Skip to main content

Monday Blues;

pagi tadi, dikejutkan dengan hebat sekali oleh Ain. ketukan pintu yang sangat dasyat seperti ada kecemasan. saya bangun dari tidur dalam keadaan yang sangat 'shock'. tanya roomate jam berapa, masih awal lagi. aishhh rupanya Ain sengaja kasi bangun awal sebab tiada air di asrama.hoohohho ambil air di tangki sama roomate, masih macam blurr2x berabis ni. tidak percaya oo kami akan bangun dalam keadaan begitu

7.00 pagi;
Perhimpunan Pagi. rutin mingguan IPG Kampus Tawau. baca doa, nyanyi lagu, dengar pengumuman yang akan disampaikan. and so on

730 pagi;
dengan yakin mahu naik ke kelas, sekali rupanya kelas Teknologi Pendidikan gabung dengan Sains dan PraSekolah di khawarizmi. ciss, bolehnya terlupa. padahal semalam semangat sudah jumpa Pen Ketua Unit kelas kami tanya jadual

930 pagi;
keluar rehat. sebab pagi tidak sempat sarapan. sambil makan tengok penutupan tu World Cup. best juga dengar lagu Shakira sambil menari2 sexxxxyyyyy gitu.

10.00pagi;
masuk kelas, ambil semua karya2 agung PSV yang kami berhempas pula sepanjang weekends untuk dihantar ke workstation En Hamzah.

1030pagi;
tiada kelas. jadi buat urusan Bina Insan Guru. jumpa akauntan, cut budget, edit balik semua surat2 untuk dihantar ke Ketua Kampung and so on.

1petang;
ada jamuan dengan semua AJK MPPB JUN 2010. hoooray, makan free. banyak gila makanan lebih sebab bukan semua ajk datang. dan pencuci mulut pun aiskrim. best ooo

2petang;
kelas PSV dengan En Hamzah. just dapat tugasan. buat sikit2 dalam kelas

3petang;
balik ke bilik, mandi, cuci rambut, tidurrr ZzzZzzZzzz

6petang;
bangun, buka laptop,update status facebook, ronda2 blog kawan2 then solat maghrib

73omalam;
turun kafe dengan Ain dan Seri.dinner yang best sebab ayam goreng kafe sangat sedap. then beli pisang goreng

830malam;
kembali online, sambil dengar lagu, seterika baju,and bla bla bla

11malam;
update blog, dan kejap lagi tidur.Nite Everyone!

Comments

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Bersangka Baik;

Allah tidak makbulkan doa kita, kerana itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik pada Allah. Allah tahu apa yang terbaik, untuk hidup kita kini, masa depan, dan selamanya

SBE 4; SK Sri Gaya #1

Ini adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah saya yang terakhir. dan kami memilih untuk pergi ke SK Sri Gaya. sepanjang empat kali SBE ini, mesti saya buat dengan roomate saya sendiri. alasan utama kami pergi sekolah ni adalah sekolah ni dekat dengan ofis bapa dia and mahu rasa pengalaman yang terbaru di sekolah kluster. so, ini dia cerita hari pertama di SK Sri Gaya; bangun sahur tadi jam 3.30 pagi. after that, sambung tidur. haha and kami lambat bangun lepas tu. terjaga dalam jam 6 pagi. okay, sangat kelam kabut. borang kami langsung belum isi. sampai saja sekolah, nasib baik belum mula perhimpunan lagi. cari mana Bilik Guru Besar dan sekali tengok di dalam, ada sudah beberapa guru pelatih lain yang buat SBE sana. dari IPG Keningau dan Kent. so, tidaklah kami berduaan ja di sekolah sepanjang minggu ni. GB buat temu bual dengan kami. dan dia tanya2 the previous school kami pergi.SK Sg Bedaun di Labuan, SK Weston di Beaufort, SK Likas di KK.then suddenly GB tu tanya. GB: Aik? kenapa boleh ...