Skip to main content

Selamat Hari Guru;

16 Mei
Selamat Hari Guru buat semua.

saya bersyukur ke hadrat ilahi sebab saya sendiri tergolong dalam profesion keguruan ini. mungkin belum secara rasmi tapi saya ke arah itu. dari dulu memang cita cita saya untuk menjadi seorang guru. kalau waktu kecil dulu, saya memang rapat dengan guru guru. kira kalau dulu minta puji la kan, sapa rapat sama cikgu, kunun dia lah hebat.

disebabkan itu, saya memang rajin tolong cikgu. bukan mahu bangga, tapi memang itu benda yang saya selalu buat. nampak saja cikgu kegemaran keluar dari kereta, terus berlari pergi cikgu tu, tanya apa yang boleh saya bantu. saya juga memang suka ni kalau kena lantik jadi Ketua Kelas ka, Ketua Kebersihan ka, yang penting dapat selalu tolong cikgu. selalunya saya buat memang kerana saya suka, bukan untuk terima sebarang ganjaran.

cikgu kegemaran saya memang banyak. yang paling diingat tu ada beberapa, terutama cikgu cikgu ni;

1) Cikgu Rosmah; cikgu ni ajar saya waktu darjah 3. time ni rasanya beliau tengah buat praktikal. memang sangat best. banyak lagu dia ajar, satu kelas kami suka dengan cikgu ni. sampai bila cikgu tu mahu habis sudah praktikal, semua menangis. bagi hadiah segala.

2) Cikgu Isham; cikgu ni cikgu BM waktu saya form 5. yang bagi saya banyak peluang. sampai beliau pilih saya jadi Ketua Editor majalah sekolah waktu tu. bukan bangga yang saya rasa, cuma saya rasa terharu sebab menjadi kepercayaan beliau. ketika itu, BM memang subjek kegemaran saya. sampai saya akan pastikan saya akan skor paper ni. dan Alhamdullilah, saya memang dapat A1 untuk paper BM

3) Cikgu Mas Idayu; beliau guru kelas saya. yang memang sangat rapat dengan kami. memang sporting gila. dah la kelas kami memang nakal kan, hanya dia ja yang bertahan dengan perangai hantu. mana perempuan dan lelaki jangan cakap. semua hantu escape. tapi saya tak lah rajin escape, masih ada cop lagi skema dalam diri. ngaaaaa :D

4) and so much more, yang saya rasa memang banyak bagi saya inspirasi dan kuatkan semangat saya untuk menjadi seorang guru sama seperti mereka.

sampai sekarang ni masih tidak percaya lagi, yang saya sudah berjaya mencapai cita-cita saya kerana usaha dan kepercayaan seorang guru terhadap saya. kalau bukan kerana guru, saya mungkin tidak akan berada di tahap ini.

dan akhir sekali, SELAMAT HARI GURU buat semua guru yang pernah mengajar saya, semua guru di Malaysia dan buat semua bakal guru. dan tidak dilupakan juga buat sayang saya, Happy Teacher's Day.

*orang kata, kalau jadi guru, mesti seorang yang penyanyang. ya, thats true rasanya. sebab saya memang akan cari seorang bakal husband berkerjaya seorang guru. I know he will be a good father for my children. and for him, I can see right now. You really can make a good teacher one day. I believe.

Comments

prasasti_puteri said…
~selamat hari sigu.. ^^~
*cikgu ^^

Popular posts from this blog

Martabak Jawa Tawau;

tajuk entri macam resipi saja kan. walhal cerita dibawah ini tiada kaitan sama resipi samaada resipi hidup ataupun resipi yang mati. LOL. kurang dari lima minggu lagi aku akan bertapak di bumi Tawau. pejam celik, makan tidur, ketawa menangis, akhirnya 5 tahun lebih sudah di lalui. Alhamdullilah, aku masih bernafas lagi. banyak hal yang berubah dalam diri tapi yang terlalu obvious ialah berat badan. ya, semakin hari semakin gumuk! yes! pencapaian yang paling hebat sepanjang hidup. ayat aku macam bangga jak kan berat badan naik, tapi dalam hati siapa tahu. i sedih tau. dalam hati i meronta2 nak kuyuskan badan, tapi tiap kali i nampak makanan, i terus gembira. i lupa yang i bersedih sebab gemuk. menci tau makanan banyak sedap sedap, especially kat Tawau ni. boleh lah aku bagi gelaran tempat ni syurga makanan. dari nasi goreng lalap, ke es teller, ke bontot ayam (aii tiba tiba masuk list, huahuahua) dan yang paling penting, tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa MARTABAK JAWA. ngeh ngeh ngeh Mar

SBE 4; SK Sri Gaya #1

Ini adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah saya yang terakhir. dan kami memilih untuk pergi ke SK Sri Gaya. sepanjang empat kali SBE ini, mesti saya buat dengan roomate saya sendiri. alasan utama kami pergi sekolah ni adalah sekolah ni dekat dengan ofis bapa dia and mahu rasa pengalaman yang terbaru di sekolah kluster. so, ini dia cerita hari pertama di SK Sri Gaya; bangun sahur tadi jam 3.30 pagi. after that, sambung tidur. haha and kami lambat bangun lepas tu. terjaga dalam jam 6 pagi. okay, sangat kelam kabut. borang kami langsung belum isi. sampai saja sekolah, nasib baik belum mula perhimpunan lagi. cari mana Bilik Guru Besar dan sekali tengok di dalam, ada sudah beberapa guru pelatih lain yang buat SBE sana. dari IPG Keningau dan Kent. so, tidaklah kami berduaan ja di sekolah sepanjang minggu ni. GB buat temu bual dengan kami. dan dia tanya2 the previous school kami pergi.SK Sg Bedaun di Labuan, SK Weston di Beaufort, SK Likas di KK.then suddenly GB tu tanya. GB: Aik? kenapa boleh

aku demam, batuk, dan gatal2 satu badan;

hellooooooww meellooowww mashimellow watermelonlow,and bla bla bla..entah apa punya introduction. sangat tidak menarik. sampai aku rasa aku nak hentak kepala manja2 kat dinding. hari ni aku perlu aktifkan mood sakit aku. cian aku, entah berjangkit dari siapa la ni, sampai aku punya flu dan batuk2 timbul. semalam, ya ampun, punya susah mahu tidur. aku bersin non stop. bayangkan la aa..sampai aku rasa mahu cabut hidung aku malam tu juga, dan tidur dengan lena. dek kerana bersin yang x henti, sampai menganggu diriku untuk bermimpi yang indah2 bersama tersayang,aku bangun pagi tadi, macam mahu pengsan. semua berpusing2, sampai aku menangis sorang2 dalam bilik. Tsk..tsk.. T___T dah lah sekarang tidur sorang, memang sadis lah. seri ketuk pintu tadi pagi, dia dah siap p kuliah. aku pun buka pintu, dengan rambut menggerbang semacam, sumpah, kalau aku jalan2 jam 2 atau 3 pagi, orang sangka aku hantu. kwang3x.. aku gtaw aku tak p kuliah, dan sms si bebeh. minta simpati kunun. supaya ada kekuatan