Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

will take a break;

blog ini akan kembali seperti biasa bila masa yang sesuai. saya ingin masa untuk diri saya sendiri. fokus kepada komitmen saya sebagai seorang JPP dan sebagai pelajar. sejak akhir-akhir ni saya lupa untuk sayangi diri saya sendiri, sebab asyik sibuk memikirkan hal orang lain. jadi sudah tiba masanya saya melarikan diri dari semua ni. saya delete facebook saya, saya hentikan penulisan saya di blog, saya tutup semua handphone saya, sebab saya mahu dunia saya yang betul-betul. saya mahu cari diri saya yang hilang dulu. kesihatan saya tidak terjaga sehingga saya sendiri yang menerima padahnya. saya yang akan menanggung semuanya sehingga ke akhir hayat saya. saya yang merasa semua kesakitan. saya yang sentiasa bergantung kepada ubat-ubatan. saya seorang insan yang berpenyakit. izinkan saya pergi dari semua ini, kerana selagi saya aktif di alam maya ini, selagi itu hati saya tidak akan tenang. assalamualaikum dan jaga diri semua.

an apple a day, makes a doctor away;

plan hari ni: going to Hospital Tawau. petang ni, me, Amira,Amirul and his gf, and also Pingky, akan pergi ke bandar untuk beli barang untuk Gerai Pesta Kaamatan dan Gawai dan terus survey barang untuk jualan Hari Guru. jadi saya ambil kesempatan lah, untuk turun di hospital. sakit apa?? hurmmm just want to make a medical check up. since early january until now, i lost a lot of blood. i dont know why. bahagian perut saya semakin hari semakin sakit. memulas2 ni. selalu sakit kepala and so on. saya ada juga baca di internet, and simptom2 ni sangat menakutkan. jadi, saya mahu buat medical checkup untuk check samaada saya betul2 ada masalah ka inda. lama sudah masalah begini, dari Januari lagi, tapi mahu dekat bulan Mei, baru saya ada kesedaran diri mahu pergi. saya pun mana la tahan tengok banyak betul darah keluar dari badan. kalau sikit2 inda pa la kan, maybe its normal. tapi kalau terlampau banyak gila, sampai saya pun terkejut, memang saya perlu jumpa doktor. doakan saya sihat selalu ...

be honest;

saya harap saya dapat jujur dengan perasaan saya dengan orang lain. saya selalu ketawa dan gembira depan orang lain, tapi kadang-kadang sebenarnya saya tengah rapuh di dalam hati. saya cuma dapat luahkan melalui kata-kata sebab saya tidak tahu sudah macamana caranya untuk meluah menggunakan ekpresi muka. kadang-kadang saya penat, tapi saya kuatkan semangat dengan senyuman, kadang-kadang saya sedih, tapi saya gembirakan hati dengan ketawa. kalau saja saya boleh jujur dengan perasaan saya, kan bagus.

are you ready scout;

petang tadi, kami ada perjumpaan Unit Beruniform Pengakap seperti biasa. dimulakan dengan laung agung antara PISMP and KPLI dan terus kepada aktiviti masing-masing mereka inilah sekawan saya. nama sekawan saya ialah sekawan GAJAH :D Encik Ismail sedang tunjukkan cara melakukan ikatan dengan betul Cik Naima juga sedang memberi tunjuk ajar mengenai cara ikatan yang betul menyanyi lagu penyair turun gunung.eh ngam ka tu aa, aduh lupa sudah saya tajuk lagu ni. sebagai penutup, nyanyi lagu ramai2 dengan penuh bersemangat :)

Pendaftaran SPR IPG Kampus Tawau;

and here it is, one of JPP programme, yang diketuai oleh Biro Kebajikan. pendaftaran SPR untuk semua pelajar yang 21 tahun dan belum mendaftar Rachel as the leader of this programme. and Sahril, hurmmm..sebagai model tambahan dalam gambar ini. my classmate yang tengah mendaftr. there is Luqman Hakim and Nelly. mereka yang telah siap mendaftar dengan perasaan riang dan ria. :)

please be open minded;

disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. ya la, ini pasal susu yang sudah tercampur nila, tapi kalau dari segi realitinya, tidak kah salah kalau kita menilai disebabkan salah seorang rosak satu profesion? situasinya begini lah, senang cerita, kalau seorang guru buat kesalahan, semua guru di Malaysia lah dibenci? kalau seorang polis buat kesalahan, semua polis pun salah? kalau seorang doktor buat kesalahan, semua doktor pun salah? okay, macam hal yang terjadi sekarang ni, bukan saya tak kesian sama apa yang terjadi, kalau saya berada di tempat keluarga mangsa pun saya tetap akan sakit hati. tetap akan marah. tapi itu tidak bermakna semua polis di negara kita ni kejam. jangan lihat bad side saja. jadi yang selama ni polis tolong jaga keamanan kita? tolong selesaikan kes dadah,samun dan sebagainya tidak diambil kira lah? kesalahan juga yang dinampak? ahhhhh..malam ni sangat emo gila!! banyak benda yang buat saya emo.

last minute works;

saya suka buat kerja last minute, even dengan assignment saya sendiri. jadi memang saya tidak akan mengeluh dan merengek2 dan bad mood sebab sendiri punya pasal, sendiri lah tanggung. siapa suruh buat kerja last minute, kan? kotoh lah sama diri sendiri. kalau rasa tugasan bertimpa-timpa, dan tidak dapat buat secara sekaligus dalam satu malam, jangan buat kerja last minute. kasi siap awal-awal, supaya diri sendiri tidak pressure, orang lain pun tidak ikut tekanan. saya paling benci lah, kalau masalah diri dia sendiri, tapi kita pun macam punca dia begitu. ohh get life lah! jangan kasi babit orang, kalau diri sendiri yang buat kerja last minute. *kasihan dey lorh~

you lost your trust to someone else, and it hurts like hell;

dalam hati, sekarang ni, saya rasa macam betul-betul kecewa. apa perasaan anda bila orang yang paling kita percaya, tipu kita dalam diam? saya memilih untuk berdiam diri, dan cuba untuk menutup semua ini. bukan tidak mahu dibawa berbincang, cuma saya rasa saya belum bersedia lagi. saya terlalu kecewa dan sangat sakit hati. saya tidak mencari semua penipuan itu, tapi kebenaran itu datang sendiri. mengetahui semuanya dari orang lain, sesuatu perkara yang sangat menyakitkan. saya tahu keadaan tidak akan sama seperti dahulu lagi. saya perlukan masa untuk kembalikan perasaan dan kepercayaan saya seperti dahulu. biarlah saya dikata tidak mengenang budi ka, or whatever, tapi penipuan yang dilakukan dan semua putar belit cerita itu, sudah cukup buat saya kenal siapa kamu. i want to cry :'(((((

entry pelik;

good morning world :D semua orang berada dalam keadaan sihat walafiat? dalam keadaan gembira? Alhamdullilah. Iklan hari ini: Beralih lah ke digi. sebab celcom sedang bermasalah macam *&%^$**%$ di bumi Tawau ni. semua urusan saya tidak dapat dilakukan dengan baik di sini. banyak kali sudah laporan dibuat, telefon careline pun sudah, tapi MASIH JUGA ADA MASALAH YANG SAMA! sangat seronok breakfast hari ni makan nasi goreng dan minum nescafe ais.

kasih dan sayang, cinta dan rindu;

kamu buat saya jatuh cinta sekali lagi. dan saya rasa boleh tidur dengan hati yang senang dan riang gembira. saya tunggu biar berapa tahun pun, asal ada jodoh, tidak akan kemana :) saya tak tahu bila saya mula jatuh cinta sama kamu, tapi sekarang ni, saya rasa saya bersyukur sebab ditemukan. kalau tiada facebook, mana mungkin kita bertemu kan. aww...saya rasa social networking sangat berfungsi dalam menemukan jodoh seseorang. buat kamu yang jauh dimata dekat dihati, sayang kamu sangat-sangat :D

let the rain fall down;

sejak dua menjak ni cuaca panas betul kan? sampai saya tidur pun berpeluh2 ni. sekarang ni buka tingkap luas2, supaya bilik sejuk sikit. tapi tetap saya rasa berpeluh juga. panasnya~~ sang hujan, sila datang membasahi bumi balung ini. kami semua rindu akan kehadiran mu.

monday, not so bad;

hello monday :D isnin tak lah teruk sangat pun bagi saya. bangun jam 530 pagi, terus ambil handphone, wish my darling good morning, buat wish lagi di facebook, mandi bersiap dan makan di Medan Selera. semua berjalan dengan smooth and steady saja tadi. perhimpunan berlangsung seperti biasa. announcement from the exco, En Badrul as well. then masuk kelas dengan riang ria gembira sebab sepanjang hari tiada pensyarah. masa di gunakan dengan sangat baik dengan menonton movie The Devils Wear Prada. sampai lelaki kelas kami pun memang nda berganjak dari kerusi tengok ni movie. tengahari lunch dan makan ABC dengan Amirah and Sahril. then balik bilik, and tidur. wakakakkaka ini pun best juga. petang dimanfaatkan dengan bagus. sebab malam memang tidak dapat tidur lena sebab asyik kepanasan. jadi top up tidur di petang hari la. so, untuk malam? main facebook sikit2 :P dan juga menyiapkan dua kertas kerja untuk upcoming activities in campus. so, to all, good luck for what you do, and wish you all ...

Selamat Bertunang Farah Waheda;

kehadapan cousin saya yang berada di Brunei Darusalam, Cik Farah Waheda Roslan :) Selamat Bertunang. saya minta maaf sangat sangat sebab tidak dapat hadir ke majlis mu hari ni. ikutkan hati memang mahu datang dan berada bersama-sama di hari bahagia mu. tapi, ada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. macam cepat kan masa berlalu. padahal dulu masih lagi kecil. di rumah nenek kita berkumpul, berketawa, bermain and so on. sampai yang tahun lalu saya pergi Brunei pun sempat lagi kita jadi stalker yang berjaya di Empire kan. punya la rindu semua tu. and sekarang ni, sudah jadi tunang orang. Saya harap anda akan bahagia selalu bersama yang tersayang. kalau time mu kahwin ni, for sure, saya akan datang. siap buat persembahan lagi. hehe..and to her fiancee, Rome, do take care of my cuzzy :) I love you so much, and miss you a lot. Hug and Kisses from your cousin, Nana ♥

bla.bla.bla;

first of all, saya sangat gembira sebab adik saya dapat panggilan temuduga KPLSPM TESL Jun 2010 :) yeahhhh...kalau dia berjaya, kami berdua adalah bakal guru. dan sangat berharap agar dia ditempatkan di Tawau, dan dapatlah kami menghabiskan duit bersama-sama, balik Labuan sama-sama, and so on. tapi kalau dia di KK, sangat tidak adil!! maka, dia akan selalu balik Labuan, selalu dapat melepak di KK, and so on..grrrr... tadi, survey2 tiket untuk balik Labuan hujung bulan Mei ni. mahu dekat rm300 juga lah kalau Tawau terus ke Labuan. really, sangat tidak sabar untuk balik ke Labuan ni. rindu eh mahu masak di rumah, mahu bergaduh sama Afiq dan Zana, mahu kena marah sama mama dan babah. dan rindu juga dengan suasana rumah yang sangat aman dan damai itu. apa lagi aa mahu cakap, oh ya, inda pernah la saya jumpa orang yang paling degil dalam dunia ni melainkan pengusaha kafeteria kami. kami sudah buat aduan banyak kali, sampai pensyarah pun sudah jumpa owner tu kafe, tetap juga TIADA MAKANAN ya...

hectic week;

sejak dua menjak ni, saya rasa saya masih belum cukup rehat lagi. memang sangat sibuk dengan assignment dan juga tugas di JPP. luckily, saya masih ada juga masa mahu online facebook, update blog. untuk catch up latest news dari kawan2. and paling penting, catch up event family and boyfriend. saya perlu siapkan dua kertas kerja sebelum isnin ni. untuk ceramah Integriti KPLI,PISMP Sem 5 dan Sem 7, dan juga Sambutan Hari Guru. untuk ceramah tu, mostly semua telah disediakan oleh Jabatan/Institut Integriti. sorry, saya lupa sapa yang anjurkan. kahkahkah..*ketara ni belum mula satu pun kertas kerja tu*. tapi, yang best dapat makan free for breakfast and lunch :P dan yang sambutan hari guru tu, memang banyak kerja sikit. buat dalam dua hari. kerjasama dengan Kelab Pensyarah. so, gonna make it fun and enjoy. lebih kepada sesuatu yang menyeronokkan dan bukan sesuatu yang klise. so, to all IPG Kampus Tawau student, stay tuned. eseeehhhh :D and for the upcoming event sekarang ni adalah Pesta Kaa...

Rina Birthday Bash;

kami sambut birthday rina di bilik rekreasi aras dua wisma mawar :) gila, punya kenyang. dimulakan dengan ketibaan semua pelajar perempuan PISMP PS, dan ucapan dari birthday girl, bacaan doa, then makan, dan menari sikit2 birthday cake yang sangat sedap dimakan. weee~~ bekas makanan dan cawan telah tersedia untuk makan!! ahahahahaha ada kfc, ada biskut2, memang kenyang berabis la malam ni. mee hoon yang sedap dan seketul ayam kfc sudah buat saya betul2 kenyang malam ni. and to Rina, thanks for inviting. next year, buat lagi aa :) kihkihkih..apa pun, really have fun tonight. stay young, keep smiling~

thanks and welcome;

1408 friends :) sama macam tarikh lahir saya 14.08 thanks everyone for being my friend, i do cherish all of you.

camwhored;

saya yang menari ballet :P hello kitty mood habis sepanjang hari ni

loving you;

you are far away from me, yet you are so near, near in my heart. for what we have been through, too many fight, too many drama, a lot of tears, we are still stronger until now, still holding on together. I love you, and always do.

bila dibagi tugasan, lain yang dibuat;

di suatu hari jumaat yang indah, kami diberi tugasan oleh Encik Irwan untuk menyiapkan latihan berkenaan Anatomi dan Fisiologi. dan apabila kami diarahkan untuk menuju ke library, ini lah hasilnya; mereka sedang mengambil gambar dalam laptop si otai. kihkihkih~buat muka cute smua :) dua pelajar berdedikasi dalam kelas, Azilah dan Farhana bertungkus lumus melukis gambar jantung. Syazwanti selepas meminum kopi, terus bersemangat untuk melakukan tugasan anatomi dan fisiologi dengan penuh senyuman :D tugasan anatomi dilupakan, MUET diutamakan. untuk roomate saya, good luck aaa besok :) baca la banyak2 buku english. dapat idea juga sikit2. dayah pun sedang membaca buku2 english sambil mengontrol cutenya ini dia otai yang mempunyai software bergambar yang sangat cute. ada hello kitty lagi tu. memang best la, next time, saya akan upload sini aksi gedik bergambar dengan hello kitty and here I am, sedang menulis blog sambil main facebook. grrr..tugasan anatomi akan disiapkan di bilik :P

sleepy eyes;

bangun tadi dalam jam 6.15 pagi. boleh lagi lenggang kangkung padahal kelas jam 7.15 pagi. saya belum lagi pilih baju kurung apa mahu pakai, belum terfikir mahu pakai tudung atau shawl, mahu pakai make up ka inda, mahu mandi ka dulu, atau kemas katil dulu, and so on la. semua saya belum tentukan tadi. memang saya gila gila penat dan mengantuk la ni hari. then, pergi Medan Selera untuk breakfast pun saya masih blurr lagi. mahu makan mee ka, nasi goreng ka, kuih ka, or western style breakfast. fikir punya fikir, jam sudah 7.05 pagi, sempat ka ni makan sebelum 7.15 pagi, dan mahu nemaw, terus la ambil french fries, nugget and sausage dan juga milo. what a breakfast for me? sekarang berada di Library. awwww...sangat selesa untuk tidur ni. terfikir untuk sambung2 semua ni kerusi menjadi katil dan berbaring. ada aircond lagi. uhuhuhuhu sangat best lah untuk tidur. grrrr...mengantuknya...please please..saya mahu tidur :(

14081989;

dek kerana mood saya agak tidak stabil, sampai saya rasa macam malas bercakap sama orang, jadi lebih baik saya on facebook, jawab kuiz, tulis blog and so on. then one of the application ni mengenai rahsia tarikh lahir. then inilah hasilnya; Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya. sedang memikirkan samaada application ni betul ka tidak? hehehehehe then, saya cuba lagi application ni untuk tengok tarikh boyfriend saya, and here it is; Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci...

sehati dan sejiwa;

hari rabu; saya punya semangat lebih sikit. sebab pakai baju uniform pengakap. wee~suka sangat :) entah lah kenapa, belum dapat dipastikan lagi kenapa. maybe sebab baju pengakap guna seluar kan, jadi pergerakan saya tidak lah terbatas sangat :D pagi pagi pergi kuliah, singgah medan selera untuk breakfast. masuk kelas,teori Audit Hijau, edarkan borang soal selidik, dan most of the time berada di Library. pastu, balik asrama, tidur kejap dalam 30 minit dan bangun pula menuju ke perjumpaan pengakap. me and my roomate, Seri. wajib ada gambar berdua dengan memakai baju pengakap. ikatan tali yang rasanya ok tapi belum kemas. kihkihkih perlukan lebih latihan, biar lebih mantap ikatannya! Encik Ismail tengah demonstrate cara ikatan tali yang sebenar. then, after dari pengakap, bergegas lagi mandi, bersiap ke bandar untuk Pertandingan Pengisahan Kemerdekaan Peringkat Sabah. IPG hntar 80 wakil. and all the JPP wajib ikut. dalam bas. itu dia Rachel dan Ain. tengok Adnan Sempit :) tengok banyak ka...

birthday bash;

tanda tarikh ini. saya ada party yang perlu saya pergi. hee...kalau dulu time kecik2 saja besa pergi birthday party ni, tapi dalam umur 20 tahun pun saya dapat undangan. tema pakaian birthday ini, apa apa saja lah. jadi rasanya pakai baju pyjamas :) sediakan perut anda, dan sediakan mood untuk berparty!

organiser, perlu sangat!

esok hari rabu, jadi apa masalahnya? masalahnya ialah esok pakai baju pengakap (eh, yang ni bukan masalah, tapi keseronokan! ) dan esok malam kami kena pergi ke bandar Tawau untuk pertandingan pengisahan kemerdekaan. sudah lah pengakap habis jam 5 petang, bas pula ambil jam 5 ptang. mahu tidak mahu kena keluar awal dari kelas pengakap dan bersedia untuk ke bandar. sebenarnya ada banyak kerja saya yang tersangkut di tengah jalan. ISL? confirm lah semua belum terbuat. Audit Hijau besok baru mahu clear semua borang soal selidik. kerja JPP? lagi lah, tertangguh. saya terpaksa buat satu-satu, time management sangat penting. tapi, saya rasa macam tidak teratur sudah hidup saya. memang mahu organise betul2,supaya saya juga yang senang nanti. huhuhuuh somebody help me. ajar saya mahu organise kerja-kerja saya yang menggunung ini.

bila bosan, inilah jadinya;

jumpa ni, dari blog khairunie dan khairieah. the two siblings :) dan saya akan kasi bold merah mana2 yang ada kaitan dengan diri saya; •170cm tall. •I don’t know what I want at the moment. •I’m not happy. •I hate my friends. •I hate my life. •I hate my grades. •I can drive. •I’m bored of driving. •I have a white handbag. •I love dancing. •I go clubbing every week. •Shopping is bullshit. (sebab, saya tidak pandai shopping2 ni) •I have a tattoo of a star. •I got my navel pierced. ahaks •I have friends that take drugs. •90% of my friends smoke. •I still hang out with my ex, even though our break up was rather nasty. •I’m studying Fashion. •I have a business running. •I hate cartoons. •I hate someone. •I have 10 Lollipops handbags. •I buy CLEO every month. •My parents don’t know about my blog. •I have an iPod. •I don’t have faith in the current “one”. •My school mates know about my blog. (yes, dan ada antara mereka followr saya) •I wanted to be a fashion designer. •I love roc...

Kem 'Team Building' JPP;

okay, alangkah lebih baik, mulakan cerita ini, dengan melihat gambar saya dalam telengkung. wakakakaka..okay, gambar tiada motif. saja ja ni. hari sabtu pagi, kami ada Ucap Utama Kepimpinan bersama Madam Anna, biarpun slot tu dalam 30 minit sahaja, tapi banyak jugalah yang kami dapat. sangat berguna untuk kami. dan selepas itu, kami ada aktiviti tutup mata. semua ahli kumpulan, tutup mata, cuma ketua saja yang buka. mencabar jugalah. sebab kena tutup mata dan hanya berpandu kepada komunikasi oleh ketua kami saja. mula-mula heran juga ni kemana kami pergi, sebab macam hutan ja ni. banyak lagi pokok2, pijak2 tanah yang licak, sekali rupanya ladang kelapa sawit depan kampus saja. ini gambar diambil, kami masih belum kena suruh buka mata lagi, jadi memang saya snap2 saja. nasib baik kena. LDK ini memang sangat best!!!!!!!!!!! muka-muka exco JPP yang sudah kepenatan. ada lagi yang kena sembunyi, memang semangat setia kawan dan percaya kepada pemimpin sangat teruji. si Rachel pun macam babu2...

gossip everyone;

saya harap saya boleh cakap dengan semua,yang apa yang kami buat bukan untuk meruntuhkan semangat, bukan untuk menambahkan bilangan memberontak, jauh sekali mahu menyokong sebelah pihak saja. tapi, apa kan daya, cara sebegitu, bukan yang terbaik. gosip cepat tersebar. biar baik dan buruk, kalau sudah gosip, itu yang paling sedap didengar. saya juga begitu. siapa juga yang tidak mahu mendengar sesuatu yang hot dan kontroversi kan? tapi, kalau ditimbang tarakan, aduiiii berdosa nya diri ini. selalu menuduh tanpa menyoal siasat dan mendengar dari sebelah pihak sahaja. sakit hati saya, dan saya rasa penderitaan itu bila mana kawan seperjuangan saya dibom dan dikriktik sebegitu. saya sebagai kawan, juga merasa semua itu. tapi, mana mungkin dapat kita puaskan semua pihak. tidak semua yang akan suka dengan kita. dan tidak semua faham dengan apa yang kita lakukan. apa yang boleh saya buat sekarang, cuma bersabar dan senyum melihat yang lain begitu. biarkan mereka sendiri faham, dan suatu hari ...

m0rning bliss;

rawr! good m0rning my world =) saya baru sahaja selesai mandi dan sekarang tengah baring2 di katil sebelum menuju ke sarapan di Medan Selera. Tadi pagi2 lagi pergi berkawad ramai2 di padang basketball. Hehe m0st of the time, kami ketawa saja. Sebab we have fun with each other. One thing for sure, saya rasa saya puas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh semua exco JPP.biarpun penat dari bengkel bahas belum habis, sambung lagi dengan kem team building ni,tapi masing2 masih lagi ceria dan bersemangat. Okay, gtg, slot Madam Anna pagi ni. Good luck for me and to all JPP!

stressed in and out;

saya mahu teriak gila gila sekarang ni. saya tak tahu kenapa. tapi apa pun saya buat, mesti ada salah. itu saya buat, salah. apa yang saya cakap, salah. what's wrong with me? by the way, saya baru balik dari Kem Team Building kami yang sangat happening. everyone nampak sangat bersemangat dan sedang berusaha membentuk diri untuk menjadi pemimpin yang baik. ahli kumpulan saya juga memang sangat best dan saya selesa bersama mereka semua. hati lama-lama pandai jadi keras juga kan kalau selalu kena "tamparan" seperti ini.

tough week for me;

saya akui, minggu ini sangat tough buat saya. malam ni,bengkel bahas sudah sampai di penghujungnya. setelah 3 hari 3 malam, kita bersama2 tengok perdebatan yang saya rasa ada lucunya juga, tapi sangat best. mengurus makan buat semua pensyarah yang terlibat adalah perkara yang paling manis, sebab kalau makanan lebih, kami semua yang AJK kasi habis. wakakakakakakaka..dasar perut buaya kalian. esok petang, mula sudah Kem Kepimpinan JPP yang akan berlangsung selama 3 hari 2 malam yang jadualnya persis MPPB. bangun seawal 5 pagi untuk solat subuh di surau buat yang muslim, dan kuliah moral di Bilik Gerakan JPP, dan balik entah jam berapa. berkumpul dahulu di depan asrama dan berbaris menuju ke dewan. awww..sama seperti MPPB :D jadi, memang minggu ini saya sangat kurang tidur, otak saya tidak berfungsi dengan baik. badan saya lenguh2 hanya Allah yang tahu, emosi saya teruji dengan karenah orang tersayang, namun yang paling menggembirakan, ada teman yang sentiasa bersama dengan saya dikala s...

Award from Khairiah;

1. Link and thank the person (s) who awarded you. 2. State 7 things about yourself. 3. Pass this to 15 bloggers this award is from adik comel,Khairiah. awwww...terharunya :') Fact #1 saya tidak makan sayur-sayuran, buah-buahan. dan saya bukan seorang karnivor :D saya tetap omnivor, ok? dan saya juga tidak makan telur kuning dan akan memastikan jika saya makan telur waktu itu, saya tidak akan makan ayam. Fact #2 saya suka diri saya dalam keadaan sibuk dan aktif dalam setiap perkara. jadi tidak hairanlah kalau saya suka ikut mana-mana persatuan sebab saya memang minat ke arah itu. selain timba pengalaman, saya juga dapat perbetulkan diri saya, dan yang paling penting dapat banyak kawan :) Fact #3 saya tidak suka chatting di Facebook dan YM dengan orang yang saya tidak kenal. saya hanya layan beberapa orang yang saya rasa boleh get a-long saja. saya tidak biasa memulakan satu perbualan tanpa mengenal dengan lebih mengenai orang itu. maybe saya agak paranoid. :D Fact #4 I do express my...

want this so much;

TOLONGGG..ini kecemasan. saya mahu ini kasut. mahu pakai jalan2 ke bandar, pergi sukan guna kasut ni. grrrr...mana mahu cari ni kasut?

ku lakukan tugas ini dengan senyuman;

Rachel, Nuraini dan saya. saya rasa seronok menjalani kehidupan saya sebagai seorang Setiausaha dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. banyak pengalaman yang saya dapat. biarpun baru beberapa bulan sahaja menjalankan tugas, tapi saya rasa semua ini memang banyak memberi manfaat kepada saya. sepanjang minggu lalu dan minggu ini, tak pernah sehari pun saya tidak memijakkan kaki ke dalam Blok Pentadbiran. hari2 dorang tengok muka saya. macam hari2 juga saya pergi jumpa timbalan pengarah dan PA pengarah. banyak benda yang saya kena urus. tapi, itu bukan masalahnya. dari semua ni, saya belajar bagaimana berhadapan dengan orang lain. bagaimana berurusan dengan pihak atasan. macamana mengendalikan emosi jika kena marah kalau saya melakukan sebarang kesilapan. saya bukan setiausaha yang terbaik. banyak kesalahan yang saya lakukan. kalau kena ubah surat beberapa kali tu, kertas kerja tu, memang sudah lumrah dalam hidup saya. tapi kalau tiada mahu tegur kesalahan saya, selamanya saya buat kesila...

Minggu yang sibuk dan padat;

Minggu ini adalah minggu yang sangat sibuk buat saya. namun, saya harap saya tidak akan mengeluh jauh sekali mahu marah-marah pasal kesibukan saya. 1) 3 hari 3 malam ni, kami ada Bengkel Bahas. dan saya in charge bahagian makanan, ya. memang kerja saya jaga makan minum orang ja ni. *ciri2 isteri pilihan* wakakakakakakka 2) start jumaat petang hingga ke ahad petang, kami ada Kem Team Building JPP. nasib baik di kampus sendiri saja. tapi jadual nya, punya pack macam MPPB bah. harap2 dapat manage masa dengan baik. 3) sekarang kelas kami sibuk buat Audit Hijau. jadi mahu mengedar borang responden kepada semua pelajar. ada berapa ratus responden di blok kuliah ni. mati la ni mahu menganalisis semua data. harap2 lah dapat kasi siap semua kerja ni dengan baik. 4) walaupun ada kalanya, saya cuba positif dengan semua perkara, kalau sudah kesibukan saya memuncak, dengan sedikit pressure, saya tetap kecundang juga. tetap juga keluar air mata sebab kecewa dengan diri sendiri. kecewa dengan cara sa...

Kata pembuka bicara;

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua :), untuk yang selalu baca blog saya, sudah pasti tahu apa yang berubah disini. saya sengaja tukar layout, sengaja tukar url blog saya, saya sengaja buang semua entry yang terdahulu. saya bukan sengaja tukar untuk saja-saja, tapi saya ubah untuk kepuasan hati saya. saya mahukan sesuatu perubahan dalam hidup saya. untuk toleh ke belakang, tidak membawa apa-apa makna melainkan dijadikan sebagai pengajaran buat kita. apa yang penting ialah, apa yang berlaku sekarang, dan apa yang akan berlaku pada masa yang akan datang. disini biarlah saya jelaskan apa sebab nya saya ubah semua itu; 1) dari tuntejapersona kepada nama saya sendiri, nurizzatienadia.blogspot.com. untuk sekian lama, saya dikenali sebagai teja. seperti nama saya sendiri yang diberikan oleh ibu bapa saya itu tidak berguna buat semua. biasalah zaman budak-budak dulu, nama timangan memang famous , tidak terkecuali lah saya dalam hal ini. 2) saya delete semua entri saya yang lam...