pernah suatu ketika dalam hidup kita,
kita tanya dengan diri kita sendiri,
SIAPA SAYA SEBENARNYA?
persoalan ini sering bermain di minda aku sejak beberapa tahun ini, terutama ketika aku dalam umur 20-21 tahun. berapa kali menukar personaliti, untuk memuaskan orang lain dan kadang kala ikut-ikut saja apa perangai mana yang nampak menarik melalui filem, mahupun televisyen.
setiap kali aku rasa itu bukan aku, aku akan ubah dan terus ubah. dan sebab itu orang akan cakap
"kenapa kau berubah?"
huh. kerana risau personaliti itu tidak disukai ramai, aku ubah untuk puaskan hati orang lain.
tapi lama-lama aku sedar, yang aku perlu menjadi diri sendiri untuk memberikan kebahagiaan kepada diri sendiri terlebih dahulu. biar mereka menyukai aku kerana aku, dan bukan kerana apa yang aku lakonkan. trust me, it's not easy to be yourself. apatah lagi, jika kita ada perangai yang memang bukan pilihan orang ramai ketika itu.
kalau orang tanya kepada aku sekarang,
SIAPA NUR IZZATIE NADIA SUBRI?
aku akan jawab
"aku adalah aku, hanya aku yang faham siapa aku, dan aku tidak perlu terangkan siapa diriku kepada orang lain kerana sudah semestinya kamu semua tidak akan faham siapa aku. siapa aku tidak perlu dinyatakan dalam bentuk kata-kata"
sejauh mana anda sanggup menjadi diri sendiri?
jadilah diri sendiri, dan anda akan lihat berapa ramai orang yang sanggup menerima dirimu apa adanya.
Comments
btw,nice blog layout! cute ni :)
thanks. hehehe~
"just be yourself"
=)