Skip to main content

Day 16: What is your appereance?;

koh! benci nya aku soalan tag ini. hari demi hari soalan semua agak complicated. kalau kelmarin, buat aku bertanya dengan ramai orang, kali ini, aku bertanya dengan kepala hotak aku sendiri, serba salah juga mahu jawab, macam soalan memuji diri sendiri saja ni. tapi memandangkan aku komited menjawab tag, jadi harus diteruskan.


  • Absolutely bukan seorang yang kurus mahupun ramping, aku ni bulat-bulat macam doraemon, dan comel-comel macam Hello Kitty
  • Mata aku sepet, tapi tak lah terlalu kuyu, jauh sekali bermata bulat
  • Hidung macam biasa, tapi aku ada resdung. which is, so dem! 
  • Mulut besar, sebab tu suara aku agak lantang dan kuat
  • Bibir tidak mungil, tidak juga sumbing. biasa-biasa saja.
  • Telinga ada dua keping (eh, keping ka, atau apa penjodoh bilangan yang sesuai?)
  • Tangan aku lebih pendek dari kaki.
  • Kuku aku berbentuk cawan bukan gelas.
okay, cukup pasal benda ini. kalau mahu explain, bikin takut juga. karang sampai ke part2 yang tidak patut pun ter-explain sekali. wahahahahah 18sx terus aku punya blog. aku sambung dengan yang lebih real lah sikit okay

  • most of the time, aku suka pakai shawl. biar nampak bulat, dan bikin mulut adalah orang tu, bising. wahahaha tapi sebab aku malas seterika tudung yang jenis bawal. kwang3x
  • tapi, aku tak suka juga pakai tudung yang main masuk tu saja, yang Ekin Style kunun tu, sebab everytime aku pakai, aku nampak macam macik2. hmmmm
  • kalau jalan, lebih suka pakai jeans sama dress
  • tapi sebenarnya aku lebih selesa pakai t-shirt dan kasut.
  • cara aku jalan, memang dikenali ramai. sebab lain daripada lain. wahahaha duckling style. mana mahu cari? wakakak
  • luaran orang mesti cakap aku SOMBONG, DAN GARANG, tapi once you know me,langsung tiada kaitan. aku orang yang sangat blurr, lurus bendul, dan sangat out ting tong. tapi aku suka dengar orang cakap aku garang, bangga ni =D
  • dan aku mesti pakai something yang PINK samaada pergi kuliah, jalan2, or tidur. biar pun baju or seluar, tapi yang di dalam2 mesti pink. wahahahahaha
  • dan mood aku memang senang diteka oleh orang. sebab bila aku tiada mood, ekspresi aku ketara. dan juga happy, lagi lah triple double ketara

Comments

Unknown said…
haha. style awak macam datin la saya tengok. hahaaha
bongok pnya adik.
wahahahaha

p/s: give me reason why u say that!!

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Day 13: Someone You Look Up To;

Abah dan Mama since dia cakap someone, aku memang tak boleh pilih sorang. both of them are someone I always look up to. and that's my parents. most of the time, aku rasa sangat berbangga sebab dilahirkan dalam keluarga ini. kami bukan dari keluarga yang kaya raya, yang banyak duit, tapi both of my parents tak pernah biarkan kami rasa susah. kadang-kala, apa yang kami mahu kami dapat juga. ABAH babah adalah orang yang paling kuat kerja. sikit pun tidak mengeluh.even sudah umur 50 tahun this year, tapi still maintain macam orang muda. even tenaga babah rasanya lebih tinggi dari anak muda zaman sekarang. awal pagi, my dad akan buat burger, untuk my sister jual di sekolah. then pergi kerja, sebagai lorry driver dari pagi sampai ke petang. then malam, ada kerja sampingan. pasang kem (untuk orang kawin2 tu). kalau ada masa di rumah pun, jarang lah. itu semua untuk kami cukup makan, cukup pakaian, dan cukup serba serbi. kalau ada masa dirumah, dia akan online facebook. haha main gam...

Bersangka Baik;

Allah tidak makbulkan doa kita, kerana itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik pada Allah. Allah tahu apa yang terbaik, untuk hidup kita kini, masa depan, dan selamanya