Skip to main content

daily journal;

bangun tadi, mandi terus menuju ke kafe. luckily, cafe kitorang dah insaf. tak dera kitorang lagi. banyak makanan. terus mata pun tak tahu nak pilih apa. dah la cuaca sejuk, perut memang sangat lapar. I tell you!

then balik bilik, buka buku, salin nota PBDTL, baca sikit2. then tiba tiba teringat yang ISL PBD belum siap pun. so, apa lagi, buka laptop menyiapkan ISL. yang paling menyakitkan hati ialah printer. saya tahulah saya guna kertas yang murah. beli dari Giant. tapi printer ni tak boleh terima kenyataan lah yang saya guna kertas murahan. nak juga kertas DOUBLE A. baru lah tak melekat. arghhhhhhhhhhh punyalah tension. dua jam saya menyelesaikan, walaupun sebenarnya semua kerja boleh siap dalam sejam ja.

pastu siap, nak release tension, tengok movie. tiba2 datang Nuraini bawa saya exercise. hahahahaha..baru sekejap saya nampak dia tengah mengemas sampah sarap depan bilik dia, then datang tiba2 bawa orang exercise. tapi time tu memang malas gila sebab mood masih tak okay gara gara printer, then dia bawa la roomate saya. entah exercise apa, tonggeng di atas lantai then pegang botol pepsi dan air mineral sambil apa aa..entah apa nama posisi tue.

tak sampai sepuluh minit,exercise berubah menjadi sesi urut mengurut. dek kerana roomate saya terlajak tidur,maka kakinya sakit. dan si Ain ni pun mengurutlah. dari instruktor senaman bertukar jadi tukang urut yang diimport khas dari luar negara. wakakakakaka..sesi urutan berjalan dengan lancar, saya tak ambil kisah sangat sebab fokus dengan movie tapi apa yang saya tahu minyak urutan itu sangat menusuk kalbu. argghhhh minyak BETET yang sangat wangi.

okay, im off to shower. bye.

Comments

prasasti_puteri said…
~girl..~
~cutenya..~
~haha.. ^^~

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Day 13: Someone You Look Up To;

Abah dan Mama since dia cakap someone, aku memang tak boleh pilih sorang. both of them are someone I always look up to. and that's my parents. most of the time, aku rasa sangat berbangga sebab dilahirkan dalam keluarga ini. kami bukan dari keluarga yang kaya raya, yang banyak duit, tapi both of my parents tak pernah biarkan kami rasa susah. kadang-kala, apa yang kami mahu kami dapat juga. ABAH babah adalah orang yang paling kuat kerja. sikit pun tidak mengeluh.even sudah umur 50 tahun this year, tapi still maintain macam orang muda. even tenaga babah rasanya lebih tinggi dari anak muda zaman sekarang. awal pagi, my dad akan buat burger, untuk my sister jual di sekolah. then pergi kerja, sebagai lorry driver dari pagi sampai ke petang. then malam, ada kerja sampingan. pasang kem (untuk orang kawin2 tu). kalau ada masa di rumah pun, jarang lah. itu semua untuk kami cukup makan, cukup pakaian, dan cukup serba serbi. kalau ada masa dirumah, dia akan online facebook. haha main gam...

SBE 4; SK Sri Gaya #1

Ini adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah saya yang terakhir. dan kami memilih untuk pergi ke SK Sri Gaya. sepanjang empat kali SBE ini, mesti saya buat dengan roomate saya sendiri. alasan utama kami pergi sekolah ni adalah sekolah ni dekat dengan ofis bapa dia and mahu rasa pengalaman yang terbaru di sekolah kluster. so, ini dia cerita hari pertama di SK Sri Gaya; bangun sahur tadi jam 3.30 pagi. after that, sambung tidur. haha and kami lambat bangun lepas tu. terjaga dalam jam 6 pagi. okay, sangat kelam kabut. borang kami langsung belum isi. sampai saja sekolah, nasib baik belum mula perhimpunan lagi. cari mana Bilik Guru Besar dan sekali tengok di dalam, ada sudah beberapa guru pelatih lain yang buat SBE sana. dari IPG Keningau dan Kent. so, tidaklah kami berduaan ja di sekolah sepanjang minggu ni. GB buat temu bual dengan kami. dan dia tanya2 the previous school kami pergi.SK Sg Bedaun di Labuan, SK Weston di Beaufort, SK Likas di KK.then suddenly GB tu tanya. GB: Aik? kenapa boleh ...