Skip to main content

Moga Allah membantu ku disaat susah dan senang;

Ramadhan kali ini bukan ramadhan yang mudah buat aku. sungguh. dugaan demi dugaan Allah berikan pada ku sepanjang bulan ini. cukup buat aku kecewa, menangis dan kadangkala berputus asa. tapi aku cuba positifkan diri dan anggap semua ini dugaan yang Allah berikan kepada aku untuk aku buktikan padanya aku mampu bersabar dan lalui semua itu.

Allah tidak akan uji seseorang itu kalau dia tidak boleh menghadapinya.

betul, kan? sudah tentu semua dugaan yang Allah berikan itu sebenanrya ada jalan penyelesaiannya. mungkin cuma perlu waktu dan juga meminta petunjuk dari-Nya. aku bukan terdiri dari golongan yang alim, sungguh banyak cacat celanya, terlalu banyak, tapi aku pasti kita semua pasti boleh berubah dan menjadi lebih baik. Insya Allah.

mari yang beragama Islam dan juga sedang menghadapi masalah, kita berdoa kepada Allah s.w.t


Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku

Comments

SRYHNI said…
thanks for sharing this love. (':
Unknown said…
semoga dipermudahkan segala urusan
Adizatulip said…
semu insan layak bahagia.. hikmah pasti ada, moga sabar dan kuat. aminn^^
SH,
doa untuk dikongsi bersama =)

edy,
thanks a lot

adizatulip,
Aminnn~

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Bersangka Baik;

Allah tidak makbulkan doa kita, kerana itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik pada Allah. Allah tahu apa yang terbaik, untuk hidup kita kini, masa depan, dan selamanya

SBE 4; SK Sri Gaya #1

Ini adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah saya yang terakhir. dan kami memilih untuk pergi ke SK Sri Gaya. sepanjang empat kali SBE ini, mesti saya buat dengan roomate saya sendiri. alasan utama kami pergi sekolah ni adalah sekolah ni dekat dengan ofis bapa dia and mahu rasa pengalaman yang terbaru di sekolah kluster. so, ini dia cerita hari pertama di SK Sri Gaya; bangun sahur tadi jam 3.30 pagi. after that, sambung tidur. haha and kami lambat bangun lepas tu. terjaga dalam jam 6 pagi. okay, sangat kelam kabut. borang kami langsung belum isi. sampai saja sekolah, nasib baik belum mula perhimpunan lagi. cari mana Bilik Guru Besar dan sekali tengok di dalam, ada sudah beberapa guru pelatih lain yang buat SBE sana. dari IPG Keningau dan Kent. so, tidaklah kami berduaan ja di sekolah sepanjang minggu ni. GB buat temu bual dengan kami. dan dia tanya2 the previous school kami pergi.SK Sg Bedaun di Labuan, SK Weston di Beaufort, SK Likas di KK.then suddenly GB tu tanya. GB: Aik? kenapa boleh ...