Skip to main content

be yourself;


pernah suatu ketika dalam hidup kita,
kita tanya dengan diri kita sendiri, 
SIAPA SAYA SEBENARNYA?

persoalan ini sering bermain di minda aku sejak beberapa tahun ini, terutama ketika aku dalam umur 20-21 tahun. berapa kali menukar personaliti, untuk memuaskan orang lain dan kadang kala ikut-ikut saja apa perangai mana yang nampak menarik melalui filem, mahupun televisyen.

setiap kali aku rasa itu bukan aku, aku akan ubah dan terus ubah. dan sebab itu orang akan cakap
"kenapa kau berubah?"
huh. kerana risau personaliti itu tidak disukai ramai, aku ubah untuk puaskan hati orang lain.

tapi lama-lama aku sedar, yang aku perlu menjadi diri sendiri untuk memberikan kebahagiaan kepada diri sendiri terlebih dahulu. biar mereka menyukai aku kerana aku, dan bukan kerana apa yang aku lakonkan. trust me, it's not easy to be yourself. apatah lagi, jika kita ada perangai yang memang bukan pilihan orang ramai ketika itu.

kalau orang tanya kepada aku sekarang,
SIAPA NUR IZZATIE NADIA SUBRI?
aku akan jawab

"aku adalah aku, hanya aku yang faham siapa aku, dan aku tidak perlu terangkan siapa diriku kepada orang lain kerana sudah semestinya kamu semua tidak akan faham siapa aku. siapa aku tidak perlu dinyatakan dalam bentuk kata-kata"

sejauh mana anda sanggup menjadi diri sendiri?

jadilah diri sendiri, dan anda akan lihat berapa ramai orang yang sanggup menerima dirimu apa adanya.

Comments

Beattrice said…
super like this post :) Most of the time kita salu fikir mau kasi puas hati org jak kan, hoping that they'll like us more. sampai lupa diri sebenar.how sad is that.

btw,nice blog layout! cute ni :)
sy slalu rasa begitu tu. terutama bila mau fit-in dalam ssuatu kelompok. tp lama2 sy sedar jg, x guna terus begitu. just be yourself, and disana bole kita tau kan sapa yg sggup utk trima kita sbgai kawan =)

thanks. hehehe~
Wynda said…
nice entry kak Teja.. sgt berguna.^^
thanks wynda,

"just be yourself"
=)
Dyana said…
biar tuhan tentukan.time kita mencari tak dpt,bila dh give up br dia dtg.hehehe

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Bersangka Baik;

Allah tidak makbulkan doa kita, kerana itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik pada Allah. Allah tahu apa yang terbaik, untuk hidup kita kini, masa depan, dan selamanya

SEGMEN | Lulu Caldina Ajak Blogwalking

another segmen untuk di follow ;)