Skip to main content

tiada yang kata hidup ini mudah;

kenapa kita susah untuk berfikiran positif di atas semua perkara buruk yang terjadi kepada kita?

bila sesuatu musibah/cabaran/kesusahan yang terjadi dalam hidup, kita selalu melihat semua itu dari sudut yang negatif sahaja. kita membiarkan semua kesusahan itu mengambil alih hidup kita dan menganggu semua emosi dan apa yang kita lakukan pada hari itu.

kalau boleh kita betul-betul mahu rasa diri kita itu terseksa, dan rasa sakit betul dengan semua itu. tapi pernahkah kita terfikir untuk menganggap semua perkara yang berlaku itu dari sudut yang positif? menanggap apa yang terjadi itu ada hikmah di sebaliknya, dan cuma cabaran yang diturunkan oleh Allah s.w.t.
cakap memang senang,kan? ya. kalau dulu pun aku memang rasa bukan senang mahu anggap semua perkara yang menyakitkan itu secara positif. selalu aku terima dugaan dan kesusahan itu secara mendalam. dan selalu juga ianya buat aku marah dan buat aku kecewa.

tapi lambat laun, masa mematangkan aku. biar beribu kali aku disakitkan, aku akan cuba anggap semua itu dugaan oleh Allah. bukan kah itu memang hidup? bukan setiap hari kita akan rasa kebahagiaan dan bukan setiap hari juga kita akan rasa kesusahan. so, just live life to the fullest. go with the flow!



kita hidup tidak lama. jadi, hiduplah seperti hari ini adalah hari terakhir dalam hidup kita. jangan lah menganggap perkara yang negatif itu sesuatu yang berat. kita lihat perkara itu dari sisi yang berbeza. seperti analogi, selepas hujan membasahi bumi,keluarnya pelangi untuk memberikan keceriaan.

sama juga seperti setelah perkara buruk yang kita lalui, pasti ada kebahagiaan yang kita akan dapat selepas itu. samaada itu kebahagiaan yang kita mahukan ataupun itulah kebahagiaan yang Allah turunkan kepada kita  untuk kebaikan kepada diri dan hidup kita.
memang bukan mudah untuk melupakan segala kesakitan yang pernah kita lalui, tetapi kita mesti cuba supaya kita dapat meneruskan hidup kita dengan tenang. tiada yang dapat tolong diri kita melainkan diri kita sendiri. biar sejuta ayat motivasi kita baca, biar beribu kaunselor kita temukan tapi kalau diri kita sendiri tidak mahu untuk melupakan,sama juga kan.namun, jadikan semua yang pernah berlaku itu sesuatu yang dapat memberikan kita pengajaran dan pengalaman baru kepada kita untuk menghadapi dunia ini yang penuh pancaroba. 

p/s; aku sendiri tidak tahu apakah cabaran yang akan Allah turunkan lagi kepada aku selepas ini. cuma bila masa itu tiba, aku berharap sangat bahawa aku mampu menghadapi semua itu dengan positif dan kuat.

Comments

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Day 13: Someone You Look Up To;

Abah dan Mama since dia cakap someone, aku memang tak boleh pilih sorang. both of them are someone I always look up to. and that's my parents. most of the time, aku rasa sangat berbangga sebab dilahirkan dalam keluarga ini. kami bukan dari keluarga yang kaya raya, yang banyak duit, tapi both of my parents tak pernah biarkan kami rasa susah. kadang-kala, apa yang kami mahu kami dapat juga. ABAH babah adalah orang yang paling kuat kerja. sikit pun tidak mengeluh.even sudah umur 50 tahun this year, tapi still maintain macam orang muda. even tenaga babah rasanya lebih tinggi dari anak muda zaman sekarang. awal pagi, my dad akan buat burger, untuk my sister jual di sekolah. then pergi kerja, sebagai lorry driver dari pagi sampai ke petang. then malam, ada kerja sampingan. pasang kem (untuk orang kawin2 tu). kalau ada masa di rumah pun, jarang lah. itu semua untuk kami cukup makan, cukup pakaian, dan cukup serba serbi. kalau ada masa dirumah, dia akan online facebook. haha main gam...

SBE 4; SK Sri Gaya #1

Ini adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah saya yang terakhir. dan kami memilih untuk pergi ke SK Sri Gaya. sepanjang empat kali SBE ini, mesti saya buat dengan roomate saya sendiri. alasan utama kami pergi sekolah ni adalah sekolah ni dekat dengan ofis bapa dia and mahu rasa pengalaman yang terbaru di sekolah kluster. so, ini dia cerita hari pertama di SK Sri Gaya; bangun sahur tadi jam 3.30 pagi. after that, sambung tidur. haha and kami lambat bangun lepas tu. terjaga dalam jam 6 pagi. okay, sangat kelam kabut. borang kami langsung belum isi. sampai saja sekolah, nasib baik belum mula perhimpunan lagi. cari mana Bilik Guru Besar dan sekali tengok di dalam, ada sudah beberapa guru pelatih lain yang buat SBE sana. dari IPG Keningau dan Kent. so, tidaklah kami berduaan ja di sekolah sepanjang minggu ni. GB buat temu bual dengan kami. dan dia tanya2 the previous school kami pergi.SK Sg Bedaun di Labuan, SK Weston di Beaufort, SK Likas di KK.then suddenly GB tu tanya. GB: Aik? kenapa boleh ...