holaaa!
haih tahun ni aku agak liat gila nak update blog. liat seliatnya sehingga entri tahun ini baru berapa je. walhal tahun lalu, hebat gila update sana sini. the reason why adalah, aku dah gila aktif kat Instagram. bangun tidur, buka insta, balik sekolah buka insta, sebelum tidur pun sama. lagi addict dari facebook tu. haha
i tak privatekan akaun instagram i. do follow me there! |
menjadi seorang guru, memang hell fun! apa lagi kalau murid semua behave, dengar cakap, and mahu study, and paling penting semua pun comel. rasa nak cubit pipi dorang, tapi kena sabar. haha! nnt merah pula, mak dia datang sekolah marah sebab kita menyeksa anak dia. mau x mati kutu disitu
murid aku kat sekolah panggil aku 'Cikgu Cantik', sebab dorang tak tahu sangat nama aku. hahaha |
balik dari sekolah tadi, mama masakkan nasi lemak. weehooo! inilah keseronokkan kerja dekat negeri sendiri ni. masih dapat menikmati segala galanya dengan indah. balik rumah ada makanan, ke sekolah ada sarapan lagi, siap bawa bekal. dah macam budak sekolah ni.
nasi lemak by mama |
doakan i rajin update blog hari hari ah.
Comments