

hellooooooww meellooowww mashimellow watermelonlow,and bla bla bla..entah apa punya introduction. sangat tidak menarik. sampai aku rasa aku nak hentak kepala manja2 kat dinding. hari ni aku perlu aktifkan mood sakit aku. cian aku, entah berjangkit dari siapa la ni, sampai aku punya flu dan batuk2 timbul. semalam, ya ampun, punya susah mahu tidur. aku bersin non stop. bayangkan la aa..sampai aku rasa mahu cabut hidung aku malam tu juga, dan tidur dengan lena. dek kerana bersin yang x henti, sampai menganggu diriku untuk bermimpi yang indah2 bersama tersayang,aku bangun pagi tadi, macam mahu pengsan. semua berpusing2, sampai aku menangis sorang2 dalam bilik. Tsk..tsk.. T___T dah lah sekarang tidur sorang, memang sadis lah. seri ketuk pintu tadi pagi, dia dah siap p kuliah. aku pun buka pintu, dengan rambut menggerbang semacam, sumpah, kalau aku jalan2 jam 2 atau 3 pagi, orang sangka aku hantu. kwang3x.. aku gtaw aku tak p kuliah, dan sms si bebeh. minta simpati kunun. supaya ada kekuatan

Martabak Jawa Tawau;

tajuk entri macam resipi saja kan. walhal cerita dibawah ini tiada kaitan sama resipi samaada resipi hidup ataupun resipi yang mati. LOL. kurang dari lima minggu lagi aku akan bertapak di bumi Tawau. pejam celik, makan tidur, ketawa menangis, akhirnya 5 tahun lebih sudah di lalui. Alhamdullilah, aku masih bernafas lagi. banyak hal yang berubah dalam diri tapi yang terlalu obvious ialah berat badan. ya, semakin hari semakin gumuk! yes! pencapaian yang paling hebat sepanjang hidup. ayat aku macam bangga jak kan berat badan naik, tapi dalam hati siapa tahu. i sedih tau. dalam hati i meronta2 nak kuyuskan badan, tapi tiap kali i nampak makanan, i terus gembira. i lupa yang i bersedih sebab gemuk. menci tau makanan banyak sedap sedap, especially kat Tawau ni. boleh lah aku bagi gelaran tempat ni syurga makanan. dari nasi goreng lalap, ke es teller, ke bontot ayam (aii tiba tiba masuk list, huahuahua) dan yang paling penting, tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa MARTABAK JAWA. ngeh ngeh ngeh Mar

SBE 4; SK Sri Gaya #1

Ini adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah saya yang terakhir. dan kami memilih untuk pergi ke SK Sri Gaya. sepanjang empat kali SBE ini, mesti saya buat dengan roomate saya sendiri. alasan utama kami pergi sekolah ni adalah sekolah ni dekat dengan ofis bapa dia and mahu rasa pengalaman yang terbaru di sekolah kluster. so, ini dia cerita hari pertama di SK Sri Gaya; bangun sahur tadi jam 3.30 pagi. after that, sambung tidur. haha and kami lambat bangun lepas tu. terjaga dalam jam 6 pagi. okay, sangat kelam kabut. borang kami langsung belum isi. sampai saja sekolah, nasib baik belum mula perhimpunan lagi. cari mana Bilik Guru Besar dan sekali tengok di dalam, ada sudah beberapa guru pelatih lain yang buat SBE sana. dari IPG Keningau dan Kent. so, tidaklah kami berduaan ja di sekolah sepanjang minggu ni. GB buat temu bual dengan kami. dan dia tanya2 the previous school kami pergi.SK Sg Bedaun di Labuan, SK Weston di Beaufort, SK Likas di KK.then suddenly GB tu tanya. GB: Aik? kenapa boleh