Skip to main content

Hari Kedua;

ini adalah hari kedua tugas saya sebagai seorang fasilitator. tak banyak nak share. sebab mostly saya enjoy kerja saya, saya happy dengan kawan2 saya yang lain dan semuanya berjalan dengan baik biarpun ada yang kurang kat sini dan kat sana. tapi, tak ada perkara yang perfect juga, kan?

but then, saya rasa pelajar baru ini memang sangat best. nak tahu kenapa?;

1)LDK habis dalam jam 1030 malam, then refleksi dalam sejam. 11.30 konfem dah masuk bilik. sangat cemburu dengan dorang, sebab kalau kami dulu, kalau bukan jam 12 belum tentu dapat balik asrama.

2)handphone hari pertama dah kena rampas. tapi, rasanya untuk MPPB kali ni, dorang bebas pegang hp. nak call girlfriend, boyfriend, famili, senang saja. setiap masa pun boleh.

3)kain baju kurung tak payah tukar. kalau junior kami dulu, kain lain, baju lain.

4)kem komanden yang sangat tegas tapi masih boleh berlembut. tak banyak nak membebel sebab tingkah laku yang salah.

5) rasanya semua bebas pakai baju apa saja asalkan ikut yang ditetapkan. tak ada warna khas untuk semua.

tapi biarpun mereka alami semua ini, tapi saya rasa apa yang saya lalui benar-benar memberikan impak yang berbeza. kerana MPPB itulah, saya menjadi lebih tabah menjalani hidup di IPG. dan kerana itulah saya lebih yakin untuk lakukan apa saja.

MPPB adalah minggu yang tidak boleh saya lupakan. saya seperti tidak kenal siapa diri saya. fikiran saya bercelaru. saya menangis setiap malam rindukan keluarga, handphone pun dirampas. semua nya seperti satu cabaran yang sangat susah untuk saya lalui.

dan rupanya tanpa saya sedari, sudah hampir 3 tahun saya berada di IPG Kampus Tawau ini. sedikit pun saya rasa tidak menyesal malahan saya bersyukur, kerana satu hari nanti saya boleh menjadi seorang guru dan dapat merealisasikan cita-cita saya sejak kecil lagi.

Comments

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Day 13: Someone You Look Up To;

Abah dan Mama since dia cakap someone, aku memang tak boleh pilih sorang. both of them are someone I always look up to. and that's my parents. most of the time, aku rasa sangat berbangga sebab dilahirkan dalam keluarga ini. kami bukan dari keluarga yang kaya raya, yang banyak duit, tapi both of my parents tak pernah biarkan kami rasa susah. kadang-kala, apa yang kami mahu kami dapat juga. ABAH babah adalah orang yang paling kuat kerja. sikit pun tidak mengeluh.even sudah umur 50 tahun this year, tapi still maintain macam orang muda. even tenaga babah rasanya lebih tinggi dari anak muda zaman sekarang. awal pagi, my dad akan buat burger, untuk my sister jual di sekolah. then pergi kerja, sebagai lorry driver dari pagi sampai ke petang. then malam, ada kerja sampingan. pasang kem (untuk orang kawin2 tu). kalau ada masa di rumah pun, jarang lah. itu semua untuk kami cukup makan, cukup pakaian, dan cukup serba serbi. kalau ada masa dirumah, dia akan online facebook. haha main gam...

SBE 4; SK Sri Gaya #1

Ini adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah saya yang terakhir. dan kami memilih untuk pergi ke SK Sri Gaya. sepanjang empat kali SBE ini, mesti saya buat dengan roomate saya sendiri. alasan utama kami pergi sekolah ni adalah sekolah ni dekat dengan ofis bapa dia and mahu rasa pengalaman yang terbaru di sekolah kluster. so, ini dia cerita hari pertama di SK Sri Gaya; bangun sahur tadi jam 3.30 pagi. after that, sambung tidur. haha and kami lambat bangun lepas tu. terjaga dalam jam 6 pagi. okay, sangat kelam kabut. borang kami langsung belum isi. sampai saja sekolah, nasib baik belum mula perhimpunan lagi. cari mana Bilik Guru Besar dan sekali tengok di dalam, ada sudah beberapa guru pelatih lain yang buat SBE sana. dari IPG Keningau dan Kent. so, tidaklah kami berduaan ja di sekolah sepanjang minggu ni. GB buat temu bual dengan kami. dan dia tanya2 the previous school kami pergi.SK Sg Bedaun di Labuan, SK Weston di Beaufort, SK Likas di KK.then suddenly GB tu tanya. GB: Aik? kenapa boleh ...