Skip to main content

12.12.12;

harini semua nak post pasal tarikh ini. memang la special sebab tarikh ni tak akan dijumpai selalu. untung sapa yang lahir waktu ni, unik. tapi ada juga yang manusia2 yang sinis dengan tarikh ni. adui kamurang, tarikh ja ni pun. apa juga yang kamu marah if ada orang excited. normal la. dalam hati kamu pun kali excited, tapi kerana takut dicakap cakap, kamu kutuk2 terus. hahaha life in facebook. begitu la itu.

as for me tarikh ini tiada yang special pun but it remind me of something. itu nanti cerita. okay, today awal pagi lagi keluar dengan mama. banyak sangat tempat jalan. ada dalam 4 restoran kami keluar masuk. kaya bah restoran hari ni. sampai perut aku pun dah macam tak okay. selain itu, apa aku buat untuk mengisi 12/12/12 ini.

1)daftar BR1M. ya la, aku ni kan dah 21 tahun ke atas. tambah2 lagi belum posting, serius rm250.00 itu amat berguna waktu kering kontang haha
2)dua tiga kali ke maybank. urusan bisnes la katakan
3)keluar masuk restoran, lepak dengan orang yang berbeza. kawan mama actually
4)mengotorkan dapur dengan menumpahkan telur di sekitarnya. omooo =(
5)tengok hindi tv2 sekarang! haha

see, nothing much special. tiada benda romantic happen pun. semua dalam keadaan normal. sama seperti hari lain. sama seperti tarikh lain. tapi, sepanjang hari ni aku terfikir something. sesuatu berkaitan dengan rancangan, takdir, dan ketentuan Allah.

teringat lima tahun lalu, pada tarikh ini, 12.12.2007, orang yang paling aku tunggu untuk jadi kekasih aku dari sekolah lagi, jadi boyfriend aku. yes, memang aku happy. bertahun2 aku simpan perasaan aku untuk dia, dan pada tarikh itu, baru sama sama (ish macam bikin galik juga menulis part ini, jiwang gila). tapi, jodoh tu tak lama. sekejap saja Allah tarik balik kebahagiaan itu. kecewa,memang lah. tapi aku tetap bersyukur, sebab Allah berikan juga aku rasa bahagia bersama dia.

selepas tu, hubungan kami on off, on off. sampai la satu tahap aku decide pada diri aku, since kami sama2 12.12.07 tu kan, kiranya pada 12.12.12 mau buat sesuatu yang romantik, yang tak diduga kononnya. ya la, biar nampak macam di movie2 tuh. kira worth it la menunggu ni tarikh. 

tapi hakikatnya keadaan tidak berjalan seperti apa yang aku rancang lima tahun lalu. aku lupa sendiri yang aku tunggu tarikh ini untuk tiba. cuma tadi pagi, semua keluar bertubi tubi dalam kepala. teringat semua itu. dan terfikir, sesungguhnya perancangan Allah itu sangat misteri. dalam lima tahun itu banyak yang berubah. dan siapa sangka lima tahun dulu cinta aku milik dia, tapi sekarang, hati ini milik orang lain.


lepas ni, aku bukan tak nak plan apa apa. cuma bila ada benda yang aku plan, aku selalu ingatkan dalam diri aku, ALLAH yang akan menentukan samaada ianya berjalan seperti itu, atau kurang, ataupun lebih dari apa yang kita rancangkan. sepanjang lima tahun itu, aku belajar untuk menjadi lebih matang, belajar untuk memahami qada dan qadar Allah untuk diri aku. apa yang aku rancang, aku masukkan dalam doa. cukup hanya Allah yang tahu apa plan aku, dan adakah ianya baik atau buruk, hanya Dia yang Maha Mengetahui.


kerana itu, setiap langkah yang aku lalui di muka bumi ini, aku ingat hanya satu, iaitu Allah. setiap apa yang aku rancang untuk masa kini dan masa depan, hanya Allah yang tahu samaada ianya baik untuk aku atau tidak. bersangka baik sama Allah, agar jalan hidup yang dilalui itu sentiasa diredhai =)

"Ya Allah, sekiranya aku jatuh cinta, maka kau jatuhkanlah rasa cintaku kepadanya, yang melabuhkan rasa cintanya buatMu,buat menambahkan kekuatanku untuk mencintaiMu"

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa kita selalu dapat benda yang kita tidak suka?;

setengah tahun berlalu. ada satu perkara yang aku belajar selama itu, yang aku sedari pada hari ini. bahawa, aku selalu dapat benda yang aku tak suka, dan tak mahu. dan benda yang aku mahu, aku tunggu, aku suka, memang aku tak dapat. dalam hidup, aku rasa selepas ini, aku tak perlu buat list apa yang aku tak suka, and aku tak mahu, sebab ianya seperti cuba untuk melawan takdir yang Allah tentukan buat aku. dan aku perlu sedar dan tahu, dan perlu fahamkan, sejauh mana kita merancang, se-perfect mana aturan kita, kadang kala Allah tak izinkan semua itu berlaku. atas sebab apa? sebab di atas semua itu ada hikmah yang akan berlaku. aku nak bagi contoh hal macamana aku tak suka, aku takut aku mengguris hati dan perasaan pula. cuma, aku rasa tak lengkap kalau aku tak cakap semua. i mean apa yang aku cuba maksudkan dalam hidup aku. 1) dari dulu, aku cakap, yang aku tak berminat langsung untuk ajar sekolah menengah. biar apa sekalipun. - tup tup aku jadi guru ganti sebulan sek...

aku demam, batuk, dan gatal2 satu badan;

hellooooooww meellooowww mashimellow watermelonlow,and bla bla bla..entah apa punya introduction. sangat tidak menarik. sampai aku rasa aku nak hentak kepala manja2 kat dinding. hari ni aku perlu aktifkan mood sakit aku. cian aku, entah berjangkit dari siapa la ni, sampai aku punya flu dan batuk2 timbul. semalam, ya ampun, punya susah mahu tidur. aku bersin non stop. bayangkan la aa..sampai aku rasa mahu cabut hidung aku malam tu juga, dan tidur dengan lena. dek kerana bersin yang x henti, sampai menganggu diriku untuk bermimpi yang indah2 bersama tersayang,aku bangun pagi tadi, macam mahu pengsan. semua berpusing2, sampai aku menangis sorang2 dalam bilik. Tsk..tsk.. T___T dah lah sekarang tidur sorang, memang sadis lah. seri ketuk pintu tadi pagi, dia dah siap p kuliah. aku pun buka pintu, dengan rambut menggerbang semacam, sumpah, kalau aku jalan2 jam 2 atau 3 pagi, orang sangka aku hantu. kwang3x.. aku gtaw aku tak p kuliah, dan sms si bebeh. minta simpati kunun. supaya ada kekuatan...

Tips, Nasihat Dan Trick Buat Adik Junior IPG;

so, for today, aku baca kat facebook, all my junior dah habis exam. so that's mean, mereka dah habis segala sengsara hidup lima tahun setengah di IPG. wow! cepat masa berlalu. as a concern senior, aku rasa aku perlu berkongsi tips, nasihat and also trick as a new teacher bila dah pijak sekolah secara REAL. i mean yes! for real. sebab praktikum and penempatan pertama memang SANGAT SANGAT BERBEZA.  and here it is; #1 GET READY! yes. get ready untuk semua benda dan hal. termasuk ready mental untuk tahu dimana kita ditempatkan, and also fizikal mana lah tau sekolah tu gred P3 yang memerlukan fizikal anda untuk sampai ke sekolah.  #2 BERANI berani bukanlah berani mau tumbuk orang, and so on. berani untuk sahut cabaran, in case ditempatkan di sekolah yang memang bukan pilihan. jujur, aku kata, aku tak pilih SARAWAK dalam mana2 pilihan, tapi Allah tempatkan aku di sini, di MIRI. dan jujur juga, aku menangis sepanjang malam sebab memikirkan status pedalaman sekola...