Skip to main content

Lawatan Datin Z ke Kandang Ayam;

Sila abaikan tajuk entri kali ini sebab ianya tiada kaitan langsung dengan apa yang cuba saya sampaikan. tapi, kalau lawatan ke kandang ayam tu memang betul, cuma Datin Z tiada.harap maklum.

Pertama sekali, jutaan terima kasih kepada babahku tersayang kerana membenarkan aku ikut dia ke tempat kerjanya. kalau di rumah, memang tiada langsung entri dalam blog ni, sebab tiada apa2 yang dilakukan melainkan makan, tidur, online, and bla..bla..blaa...

So, lets enjoy my picture together2 :D

Inilah dia lautan ayam yang sudah matang. gebu gebu semuanya. sama seperti yang penulis blog ini. hahahahahaha :D suci dan murni bulu2nya. ayam2 ini semua sedang menunggu giliran untuk masuk dalam sebuah kotak untuk disembelih.

setiap kotak ada dalam 5-6 ekor ayam gebu dimasukkan. gambar diatas menunjukkan seorang pekerja sedang memasukkan ayam dengan penuh berhati2 kerana takut ayam tersebut terbang dan melarikan diri kerana takut disembelih.

setelah ayam dimasukkan ke dalam kotak, ianya akan ditimbang. setiap timbangan itu perlulah 80 kg beratnya barulah dikira optimum. uisseeehhh..dan akan ada pekerja yang akan mencatat berat ayam itu di dalam buku.

inilah dia babah ku yang handsome dari semua orang dalam dunia ini. okay, bapa saya bukan saja2 mahu membasahkan ayam itu, tapi untuk menyejukkan ayam. kalau ayam dalam keadaan yang panas, ayam itu akan mati. (dan, memang saya tengok ada juga ayam mati dalam kadang tu, mungkin labuan panas betul kan) sungguh tidak ku sangka ayam2 ini semuanya putera dan puteri lilin juga ya :p

then, babah bawa kami turun dari kandang ayam yang sudah matang, sebab kandang ayam ni memang diatas bukit. kami pergi ke kandang anak ayam. kandang ni lain sikit sebab kurang bau, kurang tahi, tapi sangat panas. rupanya kalau anak ayam perlu dalam keadaan yang panas pula supaya ianya dapat membesar dengan sihat dan cergas.

Inilah dia Datin Z. eh, bukan, inilah dia si penulis blog yang gebu :p saya memerlukan banyak kekuatan untuk memegang anak ayam sebab dalam hidup saya, saya sangat takut kepada semua binatang, serangga, reptilia,ehh apa2 ja la makhluk lain termasuklah kucing. jadi jangan hairanlah kalau gambar diatas seperti saya sedang memicit anak ayam itu sehingga ianya mengembang di depan. hahahahahaha :D

setelah itu, ayam2 itu dihantar ke kilang ayam untuk disembelih. ayam disembelih tidak ada saya gambar kerana selalunya ayam itu akan disembelih pada malam hari sehingga suboh,kerana seawal pagi lagi ayam itu akan dihantar ke pasar, supermarket and so on.

random stories;

#1: saya terfikir adakah lagi lelaki MALAYSIA yang berumur macam saya ni sanggup kerja di kandang ayam,and so on. sebab selama ni saya tengok, lelaki zaman sekarang lebih suka lenggang kangkung, mengurat2, kerja di pejabat, and so on. so, credits to pekerja asing yang kerja di sana untuk bagi kamurang makan ayam~!

#2: I am proud to have a father that is so hardworking dan tidak malu kerja as a lorry driver. and I really dont care naik lori jalan2 di bandar,sebab lori babah saya ada aircond. dari yang malu naik lori, dan sanggup naik kereta, padahal kereta dorang bukan ada aircond pun. hahahah shame on you!

#3: bau tahi ayam sangat lah menusuk di kalbu, ba sudah namanya tahi, ada meh tahi yang wangi? kalau ada pun tahi yang baunya natural, mcm tahi cicak. hahahahah (sot punya ayat :D )

#4: okay, babai. nanti saya update blog lagi. cari cerita dulu... selamat menonton Piala Dunia dan Free Gaza!

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa kita selalu dapat benda yang kita tidak suka?;

setengah tahun berlalu. ada satu perkara yang aku belajar selama itu, yang aku sedari pada hari ini. bahawa, aku selalu dapat benda yang aku tak suka, dan tak mahu. dan benda yang aku mahu, aku tunggu, aku suka, memang aku tak dapat. dalam hidup, aku rasa selepas ini, aku tak perlu buat list apa yang aku tak suka, and aku tak mahu, sebab ianya seperti cuba untuk melawan takdir yang Allah tentukan buat aku. dan aku perlu sedar dan tahu, dan perlu fahamkan, sejauh mana kita merancang, se-perfect mana aturan kita, kadang kala Allah tak izinkan semua itu berlaku. atas sebab apa? sebab di atas semua itu ada hikmah yang akan berlaku. aku nak bagi contoh hal macamana aku tak suka, aku takut aku mengguris hati dan perasaan pula. cuma, aku rasa tak lengkap kalau aku tak cakap semua. i mean apa yang aku cuba maksudkan dalam hidup aku. 1) dari dulu, aku cakap, yang aku tak berminat langsung untuk ajar sekolah menengah. biar apa sekalipun. - tup tup aku jadi guru ganti sebulan sek...

aku demam, batuk, dan gatal2 satu badan;

hellooooooww meellooowww mashimellow watermelonlow,and bla bla bla..entah apa punya introduction. sangat tidak menarik. sampai aku rasa aku nak hentak kepala manja2 kat dinding. hari ni aku perlu aktifkan mood sakit aku. cian aku, entah berjangkit dari siapa la ni, sampai aku punya flu dan batuk2 timbul. semalam, ya ampun, punya susah mahu tidur. aku bersin non stop. bayangkan la aa..sampai aku rasa mahu cabut hidung aku malam tu juga, dan tidur dengan lena. dek kerana bersin yang x henti, sampai menganggu diriku untuk bermimpi yang indah2 bersama tersayang,aku bangun pagi tadi, macam mahu pengsan. semua berpusing2, sampai aku menangis sorang2 dalam bilik. Tsk..tsk.. T___T dah lah sekarang tidur sorang, memang sadis lah. seri ketuk pintu tadi pagi, dia dah siap p kuliah. aku pun buka pintu, dengan rambut menggerbang semacam, sumpah, kalau aku jalan2 jam 2 atau 3 pagi, orang sangka aku hantu. kwang3x.. aku gtaw aku tak p kuliah, dan sms si bebeh. minta simpati kunun. supaya ada kekuatan...

Tips, Nasihat Dan Trick Buat Adik Junior IPG;

so, for today, aku baca kat facebook, all my junior dah habis exam. so that's mean, mereka dah habis segala sengsara hidup lima tahun setengah di IPG. wow! cepat masa berlalu. as a concern senior, aku rasa aku perlu berkongsi tips, nasihat and also trick as a new teacher bila dah pijak sekolah secara REAL. i mean yes! for real. sebab praktikum and penempatan pertama memang SANGAT SANGAT BERBEZA.  and here it is; #1 GET READY! yes. get ready untuk semua benda dan hal. termasuk ready mental untuk tahu dimana kita ditempatkan, and also fizikal mana lah tau sekolah tu gred P3 yang memerlukan fizikal anda untuk sampai ke sekolah.  #2 BERANI berani bukanlah berani mau tumbuk orang, and so on. berani untuk sahut cabaran, in case ditempatkan di sekolah yang memang bukan pilihan. jujur, aku kata, aku tak pilih SARAWAK dalam mana2 pilihan, tapi Allah tempatkan aku di sini, di MIRI. dan jujur juga, aku menangis sepanjang malam sebab memikirkan status pedalaman sekola...