Skip to main content

HAPPY 3rd ANNIVERSARY, PISMP Pengajian Sosial;

entri ini sepatutnya dipublish kelmarin :)

sudah tiga tahun kita lalui suka, duka bersama. sedikit pun saya rasa tidak menyesal ditempatkan di IPG Kampus Tawau. sesukar mana laluan saya disini, tapi akhirnya semua itu ada hikmahnya. saya bersyukur kerana disinilah saya belajar erti cabaran, persahabatan, dan segala-galanya dan kadang kala diluar pemikiran saya.

2007
sebaik saja, nama saya dipilih sebagai calon, saya rasa sangat gembira. gembira tidak terkata kerana cita-cita saya untuk menjadi seorang guru sudah tercapai. semester ini, saya akui saya sangat kebudak-budakkan. ya la, baru habis spm, tiba2 masuk ke kampus, memang lah shock sikit.

2008
tahun yang paling banyak mencabar buat saya. saya mulai aktifkan diri secara maksimum dalam pengurusan. saya mahu timba sebanyak mungkin pengalaman disini. kalau bukan belajar sekarang, bila lagi. saya mungkin bukan pelajar terbaik dari segi akademik, dan saya akui saya jauh ketinggalan dari classmate yang lain. tapi bukan pencapaian akademik yang saya kejarkan, tapi sejauh mana saya boleh menjadi guru yang terbaik suatu hari nanti

2009
saya mulai sedar kenapa saya berada di ipg kampus tawau. berada di tahun pertama ijazah seperti satu mimpi menjadi kenyataan. saya tidak membayar untuk berada di pengajian ini. malahan saya diberikan elaun yang saya rasa sudah cukup buat saya. saya mulai berfikir, kenapa saya perlu take things for granted. walaupun most of the time, saya main, ketawa dan kurang fokus dalam kelas, bukan bermakna saya tidak kisah dengan pembelajaran itu.

2010
saya semakin tahu apa yang saya mahu buat diri saya. saya beranikan diri untuk masuk ke JPP untuk cabar diri saya sejauh mana saya mampu buat kerja dan hadapi semua tekanan. saya mahukan semua pengalaman ini. dan syukur, pihak kampus berikan banyak peluang untuk kami laksanakan tugas.

saya sebenarnya mempunyai matlamat dan to-do-list sepanjang berada di IPG Kampus Tawau, dan saya rasa hampir semuanya sudah saya lakukan. dan saya akan pastikan sebelum graduate, saya sudah lakukan semuanya.

buat teman PISMP PENGAJIAN SOSIAL, HAPPY 3RD ANNIVERSARY
I LOVE YOU ALL :D
thanks sebab buat saya rasa saya sebahagian dari anda semua


Comments

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Bersangka Baik;

Allah tidak makbulkan doa kita, kerana itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik pada Allah. Allah tahu apa yang terbaik, untuk hidup kita kini, masa depan, dan selamanya

Day 13: Someone You Look Up To;

Abah dan Mama since dia cakap someone, aku memang tak boleh pilih sorang. both of them are someone I always look up to. and that's my parents. most of the time, aku rasa sangat berbangga sebab dilahirkan dalam keluarga ini. kami bukan dari keluarga yang kaya raya, yang banyak duit, tapi both of my parents tak pernah biarkan kami rasa susah. kadang-kala, apa yang kami mahu kami dapat juga. ABAH babah adalah orang yang paling kuat kerja. sikit pun tidak mengeluh.even sudah umur 50 tahun this year, tapi still maintain macam orang muda. even tenaga babah rasanya lebih tinggi dari anak muda zaman sekarang. awal pagi, my dad akan buat burger, untuk my sister jual di sekolah. then pergi kerja, sebagai lorry driver dari pagi sampai ke petang. then malam, ada kerja sampingan. pasang kem (untuk orang kawin2 tu). kalau ada masa di rumah pun, jarang lah. itu semua untuk kami cukup makan, cukup pakaian, dan cukup serba serbi. kalau ada masa dirumah, dia akan online facebook. haha main gam...