Skip to main content

Kata pembuka bicara;

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua :),
untuk yang selalu baca blog saya, sudah pasti tahu apa yang berubah disini. saya sengaja tukar layout, sengaja tukar url blog saya, saya sengaja buang semua entry yang terdahulu. saya bukan sengaja tukar untuk saja-saja, tapi saya ubah untuk kepuasan hati saya. saya mahukan sesuatu perubahan dalam hidup saya.
untuk toleh ke belakang, tidak membawa apa-apa makna melainkan dijadikan sebagai pengajaran buat kita. apa yang penting ialah, apa yang berlaku sekarang, dan apa yang akan berlaku pada masa yang akan datang.
disini biarlah saya jelaskan apa sebab nya saya ubah semua itu;
1) dari tuntejapersona kepada nama saya sendiri, nurizzatienadia.blogspot.com. untuk sekian lama, saya dikenali sebagai teja. seperti nama saya sendiri yang diberikan oleh ibu bapa saya itu tidak berguna buat semua. biasalah zaman budak-budak dulu, nama timangan memang famous, tidak terkecuali lah saya dalam hal ini.
2) saya delete semua entri saya yang lama kerana saya mahukan perubahan dalam hidup saya. saya mahu melupakan semua yang berlaku di masa lalu. saya mahukan hidup yang lebih bahagia buat masa ini. the past is past.
3) layout saya memang sentiasa berubah mengikut mood dan keadaan saya pada masa itu. jadi, memang tiada sebab yang kukuh mengapa saya pilih layout ni. cuma saya rasa layout ni agak simple dan juga dia berwarna pink. so, berkemungkinan besar, saya akan tukar lagi layout blog ini.
Akhir kata, terima kasih saya ucapkan kepada yang selalu baca blog saya terutama keluarga dan rakan saya. yang sentiasa ingin tahu apa yang berlaku dalam hidup saya harian, dan juga apa yang saya rasa waktu itu. Keep on reading, guys :)
izzatienadia ♥

Comments

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Day 13: Someone You Look Up To;

Abah dan Mama since dia cakap someone, aku memang tak boleh pilih sorang. both of them are someone I always look up to. and that's my parents. most of the time, aku rasa sangat berbangga sebab dilahirkan dalam keluarga ini. kami bukan dari keluarga yang kaya raya, yang banyak duit, tapi both of my parents tak pernah biarkan kami rasa susah. kadang-kala, apa yang kami mahu kami dapat juga. ABAH babah adalah orang yang paling kuat kerja. sikit pun tidak mengeluh.even sudah umur 50 tahun this year, tapi still maintain macam orang muda. even tenaga babah rasanya lebih tinggi dari anak muda zaman sekarang. awal pagi, my dad akan buat burger, untuk my sister jual di sekolah. then pergi kerja, sebagai lorry driver dari pagi sampai ke petang. then malam, ada kerja sampingan. pasang kem (untuk orang kawin2 tu). kalau ada masa di rumah pun, jarang lah. itu semua untuk kami cukup makan, cukup pakaian, dan cukup serba serbi. kalau ada masa dirumah, dia akan online facebook. haha main gam...

Bersangka Baik;

Allah tidak makbulkan doa kita, kerana itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik pada Allah. Allah tahu apa yang terbaik, untuk hidup kita kini, masa depan, dan selamanya