Skip to main content

Belated Teacher's Day Wishes;

HAPPY BELATED TEACHER'S DAY

haha kesian wish lambat tiga hari. almaklumlah kehidupan bersosial hanya tertumpu dengan Facebook dan Instagram semata. blog umpana anak tiri yang kejap ingat, kejap lupa. ni kalau aku jadi mak tiri, sah sah anak tiri aku terabai miaahahahaha!

walaupun aku tak dapat interim seperti rakan lain, tapi aku dapat merasa diraikan Hari Guru itu ditempat aku bertugas sebagai guru KGSK. dapat juga hadiah, dapat makan kek, and plus dapat makan ambuyat since kakak kantin tu spend makan ambuyat untuk semua guru guru.

aku tak lah dapat hadiah banyak sangat. hanya beberapa semua dari murid aku ajar Pendidikan Moral. lagipun aku tak kisah pun banyak ka tidak, yang penting pada ketika itu, di hari itu, aku teringat jasa jasa guru aku yang mendidik aku sehingga lah aku menjadi seperti mereka ketika ini.

orang kata memberi itu lebih manis rasanya, dari menerima.

aku tak ada hadiah nak kirimkan kepada para guru dan para pensyarah aku. cukup hanya satu sms aku hantarkan ke tiap mereka yang aku kenali dan yang ada di phonebook aku. apa yang lebih manis, bila mereka membalas SMS tersebut.

tiap SMS mereka aku simpan baik baik. aku baca sepanjang hari.

sungguh, bermakna.

kerana mereka, yang banyak mengajar aku menjadi guru yang lebih baik. yang mengajar aku tanggungjawab guru itu bukan semudah mengajar murid ABC, tetapi untuk mendidik mereka apa kegunaan ABC dalam kehidupan.

teringat salah satu SMS dari Encik XYZ (nama dirahsiakan) 'bila anda jadi guru,separuh kaki anda, sudah berada di syurga, Insya Allah' .ketika itu, cukup aku bersyukur bahawa aku dipilih oleh Allah untuk berada di jalan ini. berada di pekerjaan yang sangat mulia disisi Allah.

kepada para guru dulu;

TADIKA ST ANNE, LABUAN
SK ST ANNE, LABUAN
SMK LABUAN, LABUAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

kalian memang sebahagian daripada motivasi aku untuk menjadi guru! =)

me with some of guru at SK PANTAI, LABUAN

Comments

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Bersangka Baik;

Allah tidak makbulkan doa kita, kerana itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik pada Allah. Allah tahu apa yang terbaik, untuk hidup kita kini, masa depan, dan selamanya

Day 13: Someone You Look Up To;

Abah dan Mama since dia cakap someone, aku memang tak boleh pilih sorang. both of them are someone I always look up to. and that's my parents. most of the time, aku rasa sangat berbangga sebab dilahirkan dalam keluarga ini. kami bukan dari keluarga yang kaya raya, yang banyak duit, tapi both of my parents tak pernah biarkan kami rasa susah. kadang-kala, apa yang kami mahu kami dapat juga. ABAH babah adalah orang yang paling kuat kerja. sikit pun tidak mengeluh.even sudah umur 50 tahun this year, tapi still maintain macam orang muda. even tenaga babah rasanya lebih tinggi dari anak muda zaman sekarang. awal pagi, my dad akan buat burger, untuk my sister jual di sekolah. then pergi kerja, sebagai lorry driver dari pagi sampai ke petang. then malam, ada kerja sampingan. pasang kem (untuk orang kawin2 tu). kalau ada masa di rumah pun, jarang lah. itu semua untuk kami cukup makan, cukup pakaian, dan cukup serba serbi. kalau ada masa dirumah, dia akan online facebook. haha main gam...