Skip to main content

Practicum Diary: Day 13;

baru ada masa update sebab busy okay siapkan semua kerja untuk final observation. setakat ni, happy dengan markah observe yang lalu from pensyarah and guru pembimbing tapi tak bermakna, saya berhenti untuk berusaha kan. so, kena fighting lebih dan all out for besok. semua teguran harus diperbaiki besok. wish me lucks!

awal pagi, darah aku dah naik berabis. sebab aku dan Seri kena ganti kelas untuk kelas *tet*. nama kelas dirahsiakan. ngam2 kelas PJ tadi kami ganti, so ajak lah dorang main2. punyalah susah mahu kawal. kau teriak lah, kau marah lah dorang, no feeling ni. masih boleh ketawa. masih boleh bertumbuk2 lagi sesama sendiri. suppose to be aku mahu ajar banyak game, tapi hujan kan, terpaksa masuk kelas. time ni lah dorang semua sangat tidak dapat dicontrol. semua lah juga mahu pergi tandas, pergi cuci tangan. omg, memang aku marah gila lah. sikit2 mahu bertumbuk, bergaduh lah apa lah. then ada juga yang sengaja mintapuji buat hal untuk dimarah. argh............. memang tension gila tadi.

then lepas dari kelas tu, rehat kejap di bilik guru. tarik nafas, hembus~~~then baru sambung masuk kelas 5 Kreatif dengan Seri untuk projek Kelab Pendidikan Seni Visual. so this is what we do. haha aku tukang ambil gambar sebab idea ni semua dari Seri kan. so, aku tolong2 dorang buat, tukang bagi komen kerja murid, kasi ketawa apa yang murid buat. dush dush dush. macam kawan2 sudah dorang ini aku buat.

Cikgu Masrina menerangkan cara2 nya
hasil kerja lelaki
hasil kerja perempuan
menjemur hasil kerja
lepas tu, aku suruh dorang masuk kelas untuk ambil gambar dengan semua. ya la, hari ni last sudah masuk dan mengajar kelas dorang. lagipun dorang juga yang balik2 minta diambil gambar, atas alasan "cikgu, ambil gambar kami banyak2, supaya cikgu ingat kami. jadi bila tengok gambar, cikgu ingatlah kami semua" argh budak2 ni pandai la ba juga mahu berkata-kata. buat aku terharu ja tadi =/

not only that, dorang juga betul-betul sudah latihan nasyid untuk lagu yang ada nama aku tu. sangat sweet. balik2 tanya ni bila dorang dapat nyanyi untuk aku. so, lepas gambar2 tu, aku pun suruh dorang nyanyi. and of course, aku ada ambil video tu, dan sudah di upload di facebook! =) so yang ada add aku, boleh lah check tu video.

sila cari dimana saya! ;p
selepas dari kelas, balik bilik guru,and prepare diri untuk kena observe oleh guru pembimbing di kelas yang sama juga. haha. tercungap2 juga aku harini. tapi aku gagahkan diri juga. tak boleh mahu mengalah awal.and i'm so happy, markah aku juga okay. kelmarin kena observe atas 80, and today pun sama juga. tinggal esok lagi, harap2 atas 80 juga. 

dalam aku kena observe tu, sempat lagi murid aku tanya;
"cikgu,bila mahu bagi alamat facebook cikgu?"
terus aku buat muka geram ni sama dia. wahahahah ya la, sana juga bertanya time aku di observe.dan gara-gara mimik muka aku tadi, asal murid tu jumpa aku mesti dia akan ingat tu mimik muka. apalah dorang ni. ish. membuli cikgu.

petang itu pula, kami start colour mural kami. yehaaaaaaaaaaa.. walaupun penat, tapi tetap juga bertahan. yang penting kerja siap, dan malas mahu tangguh lagi. time ni juga, ramai budak yang aku ajar di sesi pagi ada, dan sibuk lah juga mahu menolong. tapi aku tak marah, lagi suka. haha cepat lah kerja kami siap kalau dorang tolong warna kan.

kalau tak dibagi mewarna, merajuk pula. so, bagi ja berus, warna bagus2. memandangkan aku perlu buat laporan projek, aku suruh one of my student pergi ambil gambar kami mencat. ah, time ni lah juga semua berebut mahu pegang tu dslr. tapi, aku bagi amanat kepada seorang tu saja. sebab dia macam arif pasal kamera dslr kan. 

"bah, ambil gambar cikgu mencat2 ni, bukan gambar kamu berpeace2 sana"
dan murid tu pun dengar, ambil gambar aku punya sikit, gambar dorang yang bertimbun. kalau budak2 pegang kamera, mcm2 dorang gambar. lubang hidung lah, gambar tangan lah, sakit kepala aku tengok.okay, jom tengok gambar yang murid aku ambil dulu
mari mencat guna baju pengakap
menolong ka mengacau? haha
budak nakal tapi disayang
4.30 petang pemandu teksi aku datang ambil. so tunggu lah diluar sekolah. then student aku pun ikut juga ni. siap kasi main aku lagi. punya main geram. budak2 punya tipu pun aku boleh percaya! haha lurus kebendulan tul

murid:"cikgu, kami ikut cikgu balik aa"
aku:"cikgu balik guna teksi ni"
murid:"ya la, ikut lah juga. kami duduk di belakang."
aku:"eee, janganlah. nda muat tu teksi"
murid:"mahu ikut cikgu juga"
aku: *menahan kegeraman*

bolehnya aku anggap dorang betul2 mahu ikut tu teksi. padahal dorang main2 ja ni. isk aku ni. hahahaha lucu bila ingat betapa aku geram tadi. then sampai ja teksi aku, dorang ikut ni, dan pura2 pergi buka pintu teksi. haha time tu aku bising lagi "eh, kamu ba, janganlah ikut cikgu". haha dorang ketawa ja tengok aku. then dorang bukakan aku pintu, and siap teriak "bye bye cikgu" aku pun buat muka "ya..ya..babai kamu"
pastu, my driver teksi cakap "cikgu banyak peminat kan di sekolah, hari2 ada saja yang menghantar" aku pun tak tahu apa mahu cakap =_=' sampai rumah, berkakai pula siapkan bbm untuk esok.

okay, penat menulis.panjang gila. bye!

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa kita selalu dapat benda yang kita tidak suka?;

setengah tahun berlalu. ada satu perkara yang aku belajar selama itu, yang aku sedari pada hari ini. bahawa, aku selalu dapat benda yang aku tak suka, dan tak mahu. dan benda yang aku mahu, aku tunggu, aku suka, memang aku tak dapat. dalam hidup, aku rasa selepas ini, aku tak perlu buat list apa yang aku tak suka, and aku tak mahu, sebab ianya seperti cuba untuk melawan takdir yang Allah tentukan buat aku. dan aku perlu sedar dan tahu, dan perlu fahamkan, sejauh mana kita merancang, se-perfect mana aturan kita, kadang kala Allah tak izinkan semua itu berlaku. atas sebab apa? sebab di atas semua itu ada hikmah yang akan berlaku. aku nak bagi contoh hal macamana aku tak suka, aku takut aku mengguris hati dan perasaan pula. cuma, aku rasa tak lengkap kalau aku tak cakap semua. i mean apa yang aku cuba maksudkan dalam hidup aku. 1) dari dulu, aku cakap, yang aku tak berminat langsung untuk ajar sekolah menengah. biar apa sekalipun. - tup tup aku jadi guru ganti sebulan sek...

aku demam, batuk, dan gatal2 satu badan;

hellooooooww meellooowww mashimellow watermelonlow,and bla bla bla..entah apa punya introduction. sangat tidak menarik. sampai aku rasa aku nak hentak kepala manja2 kat dinding. hari ni aku perlu aktifkan mood sakit aku. cian aku, entah berjangkit dari siapa la ni, sampai aku punya flu dan batuk2 timbul. semalam, ya ampun, punya susah mahu tidur. aku bersin non stop. bayangkan la aa..sampai aku rasa mahu cabut hidung aku malam tu juga, dan tidur dengan lena. dek kerana bersin yang x henti, sampai menganggu diriku untuk bermimpi yang indah2 bersama tersayang,aku bangun pagi tadi, macam mahu pengsan. semua berpusing2, sampai aku menangis sorang2 dalam bilik. Tsk..tsk.. T___T dah lah sekarang tidur sorang, memang sadis lah. seri ketuk pintu tadi pagi, dia dah siap p kuliah. aku pun buka pintu, dengan rambut menggerbang semacam, sumpah, kalau aku jalan2 jam 2 atau 3 pagi, orang sangka aku hantu. kwang3x.. aku gtaw aku tak p kuliah, dan sms si bebeh. minta simpati kunun. supaya ada kekuatan...

Tips, Nasihat Dan Trick Buat Adik Junior IPG;

so, for today, aku baca kat facebook, all my junior dah habis exam. so that's mean, mereka dah habis segala sengsara hidup lima tahun setengah di IPG. wow! cepat masa berlalu. as a concern senior, aku rasa aku perlu berkongsi tips, nasihat and also trick as a new teacher bila dah pijak sekolah secara REAL. i mean yes! for real. sebab praktikum and penempatan pertama memang SANGAT SANGAT BERBEZA.  and here it is; #1 GET READY! yes. get ready untuk semua benda dan hal. termasuk ready mental untuk tahu dimana kita ditempatkan, and also fizikal mana lah tau sekolah tu gred P3 yang memerlukan fizikal anda untuk sampai ke sekolah.  #2 BERANI berani bukanlah berani mau tumbuk orang, and so on. berani untuk sahut cabaran, in case ditempatkan di sekolah yang memang bukan pilihan. jujur, aku kata, aku tak pilih SARAWAK dalam mana2 pilihan, tapi Allah tempatkan aku di sini, di MIRI. dan jujur juga, aku menangis sepanjang malam sebab memikirkan status pedalaman sekola...