Skip to main content

Introduction to SK Sungai Bakas, Miri;

Finally, 5 Julai 2013 aku telah selamat melapor diri di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakas, Bakong, Miri. sekolah ini merupakan antara sekolah pedalaman yang dibawah PPD Miri. terletak di area Bakong yang mengambil masa selama sejam lebih dari bandar Miri.

aku tiba di airport bersama mama dengan 50kg barang. haha! gila punya banyak. dah macam pindah rumah. yang menjemput aku dari airport adalah Guru Besar dan kerani sekolah. bersama dengan seorang wakil PPD dan Pegawai KPM. dah lah datang slumber dengan barang banyak, pakai tshirt jeans dan selipar jepun lagi. haahahha malu i

sampai Miri, kami terus ke sekolah. sepanjang perjalanan tu aku tak ada lah nervous sangat. cuma excited nak sampai dan nak tengok macamana lah kehidupan aku lepas ni. Alhamdulillah selepas melalui jalan gravel, jalan tar, jalan gravel, jalan tar balik, jalan gravel balik baru lah sampai sekolah.

pertama sekali, aku tarik nafas, cium udara sana. oh, belum ada pencemaran. yeah hahahaha! letak barang kejap dalam rumah, tengok apa yang kurang dalam bilik, dan sambung jalan lagi dengan mama turun Miri. oh, maksudnya ulang alik pun boleh la ni dari sekolah ke Miri. phewww. ini sudah bagus. terima kasih Allah.

okay, sekarang aku akan tunjukkan kawasan sekolah aku. tak besar. comel comel je. kecik =D

yang pintu oren tu adalah Bilik Pemulihan, dan sebelah kelas Tahun 2

ini adalah tempat perhimpunan tiap pagi, kat bawah adalah pra sekolah, sebelahnya ada Bilik Guru manakala di atas kelas Tahun 4 dan Tahun 5 dan juga perpustakaan yang bergabung dengan Bilik SPBT
bangunan bersimen ni adalah kelas tahun 6, tahun 3 dan tahun 1 
padang sekolah. depan rumah aku. kecik kan. macam aku kata, comel :D

okay tu rumah aku. yang ada kereta viva merah. rumah aku air hujan adalah air utama, tapi kalau dah tak hujan tu, konfem lah mandi air sungai yang kaler2 air milo dan air teh haha. elektrik xda. tapi menggunakan generator 24 jam
ini adalah bilik aku. pasang tikar baru, pasang langsir baru, haha bilik aku tak ada jendela. so habis lah bertampal dengan plastik jendela aku.dan jadinya kalau tengahari, perggghhh macam oven
inilah meja bekerja aku. haha menggunakan kotak. 
inilah murid murid saya. comel kan
setelah seminggu aku di sana, Alhamdulillah semua okay. tak ada masalah. jumaat petang turun Miri, ahad petang baru masuk sekolah lagi. memang tak ada lah kedai runcit sangat. so memang kena turun Miri untuk beli barang basah seminggu dan next week keluar lagi.

and that's all from now, nantikan update aku every weekend. weekdays susah sikit nak update apa2, line tak kuat.

wish me luck!

Comments

JeyN JayNee said…
Welcome to Sarawak n selamat berkhidmat cikgu.. ^_^
Unknown said…
my old school...the place where i start to learn..
it much better now than year 1990..
Unknown said…
Masih mengajar di sini ka cikgu? Ada guru yg minta pindah tak? Berminat juga nak pindah ke sini, hehe.

Popular posts from this blog

Martabak Jawa Tawau;

tajuk entri macam resipi saja kan. walhal cerita dibawah ini tiada kaitan sama resipi samaada resipi hidup ataupun resipi yang mati. LOL. kurang dari lima minggu lagi aku akan bertapak di bumi Tawau. pejam celik, makan tidur, ketawa menangis, akhirnya 5 tahun lebih sudah di lalui. Alhamdullilah, aku masih bernafas lagi. banyak hal yang berubah dalam diri tapi yang terlalu obvious ialah berat badan. ya, semakin hari semakin gumuk! yes! pencapaian yang paling hebat sepanjang hidup. ayat aku macam bangga jak kan berat badan naik, tapi dalam hati siapa tahu. i sedih tau. dalam hati i meronta2 nak kuyuskan badan, tapi tiap kali i nampak makanan, i terus gembira. i lupa yang i bersedih sebab gemuk. menci tau makanan banyak sedap sedap, especially kat Tawau ni. boleh lah aku bagi gelaran tempat ni syurga makanan. dari nasi goreng lalap, ke es teller, ke bontot ayam (aii tiba tiba masuk list, huahuahua) dan yang paling penting, tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa MARTABAK JAWA. ngeh ngeh ngeh Mar

SBE 4; SK Sri Gaya #1

Ini adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah saya yang terakhir. dan kami memilih untuk pergi ke SK Sri Gaya. sepanjang empat kali SBE ini, mesti saya buat dengan roomate saya sendiri. alasan utama kami pergi sekolah ni adalah sekolah ni dekat dengan ofis bapa dia and mahu rasa pengalaman yang terbaru di sekolah kluster. so, ini dia cerita hari pertama di SK Sri Gaya; bangun sahur tadi jam 3.30 pagi. after that, sambung tidur. haha and kami lambat bangun lepas tu. terjaga dalam jam 6 pagi. okay, sangat kelam kabut. borang kami langsung belum isi. sampai saja sekolah, nasib baik belum mula perhimpunan lagi. cari mana Bilik Guru Besar dan sekali tengok di dalam, ada sudah beberapa guru pelatih lain yang buat SBE sana. dari IPG Keningau dan Kent. so, tidaklah kami berduaan ja di sekolah sepanjang minggu ni. GB buat temu bual dengan kami. dan dia tanya2 the previous school kami pergi.SK Sg Bedaun di Labuan, SK Weston di Beaufort, SK Likas di KK.then suddenly GB tu tanya. GB: Aik? kenapa boleh

aku demam, batuk, dan gatal2 satu badan;

hellooooooww meellooowww mashimellow watermelonlow,and bla bla bla..entah apa punya introduction. sangat tidak menarik. sampai aku rasa aku nak hentak kepala manja2 kat dinding. hari ni aku perlu aktifkan mood sakit aku. cian aku, entah berjangkit dari siapa la ni, sampai aku punya flu dan batuk2 timbul. semalam, ya ampun, punya susah mahu tidur. aku bersin non stop. bayangkan la aa..sampai aku rasa mahu cabut hidung aku malam tu juga, dan tidur dengan lena. dek kerana bersin yang x henti, sampai menganggu diriku untuk bermimpi yang indah2 bersama tersayang,aku bangun pagi tadi, macam mahu pengsan. semua berpusing2, sampai aku menangis sorang2 dalam bilik. Tsk..tsk.. T___T dah lah sekarang tidur sorang, memang sadis lah. seri ketuk pintu tadi pagi, dia dah siap p kuliah. aku pun buka pintu, dengan rambut menggerbang semacam, sumpah, kalau aku jalan2 jam 2 atau 3 pagi, orang sangka aku hantu. kwang3x.. aku gtaw aku tak p kuliah, dan sms si bebeh. minta simpati kunun. supaya ada kekuatan