Skip to main content

ku lakukan tugas ini dengan senyuman;

Rachel, Nuraini dan saya.

saya rasa seronok menjalani kehidupan saya sebagai seorang Setiausaha dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. banyak pengalaman yang saya dapat. biarpun baru beberapa bulan sahaja menjalankan tugas, tapi saya rasa semua ini memang banyak memberi manfaat kepada saya.

sepanjang minggu lalu dan minggu ini, tak pernah sehari pun saya tidak memijakkan kaki ke dalam Blok Pentadbiran. hari2 dorang tengok muka saya. macam hari2 juga saya pergi jumpa timbalan pengarah dan PA pengarah. banyak benda yang saya kena urus.

tapi, itu bukan masalahnya. dari semua ni, saya belajar bagaimana berhadapan dengan orang lain. bagaimana berurusan dengan pihak atasan. macamana mengendalikan emosi jika kena marah kalau saya melakukan sebarang kesilapan.

saya bukan setiausaha yang terbaik. banyak kesalahan yang saya lakukan. kalau kena ubah surat beberapa kali tu, kertas kerja tu, memang sudah lumrah dalam hidup saya. tapi kalau tiada mahu tegur kesalahan saya, selamanya saya buat kesilapan, bukan?

Ya Allah, kuatkan hati saya dan kesemua EXCO JPP menghadapi semua cabaran yang mendatang. bukan senang kerja ini, tapi saya harap saya dapat lakukan dengan baik untuk kesenangan semua pihak.

dan buat rakan seperjuangan saya, Rachel, Ain, Jeffrey dan Mirul, terima kasih kerana memberi kerjasama yang sangat baik. begitu juga buat big boss saya, YDP kami, Amirah, terima kasih kerana beri saya kepercayaan melakukan setiap kerja.

okay, mahu bersiap ke Bengkel Debat malam ni.urus makanan pensyarah dulu yer. semoga berjaya Exco Pendidikan :)

Comments

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Day 13: Someone You Look Up To;

Abah dan Mama since dia cakap someone, aku memang tak boleh pilih sorang. both of them are someone I always look up to. and that's my parents. most of the time, aku rasa sangat berbangga sebab dilahirkan dalam keluarga ini. kami bukan dari keluarga yang kaya raya, yang banyak duit, tapi both of my parents tak pernah biarkan kami rasa susah. kadang-kala, apa yang kami mahu kami dapat juga. ABAH babah adalah orang yang paling kuat kerja. sikit pun tidak mengeluh.even sudah umur 50 tahun this year, tapi still maintain macam orang muda. even tenaga babah rasanya lebih tinggi dari anak muda zaman sekarang. awal pagi, my dad akan buat burger, untuk my sister jual di sekolah. then pergi kerja, sebagai lorry driver dari pagi sampai ke petang. then malam, ada kerja sampingan. pasang kem (untuk orang kawin2 tu). kalau ada masa di rumah pun, jarang lah. itu semua untuk kami cukup makan, cukup pakaian, dan cukup serba serbi. kalau ada masa dirumah, dia akan online facebook. haha main gam...

SBE 4; SK Sri Gaya #1

Ini adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah saya yang terakhir. dan kami memilih untuk pergi ke SK Sri Gaya. sepanjang empat kali SBE ini, mesti saya buat dengan roomate saya sendiri. alasan utama kami pergi sekolah ni adalah sekolah ni dekat dengan ofis bapa dia and mahu rasa pengalaman yang terbaru di sekolah kluster. so, ini dia cerita hari pertama di SK Sri Gaya; bangun sahur tadi jam 3.30 pagi. after that, sambung tidur. haha and kami lambat bangun lepas tu. terjaga dalam jam 6 pagi. okay, sangat kelam kabut. borang kami langsung belum isi. sampai saja sekolah, nasib baik belum mula perhimpunan lagi. cari mana Bilik Guru Besar dan sekali tengok di dalam, ada sudah beberapa guru pelatih lain yang buat SBE sana. dari IPG Keningau dan Kent. so, tidaklah kami berduaan ja di sekolah sepanjang minggu ni. GB buat temu bual dengan kami. dan dia tanya2 the previous school kami pergi.SK Sg Bedaun di Labuan, SK Weston di Beaufort, SK Likas di KK.then suddenly GB tu tanya. GB: Aik? kenapa boleh ...