Skip to main content

unexpected person, unexpected time;

aku baru saja tamat tengok filem Istanbul Aku Datang. seriously, aku suka movie tu sebab Lisa sangat sangat comel di sana! and the other reason aku suka sebab percintaan Tomok & Lisa tu mengingatkan aku tentang my previous relationship. bukan sama 100% tapi ada beberapa part dalam relationship itu memang sama.


firstly, sebab aku tahu perasaan Dian bila dia sanggup datang all the way from Malaysia to Istanbul untuk jumpa Azad. aku tak ada lah sanggup jauh-jauh kan. cuma, yes, masa aku dengan dia dulu, aku sanggup turun KK awal, balik Labuan lambat, just untuk jumpa dia. and honestly, dia tak pernah minta pun aku datang jumpa dia, tapi aku sendiri yang mau jumpa.

second, the way Azad tak mahu orang tengok dia dengan Dian. yes! selama dua tahun aku bersama dengan dia, orang lain tak boleh tahu. never! ever! jalan ke 1B tak boleh, CP tak boleh. alasan ramai orang. tapi kalau sudah sayang, terima ja la alasan gitu, walaupun dalam hati sebenarnya sudah fikir lain-lain. even masa di IPG dulu pun, tak pernah pun makan sama2 dengan kampus, nanti orang nampak. haih.

third, all of sudden, aku tahu lepas dua tahun, can't you believe me? after dua tahun, baru aku tahu, he is not into me. ada banyak pilihan lain. so, I just quit relationship tu macam tu. and it's not easy for me to move on after that. hati aku hancur bagai dilenyek steam roll (wah, hiperbola!), aku benci dengan namanya cinta, sarkastik habis aku dengan ayat ayat cinta, sampai semua hal berkaitan dengan cinta, aku benci habis habisan. 

"aih,manadalah lelaki begitu"
"lelaki ni depan ja tu baik, belakang bertimbun girlfriendnya tu"
"semua lelaki mahu cari bergetek ja"

see, semua ayat aku jahat jahat belaka.tapi ada juga sampai satu tahap aku fikir 'teruk betulkah kehidupan aku sampai aku tak boleh jumpa yang baik untuk diri aku?' aku berdoa dengan Allah, tiap hari sebelum tidur, bangun dari tidur untuk temukan aku dengan lelaki yang baik. baik untuk aku, untuk keluarga aku. yang serius dengan hubungan, yang nampak hubungan itu bukan sekadar satu percintaan, tetapi sebagai satu tanggungjawab.

berbulan lamanya aku berada sendiri, tapi aku bahagia. sebab ketika itu, aku kenal kawan-kawan aku. aku fahami apa itu erti persahabatan, apa itu kebahagiaan hidup di asrama. biar tiada peneman hati, tapi kawan aku sudah cukup buat aku gembira. ya, ada juga beberapa ketika aku rasa sunyi, tiap malam geng aku on call, aku buka youtube cari lagu. 

tapi, kesabaran itu berbaloi kerana beberapa bulan selepas itu, Allah temukan aku dengan dia. 

ya,
dia.



dia membuatkan hidup aku sempurna tanpa celanya.

entri bersambung...... (jangan tanya bila, sebab ada waktu tertentu aku akan open betul-betul about that)

Comments

Unknown said…
waaa...sepa jejaka bertuah tu?? hee... syiok kan ceta IAD tu kak...sy sukaa... wlupn mngingatkn sy ngn kisah lama sy jgk.hoho.. d(^_~)b
hehehe.. ada la tu ashwa kekekeke.. kan best oo tu cerita. bnyk pengajaran

Popular posts from this blog

Martabak Jawa Tawau;

tajuk entri macam resipi saja kan. walhal cerita dibawah ini tiada kaitan sama resipi samaada resipi hidup ataupun resipi yang mati. LOL. kurang dari lima minggu lagi aku akan bertapak di bumi Tawau. pejam celik, makan tidur, ketawa menangis, akhirnya 5 tahun lebih sudah di lalui. Alhamdullilah, aku masih bernafas lagi. banyak hal yang berubah dalam diri tapi yang terlalu obvious ialah berat badan. ya, semakin hari semakin gumuk! yes! pencapaian yang paling hebat sepanjang hidup. ayat aku macam bangga jak kan berat badan naik, tapi dalam hati siapa tahu. i sedih tau. dalam hati i meronta2 nak kuyuskan badan, tapi tiap kali i nampak makanan, i terus gembira. i lupa yang i bersedih sebab gemuk. menci tau makanan banyak sedap sedap, especially kat Tawau ni. boleh lah aku bagi gelaran tempat ni syurga makanan. dari nasi goreng lalap, ke es teller, ke bontot ayam (aii tiba tiba masuk list, huahuahua) dan yang paling penting, tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa MARTABAK JAWA. ngeh ngeh ngeh Mar

SBE 4; SK Sri Gaya #1

Ini adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah saya yang terakhir. dan kami memilih untuk pergi ke SK Sri Gaya. sepanjang empat kali SBE ini, mesti saya buat dengan roomate saya sendiri. alasan utama kami pergi sekolah ni adalah sekolah ni dekat dengan ofis bapa dia and mahu rasa pengalaman yang terbaru di sekolah kluster. so, ini dia cerita hari pertama di SK Sri Gaya; bangun sahur tadi jam 3.30 pagi. after that, sambung tidur. haha and kami lambat bangun lepas tu. terjaga dalam jam 6 pagi. okay, sangat kelam kabut. borang kami langsung belum isi. sampai saja sekolah, nasib baik belum mula perhimpunan lagi. cari mana Bilik Guru Besar dan sekali tengok di dalam, ada sudah beberapa guru pelatih lain yang buat SBE sana. dari IPG Keningau dan Kent. so, tidaklah kami berduaan ja di sekolah sepanjang minggu ni. GB buat temu bual dengan kami. dan dia tanya2 the previous school kami pergi.SK Sg Bedaun di Labuan, SK Weston di Beaufort, SK Likas di KK.then suddenly GB tu tanya. GB: Aik? kenapa boleh

aku demam, batuk, dan gatal2 satu badan;

hellooooooww meellooowww mashimellow watermelonlow,and bla bla bla..entah apa punya introduction. sangat tidak menarik. sampai aku rasa aku nak hentak kepala manja2 kat dinding. hari ni aku perlu aktifkan mood sakit aku. cian aku, entah berjangkit dari siapa la ni, sampai aku punya flu dan batuk2 timbul. semalam, ya ampun, punya susah mahu tidur. aku bersin non stop. bayangkan la aa..sampai aku rasa mahu cabut hidung aku malam tu juga, dan tidur dengan lena. dek kerana bersin yang x henti, sampai menganggu diriku untuk bermimpi yang indah2 bersama tersayang,aku bangun pagi tadi, macam mahu pengsan. semua berpusing2, sampai aku menangis sorang2 dalam bilik. Tsk..tsk.. T___T dah lah sekarang tidur sorang, memang sadis lah. seri ketuk pintu tadi pagi, dia dah siap p kuliah. aku pun buka pintu, dengan rambut menggerbang semacam, sumpah, kalau aku jalan2 jam 2 atau 3 pagi, orang sangka aku hantu. kwang3x.. aku gtaw aku tak p kuliah, dan sms si bebeh. minta simpati kunun. supaya ada kekuatan