Skip to main content

Kerana Sabah Tanah Tumpahnya Darahku;

Alhamdulillah. niat aku untuk menulis semula di dalam blog semakin menjadi kenyataan. bagi aku bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang telah lama aku tinggalkan. memerlukan azam yang sangat tinggi. jyyyeaahh!

tiada apa yang terkini mengenai diri aku.
masih menganggur.
ya, berita apa apa belum keluar.
sabar. 
aku belajar untuk sabar.

seperti apa yang boleh di baca di dada dada akhbar mengenai apa yang berlaku di negeri Sabah, semua rakyat Malaysia sudah maklum mengenai pencerobohan itu. malas nak ulas panjang. nanti salah info, aku mungkin akan disabitkan dalam akta hasutan, atau mungkin sebagai seorang yang memecahkan rahsia kerajaan. 

tutup mulut.
kalau tahu cerita, diam.
berdoa.
dan tawwakkal.

membuka laman sosial dalam keadaan sekarang ini, menambah sakit kepala. mana lagi memikirkan berita posting yang tak kunjung tiba, memikir nasib negeri Sabah, dimana tanah tumpahnya darahku, terletaknnya orang yang aku sayang di kawasan bahaya, memang lah merisaukan.




aku tinggalkan kalian sebuah lagu yang cukup buat aku sebak mendengarnya.
moga semua keluarga pada anggota yang terkorban, bersabar.
kerana mereka lah pejuang negara.
terima kasih kerana membantu kami mempertahankan Sabah.
negeri di bawah bayu
tanah tumpahnya darah ku.

Comments

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Bersangka Baik;

Allah tidak makbulkan doa kita, kerana itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik pada Allah. Allah tahu apa yang terbaik, untuk hidup kita kini, masa depan, dan selamanya

SBE 4; SK Sri Gaya #1

Ini adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah saya yang terakhir. dan kami memilih untuk pergi ke SK Sri Gaya. sepanjang empat kali SBE ini, mesti saya buat dengan roomate saya sendiri. alasan utama kami pergi sekolah ni adalah sekolah ni dekat dengan ofis bapa dia and mahu rasa pengalaman yang terbaru di sekolah kluster. so, ini dia cerita hari pertama di SK Sri Gaya; bangun sahur tadi jam 3.30 pagi. after that, sambung tidur. haha and kami lambat bangun lepas tu. terjaga dalam jam 6 pagi. okay, sangat kelam kabut. borang kami langsung belum isi. sampai saja sekolah, nasib baik belum mula perhimpunan lagi. cari mana Bilik Guru Besar dan sekali tengok di dalam, ada sudah beberapa guru pelatih lain yang buat SBE sana. dari IPG Keningau dan Kent. so, tidaklah kami berduaan ja di sekolah sepanjang minggu ni. GB buat temu bual dengan kami. dan dia tanya2 the previous school kami pergi.SK Sg Bedaun di Labuan, SK Weston di Beaufort, SK Likas di KK.then suddenly GB tu tanya. GB: Aik? kenapa boleh ...