Skip to main content

hidup ini, ada pasang surutnya;

dalam dunia ini, apa yang berlaku semuanya ada sebab;

kalau ibu dan bapa saya tidak bertemu,
mana mungkin saya dilahirkan.

kalau ibu dan bapa saya tidak pindah ke Labuan,
mana mungkin saya bersekolah di Tadika St. Anne

kalau bukan saya bersekolah di Tadika St. Anne,
mana mungkin saya sambung sekolah di Sk St.Anne.

kalau bukan saya di Sk St.Anne,
mana mungkin saya kenal hayati,zulaikha,hanizah dan nadia.

kalau bukan kerana saya menyambung di SMK Labuan,
mana mungkin saya temukan cinta pertama saya.

kalau saya tidak temui cinta pertama saya,
tidak akan saya belajar sakitnya bercinta itu.

kalau tidak saya rasakan sakitnya cinta itu,
mana mungkin saya mula memainkan perasaan orang lain.

kalau bukan saya memainkan perasaan orang lain,
mana mungkin saya temukan erti cinta yang sebenar.

kalau bukan saya pernah hidup susah ketika sekolah,
mana mungkin saya sedar betapa pentingnya pelajaran untuk terus hidup

kalau bukan kerana usaha saya belajar,
mana mungkin saya menerima panggilan UPU ke UDM dalam Diploma Tesl

kalau bukan saya menolak tawaran itu,
mana mungkin saya berada di IPG Kampus Tawau.

kalau bukan saya berada di IPG Kampus Tawau,
mana mungkin saya kenali seorang sahabat baik, Seri.

kalau bukan kerana saya membuka akaun facebook,
mana mungkin saya kenali lelaki yang bernama Mixhedryanson.

kalau bukan kerana saya sangat hargai peluang saya di IPG Kampus Tawau,
mana mungkin saya rasa kesusahan disana adalah sementara,
namun kejayaan yang akan saya perolehi adalah selamanya.

kalau bukan kerana saya berjauhan dengan keluarga,
mana mungkin saya sedar betapa pentingnya mereka,
disaat saya susah, dan sakit.

kalau bukan kerana di IPG memberikan saya elaun,
mana mungkin saya tahu bersyukur betapa untungnya saya.

kalau bukan kerana saya berumur hampir 20 tahun,
mana mungkin saya berfikir dengan matang.

kalau bukan saya sedang in a relationship with him,
mana mungkin saya sedari bahawa bercinta itu bukan selalunya indah.

kalau bukan kerana saya mencintai dia dengan sepenuh hati saya,
mana mungkin saya sedar bahawa tiap yang berlaku harus saya tempuhi dengan sabar.

dan kalau bukan kerana hidup ini ada pasang surutnya,
mana mungkin saya kenal apa itu erti hidup,
apa itu kasih, sayang,cinta dan rindu,
apa itu erti kesyukuran,
apa itu karma dan what goes around comes around,
apa itu keluarga, kawan dan musuh,
dan apa itu ketentuan Allah.

semua yang berlaku, pasti ada hikmahnya, jangan menyerah dengan dugaan Allah, kerana Allah tidak akan menguji hambanya yang tidak dapat menerima ujian itu.

Comments

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Day 13: Someone You Look Up To;

Abah dan Mama since dia cakap someone, aku memang tak boleh pilih sorang. both of them are someone I always look up to. and that's my parents. most of the time, aku rasa sangat berbangga sebab dilahirkan dalam keluarga ini. kami bukan dari keluarga yang kaya raya, yang banyak duit, tapi both of my parents tak pernah biarkan kami rasa susah. kadang-kala, apa yang kami mahu kami dapat juga. ABAH babah adalah orang yang paling kuat kerja. sikit pun tidak mengeluh.even sudah umur 50 tahun this year, tapi still maintain macam orang muda. even tenaga babah rasanya lebih tinggi dari anak muda zaman sekarang. awal pagi, my dad akan buat burger, untuk my sister jual di sekolah. then pergi kerja, sebagai lorry driver dari pagi sampai ke petang. then malam, ada kerja sampingan. pasang kem (untuk orang kawin2 tu). kalau ada masa di rumah pun, jarang lah. itu semua untuk kami cukup makan, cukup pakaian, dan cukup serba serbi. kalau ada masa dirumah, dia akan online facebook. haha main gam...

SBE 4; SK Sri Gaya #1

Ini adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah saya yang terakhir. dan kami memilih untuk pergi ke SK Sri Gaya. sepanjang empat kali SBE ini, mesti saya buat dengan roomate saya sendiri. alasan utama kami pergi sekolah ni adalah sekolah ni dekat dengan ofis bapa dia and mahu rasa pengalaman yang terbaru di sekolah kluster. so, ini dia cerita hari pertama di SK Sri Gaya; bangun sahur tadi jam 3.30 pagi. after that, sambung tidur. haha and kami lambat bangun lepas tu. terjaga dalam jam 6 pagi. okay, sangat kelam kabut. borang kami langsung belum isi. sampai saja sekolah, nasib baik belum mula perhimpunan lagi. cari mana Bilik Guru Besar dan sekali tengok di dalam, ada sudah beberapa guru pelatih lain yang buat SBE sana. dari IPG Keningau dan Kent. so, tidaklah kami berduaan ja di sekolah sepanjang minggu ni. GB buat temu bual dengan kami. dan dia tanya2 the previous school kami pergi.SK Sg Bedaun di Labuan, SK Weston di Beaufort, SK Likas di KK.then suddenly GB tu tanya. GB: Aik? kenapa boleh ...