Skip to main content

luahan hati;

kalau saya dengar lagu, belum sampai habis lagi tu lagu, saya sudah ubah. entah la kenapa, terutama lagi kalau lagu dalam playlist tidak ngam dengan mood saya. then, one of my friend, Ain cakap itu melambangkan personaliti saya? :)

well, I really dont know. senang ubah lagu kalau tidak ngam di jiwa. seperti saya mudah bosan kan. Ain cakap apa kata teruskan saja mendengar atau dalam hidup teruskan berjuang sampai ke hujungnya. hmmm...ayat2 tadi memamng berada dalam fikiran saya sebaik saja saya keluar dari bilik dia. dia buat saya terfikir dan terus memikir mengenai satu hal.

satu hal dimana saya harus berhenti di tengah jalan kerana saya tiada kekuatan untuk meneruskan. walhal ketika itu saya sudah berusaha berbulan yang mungkin untuk mempertahankan. saya tidak boleh katakan diri saya sedang berada di persimpangan dilema, sebab saya sudah lakukan keputusan itu.

kadang kala, kita harus berhenti juga kan di tengah jalan itu. kalau kita sendiri tidak tahu penghujungnya. mengambil keputusan untuk meneruskan segalanya seperti sedang mengambil risiko. dan saya akui, saya tiada kekuatan untuk ambil risiko itu sebab saya tidak tahu berapa lama lagi waktu yang diperlukan, dan adakah dipenghujungnya saya bahagia atau derita yang saya terima.

usah berpaling kepada keputusan yang telah saya lakukan kerana sekarang saya tekad untuk meneruskan hidup. saya pilih jalan ini dan saya berharap ianya jalan yang benar. Insya Allah.

Comments

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Bersangka Baik;

Allah tidak makbulkan doa kita, kerana itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik pada Allah. Allah tahu apa yang terbaik, untuk hidup kita kini, masa depan, dan selamanya

SBE 4; SK Sri Gaya #1

Ini adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah saya yang terakhir. dan kami memilih untuk pergi ke SK Sri Gaya. sepanjang empat kali SBE ini, mesti saya buat dengan roomate saya sendiri. alasan utama kami pergi sekolah ni adalah sekolah ni dekat dengan ofis bapa dia and mahu rasa pengalaman yang terbaru di sekolah kluster. so, ini dia cerita hari pertama di SK Sri Gaya; bangun sahur tadi jam 3.30 pagi. after that, sambung tidur. haha and kami lambat bangun lepas tu. terjaga dalam jam 6 pagi. okay, sangat kelam kabut. borang kami langsung belum isi. sampai saja sekolah, nasib baik belum mula perhimpunan lagi. cari mana Bilik Guru Besar dan sekali tengok di dalam, ada sudah beberapa guru pelatih lain yang buat SBE sana. dari IPG Keningau dan Kent. so, tidaklah kami berduaan ja di sekolah sepanjang minggu ni. GB buat temu bual dengan kami. dan dia tanya2 the previous school kami pergi.SK Sg Bedaun di Labuan, SK Weston di Beaufort, SK Likas di KK.then suddenly GB tu tanya. GB: Aik? kenapa boleh ...