Skip to main content

ISU PENEMPATAN PELAJAR-PELAJAR LEPASAN IPG AMBILAN JANUARI 2009

Aku copy paste status ini dari group PISMP AMBILAN JANUARI 2009 =D

KEHADIRAN:

1) Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
2) Dr Rodziah (Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian)
3) 2 orang wakil Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
4) 7 orang wakil pelajar IPG Ambilan Jan 09

TEMPAT: Bilik Mesyuarat Pejabat Timbalan Menteri Pelajaran, PUTRAJAYA

PENEMPATAN
- Habis IV & Penilaian Khas, SPP akan buat mesyuarat bagi menentukan siapa yang lulus/ gagal. Bagi penilaian khas, anda sememangnya akan lulus.
- Kemudian SPP akan beri nama kepada BPSM (Jangkaan siap dalam masa 2 minggu)
- Daripada BPSM, nama akan diberi ke BPSH untuk penempatan.
- Data untuk pengagihan penempatan sudah ada, namun BPSH perlu menguruskan pertukaran guru-guru sedia ada terlebih dahulu baru boleh laksanakan penempatan.
- Rakan-rakan interim kemungkinan besar akan dikekalkan di sekolah anda berkhidmat sekarang.

SEBAB PENEMPATAN LEWAT
- Kes Lahad Datu (Perkara luar jangka), KPM & SPP tidak boleh pinggirkan Sabah.
- Sistem open market, KPM ‘terpaksa’ mengambil kira lepasan ISMP
- Sekolah kebangsaan sudah penuh. SJK pula memerlukan guru major atau minor BC/ BT untuk ditempatkan. Melainkan guru agama & bahasa melayu.
- Warrant dari perbendaharaan tak bertambah, namun lambakan guru sudah berlaku.
- Kini sudah 3000 guru akademik berlebihan seluruh Malaysia
- SPP “Short Handed” (kekurangan tenaga kerja). Mereka seramai 14 orang menguruskan proses temuduga bagi 8000 orang (lepasan IPG/ IPTA) dan proses kenaikan pangkat guru sedia ada seramai 10 000 orang. Panel-panel temuduga yang dilantik adalah orang-orang luar yang tidak mempunyai kepentingan.
- Usia pencen dianjakkan (sila minta orang tua, pakcik, makcik, cikgu-cikgu sekolah yang dah lama berkhidmat supaya pencen awal kalau nak ditempatkan dengan cepat)

ISU GURU BUKAN OPSYEN AJAR OPSYEN LAIN
- Untuk mengisi kekosongan yang ada
- Bergantung pada permintaan pihak JPN

ISU LEPASAN IPG KE SM, ISMP KE SK
- Bergantung kepada opsyen kritikal. Contohnya guru matematik di SM kurang, KPM terpaksa hantar lepasan IPG opsyen matematik untuk mengajar di SM. Guru Sains kurang, KPM terpaksa hantar guru ISMP opsyen Sains akan ambil alih.
- Guru ISMP yang ke sekolah rendah hanya yang ada kelulusan Bahasa Cina dan Tamil sahaja.
- Bergantung juga pada permintaan JPN

PESANAN PENAJA
- Jaga etika sebagai seorang guru
- Jaga kelakuan & percakapan bagi mencerminkan diri anda seorang guru, jangan ckp ikut emosi &perasaan.
- Apabila dapat penempatan, jangan minta untuk pindah. Penempatan sangat terhad.
- Siapa dah berkahwin, sila maklumkan kepada BPSM & BPSH. Memudahkan anda ditempatkan bersama pasangan anda (supaya tidak ada proses pertukaran dalam masa terdekat)

TARIKH POSTING!!!!
-SELEWAT-LEWATNYA 16 Julai 2013
(Tarikh mungkin bertukar sekiranya ada kekangan-kekangan yang tak dapat dielakkan)

Kita hanya mampu merancang, Allah yang akan menentukan.. sama2 kita berdoa supaya tarikh ini menjadi realiti dan kita semua diberi penempatan.

#Junior-junior kita akan mengalami masalah penempatan lebih lama daripada kita kerana SISTEM OPEN MARKET DIKUATKUASA SEPENUHNYA... tolong sampaikan kepada mereka supaya mereka lebih BERSEDIA...
Tapi apapun.. SEBAIK-BAIK PERANCANGAN MANUSIA, PERANCANGAN ALLAH ITU SEMPURNA... :) LOVE U ALL PISMPIANS 2009!!!

akhirnya,ada juga pencerahan sedikit. boleh tarik nafas lega. yeahhh! ;D

Comments

Popular posts from this blog

aku demam, batuk, dan gatal2 satu badan;

hellooooooww meellooowww mashimellow watermelonlow,and bla bla bla..entah apa punya introduction. sangat tidak menarik. sampai aku rasa aku nak hentak kepala manja2 kat dinding. hari ni aku perlu aktifkan mood sakit aku. cian aku, entah berjangkit dari siapa la ni, sampai aku punya flu dan batuk2 timbul. semalam, ya ampun, punya susah mahu tidur. aku bersin non stop. bayangkan la aa..sampai aku rasa mahu cabut hidung aku malam tu juga, dan tidur dengan lena. dek kerana bersin yang x henti, sampai menganggu diriku untuk bermimpi yang indah2 bersama tersayang,aku bangun pagi tadi, macam mahu pengsan. semua berpusing2, sampai aku menangis sorang2 dalam bilik. Tsk..tsk.. T___T dah lah sekarang tidur sorang, memang sadis lah. seri ketuk pintu tadi pagi, dia dah siap p kuliah. aku pun buka pintu, dengan rambut menggerbang semacam, sumpah, kalau aku jalan2 jam 2 atau 3 pagi, orang sangka aku hantu. kwang3x.. aku gtaw aku tak p kuliah, dan sms si bebeh. minta simpati kunun. supaya ada kekuatan

Martabak Jawa Tawau;

tajuk entri macam resipi saja kan. walhal cerita dibawah ini tiada kaitan sama resipi samaada resipi hidup ataupun resipi yang mati. LOL. kurang dari lima minggu lagi aku akan bertapak di bumi Tawau. pejam celik, makan tidur, ketawa menangis, akhirnya 5 tahun lebih sudah di lalui. Alhamdullilah, aku masih bernafas lagi. banyak hal yang berubah dalam diri tapi yang terlalu obvious ialah berat badan. ya, semakin hari semakin gumuk! yes! pencapaian yang paling hebat sepanjang hidup. ayat aku macam bangga jak kan berat badan naik, tapi dalam hati siapa tahu. i sedih tau. dalam hati i meronta2 nak kuyuskan badan, tapi tiap kali i nampak makanan, i terus gembira. i lupa yang i bersedih sebab gemuk. menci tau makanan banyak sedap sedap, especially kat Tawau ni. boleh lah aku bagi gelaran tempat ni syurga makanan. dari nasi goreng lalap, ke es teller, ke bontot ayam (aii tiba tiba masuk list, huahuahua) dan yang paling penting, tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa MARTABAK JAWA. ngeh ngeh ngeh Mar

SBE 4; SK Sri Gaya #1

Ini adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah saya yang terakhir. dan kami memilih untuk pergi ke SK Sri Gaya. sepanjang empat kali SBE ini, mesti saya buat dengan roomate saya sendiri. alasan utama kami pergi sekolah ni adalah sekolah ni dekat dengan ofis bapa dia and mahu rasa pengalaman yang terbaru di sekolah kluster. so, ini dia cerita hari pertama di SK Sri Gaya; bangun sahur tadi jam 3.30 pagi. after that, sambung tidur. haha and kami lambat bangun lepas tu. terjaga dalam jam 6 pagi. okay, sangat kelam kabut. borang kami langsung belum isi. sampai saja sekolah, nasib baik belum mula perhimpunan lagi. cari mana Bilik Guru Besar dan sekali tengok di dalam, ada sudah beberapa guru pelatih lain yang buat SBE sana. dari IPG Keningau dan Kent. so, tidaklah kami berduaan ja di sekolah sepanjang minggu ni. GB buat temu bual dengan kami. dan dia tanya2 the previous school kami pergi.SK Sg Bedaun di Labuan, SK Weston di Beaufort, SK Likas di KK.then suddenly GB tu tanya. GB: Aik? kenapa boleh