Skip to main content

ke sana, ke sini;

Good Morning! heh. awal bangun kan? haha ada benda mau buat kejap, sebab tu bangun awal, and lepas ni, for sure kembali berenang ke tilam. aku ada banyak cerita yang pending lagi sini, banyak event yang belum aku share. aku tak tahu kenapa roh aku untuk update blog semakin menipis. ohmy! 

seperti yang anda semua tahu, aku sudah tamat belajar dan sekarang ni pemegang mohor mohor besar sebagai penganggur. bab tanam anggur dalam rumah tu memang kepakaran buat masa ini. plan untuk mengisi masa setakat ini adalah untuk online 24 jam, makan dan minum and also aku akan ambil kelas memandu.

heps. actually, aku boleh ambil dari dulu lagi lesen tu, tapi dek kerana aku punya takut level paling tinggi, *entah apa juga buat aku takut*, so postpone punya postpone, sampai lah kali ni dah tak boleh elak sudah. lesen kereta kan buat masa ini satu keperluan hidup, so aku perlu ambil.

my life lately sangat simple tapi bahagia. Alhamdullilah. keputusan aku untuk move on and build a new relationship kali ni seperti satu langkah yang terbaik untuk diri. harap harap kali ini jodoh itu akan panjang dan baik baik saja. perjalanan kami sudah tentu bukan senang, tapi aku berdoa agar aku dapat atasi semua kali ini.

that's all for now.
will keep updating.

promise,tapi tidak la hari hari =p

Comments

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Day 13: Someone You Look Up To;

Abah dan Mama since dia cakap someone, aku memang tak boleh pilih sorang. both of them are someone I always look up to. and that's my parents. most of the time, aku rasa sangat berbangga sebab dilahirkan dalam keluarga ini. kami bukan dari keluarga yang kaya raya, yang banyak duit, tapi both of my parents tak pernah biarkan kami rasa susah. kadang-kala, apa yang kami mahu kami dapat juga. ABAH babah adalah orang yang paling kuat kerja. sikit pun tidak mengeluh.even sudah umur 50 tahun this year, tapi still maintain macam orang muda. even tenaga babah rasanya lebih tinggi dari anak muda zaman sekarang. awal pagi, my dad akan buat burger, untuk my sister jual di sekolah. then pergi kerja, sebagai lorry driver dari pagi sampai ke petang. then malam, ada kerja sampingan. pasang kem (untuk orang kawin2 tu). kalau ada masa di rumah pun, jarang lah. itu semua untuk kami cukup makan, cukup pakaian, dan cukup serba serbi. kalau ada masa dirumah, dia akan online facebook. haha main gam...

Bersangka Baik;

Allah tidak makbulkan doa kita, kerana itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik pada Allah. Allah tahu apa yang terbaik, untuk hidup kita kini, masa depan, dan selamanya