Skip to main content

Abah & Mama Birthday Dinner;

seperti yang aku zanji janji kan, aku akan update pasal makan makan fullblast aku dan keluarga. last night tanpa my adik lelaki, kami celebrate bday mama and abah. since dorang punya bday tak jauh beza, celebrate lah dipertengahan tarikh. supaya adil dan saksama gitew. so, aku pun balik lah dari Tawau ke Labuan.

sepanjang perjalanan, seriously, sangat menduga aku punya mental dan fizikal. aku tak dapat tidur dalam bas sebab kerisauan, takut2 kemalangan, pastu tak selesa. orang depan aku terlalu selfish sampai diturunkan kerusi serendah2nya, tangan dia lagi menjalar2 ke belakang. ohmy!! gila aku time tu. sempat lagi habis minyak di Tambunan, delay lagi mau setengah jam menunggu minyak bas sampai. sampai KK dalam 530 pagi terus heading pula ke terminal bas depan mahkamah tu. naik lagi ke menumbok selama 2 jam lebih, sampai jak di menumbok, memang pening tahap gaban! tak lagi dapat berehat, sampai sudah speedboat. melumpat2 lagi badan dalam speedboat, naaaaahhh!! cukup syarat sudah aku ke-paning-an.

eh, apakes cakap pasal perjalanan yang super duper teruk ni? bukan kah aku janji mau cakap pasal dinner? hahaha sorry. well, you know lah, if sudah semangat menaip ni, terus segala2 nya aku mau campak dalam satu entry. macam biasa, aku hurai entry dengan bantuan gambar.

SOME of our food. ada banyak lagi. tapi, tak digambar and plus tak diambil pun.
inilah section favorite aku. dessert. gila, banyak kek!
part paling popular, semua yang grill. apa lagi, berabis la mengambil kambing dan udang.
sambil makan2, ada live band lagi. lagu2 malam tu semua ngam dijiwa. almaklumlah, jiwang2 song
haruslah mencampakkan muka dalam entry kan. ayu2 kunun muka, walhal makan nanti makan gergasi. selagi perut nda membulat, inda stop. well buffet kan, mana boleh alang alang!
kegemaran si Zana. udang! berkilo kilo dimakan.
bergambar bersama nombor meja. motif? tiada. trip trip kihuuuddd jak ni
my king and queen of life. awet muda ba masi. biar abah sudah botak, tapi muka maintain paling handsome ba di dunia ;)
mama punya cake. kicik tapi cumil kan.
 Happy Belated Birthday Mama, 
and Happy Birthday in Advance Abah. 
I love you both more than anything =')

ok. ini saja ceritaku,
kbai.

#biadap tul orang zaman sekarang ni kasi habis entri. tulis 'kbai' ja. tak bersopan santun. hahaha patutnya di akhiri dengan salam. baru la berbudi bahasa amalan mulia.

sekali lagi,
Assalamualaikum =D

*mintapuji mode*

Comments

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Day 13: Someone You Look Up To;

Abah dan Mama since dia cakap someone, aku memang tak boleh pilih sorang. both of them are someone I always look up to. and that's my parents. most of the time, aku rasa sangat berbangga sebab dilahirkan dalam keluarga ini. kami bukan dari keluarga yang kaya raya, yang banyak duit, tapi both of my parents tak pernah biarkan kami rasa susah. kadang-kala, apa yang kami mahu kami dapat juga. ABAH babah adalah orang yang paling kuat kerja. sikit pun tidak mengeluh.even sudah umur 50 tahun this year, tapi still maintain macam orang muda. even tenaga babah rasanya lebih tinggi dari anak muda zaman sekarang. awal pagi, my dad akan buat burger, untuk my sister jual di sekolah. then pergi kerja, sebagai lorry driver dari pagi sampai ke petang. then malam, ada kerja sampingan. pasang kem (untuk orang kawin2 tu). kalau ada masa di rumah pun, jarang lah. itu semua untuk kami cukup makan, cukup pakaian, dan cukup serba serbi. kalau ada masa dirumah, dia akan online facebook. haha main gam...

SBE 4; SK Sri Gaya #1

Ini adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah saya yang terakhir. dan kami memilih untuk pergi ke SK Sri Gaya. sepanjang empat kali SBE ini, mesti saya buat dengan roomate saya sendiri. alasan utama kami pergi sekolah ni adalah sekolah ni dekat dengan ofis bapa dia and mahu rasa pengalaman yang terbaru di sekolah kluster. so, ini dia cerita hari pertama di SK Sri Gaya; bangun sahur tadi jam 3.30 pagi. after that, sambung tidur. haha and kami lambat bangun lepas tu. terjaga dalam jam 6 pagi. okay, sangat kelam kabut. borang kami langsung belum isi. sampai saja sekolah, nasib baik belum mula perhimpunan lagi. cari mana Bilik Guru Besar dan sekali tengok di dalam, ada sudah beberapa guru pelatih lain yang buat SBE sana. dari IPG Keningau dan Kent. so, tidaklah kami berduaan ja di sekolah sepanjang minggu ni. GB buat temu bual dengan kami. dan dia tanya2 the previous school kami pergi.SK Sg Bedaun di Labuan, SK Weston di Beaufort, SK Likas di KK.then suddenly GB tu tanya. GB: Aik? kenapa boleh ...