Skip to main content

Practicum Diary- Day 15;

hari ini jumaat. jadi hari ini hari penuh mulia. jadi saya gembira. tapi saya sedih sebab tak lama lagi mahu habis praktikum. jadi saya mahu menangis. tapi saya rasa macam pelik mahu menangis. jadi saya pendam. saya simpan air mata untuk masa depan.

okay, agak sot permulaan entri kali ini. sila abaikan!

hari ini datang awal ke sekolah. awal dari biasa sebab aku stay dengan dorang kak rohainah dan kak azrina kan. punch card pun relaks saja ni. haha kalau lambat tu, punyalah berlarian pergi punch. risau kalau lambat. 

iklan kejap " wei, kenapa ba ni kawasan perumahan ni membakar2 terbuka time malam,mahu update blog pun susah. aku ni resdung, so kalau terhidu asap begini confirm lah aku akan bersin2. argh, i hate it"

okay sambung, today juga kami buat pengajaran bersama untuk subjek PSK. so this is my story di dalam kelas. kelas 5 Inovatif, one of my favorite class sebab even dorang ni bukan kelas yang top dalam ranking akademik, tapi dorang punya hormat dengan aku sangatlah tinggi. lepas tu peramah lagi. aduh, memang bagi kesan dengan dorang ni. and for sure, akan paling dirindui mereka semua.

siap dorang mahu buat majlis perpisahan sama aku. dorang semangat ni bagitahu. bawa kfc lagi dorang. tanya apa aku suka sebab dorang semua mahu bagi hadiah. ala dorang ni, jangan la buat aku menangis meraung nanti next week. HAHA. well, sapa suruh dorang dapat cikgu sentimental ;p
Cikgu Seri lukis pelan kejiranan hehe
tajuk p&p harini adalah pasal pelan kawasan kejiranan. aku suka tajuk ni sebab aku mahu mereka melukis. and apa yang menarik bila murid2 melukis, mereka sangat jujur. topik ni pernah aku buat dengan kelas lain, and bila tengok tu pelan, ketawa saja ni.

mereka yang nakal. 
yang duduk di depan tu adalah murid aku yang paling selalu aku marah. sebab dia ni banyak cakap dan kadang2 ganggu mood mengajar dengan perkataan nya yang sadis2. tapi kalau jumpa di luar kelas, sangat bagus ni budak.hehe apa2 pun, x la juga aku terasa sangat. sebab masih budak2 ba dorang ni.

me in action
time ni aku pilih beberapa orang murid untuk bentang apa yang mereka lukis di depan. and yang itu adalah Ramli. aktif, dedikasi dan antara murid yang selalu participate dalam semua aktiviti yang aku buat tanpa bising2. tanpa merungut. and also pemegang bintang terbanyak dalam kelas ini.

"apa yang kau lukis ni?"
ingat entri aku kelmarin pasal seorang murid lelaki tu? so this is him. tengok gayanya tu. siap tangan dia letak di papan putih. macam kawan2 saja ni dia buat. lepas tu tadi aku marah dia kan. buat hal betul tadi. dia pergi pukul murid perempuan lah, apa lah. lepas tu dia minta nombor telefon aku tak bagi kan. kwang3x. dia merajuk kunun sama aku. lalalalalalalalala... sabar saja la. lepas tu ngam2 habis kelas, kebiasaan dorang ni adalah salam aku. dan dia pergi tempat aku mahu salam aku. tapi one of his friend cakap "kau tak payah lah salam tu cikgu.lain2 ko tu sama cikgu" terus dia tengok aku dan cakap "cikgu jahat sama aku harini" aku pun buat muka macam ni =_=' 

okay ini cerita sambungan pasal dia merajuk.aku pergi kantin, beli air. dan terjumpa dengan dia ni di kantin. selalunya dia tegur aku, tapi tadi dia ignore saja. aku pun relaks saja lah. aku beli air dan terus jalan. dan tiba2 dia kejar aku.

murid: cikgu, apa kegemaran cikgu?
aku: cikgu suka hello kitt
murid: okay, nanti saya bagi cikgu hello kitty
aku: bah, dari kau saja lah
murid: cikgu suka makan apa?
aku: smua cikgu makan tapi tak suka makan sayur.
murid:hahahahaha, cikgu ni lucu
aku: ya. tak pandai makan bah. pergi lah masuk kelas sana.
murid: *senyum2*

dush. sabar saja lah!

not sure napa aku angkat begini time tu haha
well, kalau sudah aku mengajar tu. habis semua anggota badan bergerak. kalah2 menari. haha supaya murid dapat dengar apa aku cakap dan tangkap apa yang aku mahu cakap. kalau kaku saja, murid pun bosan kan.

murid yang tengah jawab kuiz
then untuk part penilaian, aku buat Kuiz dan minta beberapa orang datang ke depan untuk jawab. sengaja aku buat kuiz dalam bentuk ICT sebab aku mahu murid aku sendiri yang guna tu ICT. kesian juga aku, mungkin ada yang tak pernah pegang laptop kan. jadi time ni lah peluang dorang. terus dapat lah ajar dorang macamana mahu tekan, apa mahu tekan and so on

semua bagus. jadi semua dapat bintang. kecuali satu murid perempuan. 
so, time ni merupakan waktu yang ditunggu2 oleh semua murid. part aku bagi bintang. HAHA tadi aku baik hati, jadi semua dapat satu. cuma seorang murid di kelas ni, memang sangat buat aku punya kesabaran mahu habis. dia tidak mahu berusaha untuk melukis, atas alasan tak pandai. aku paksa2 dia buat muka blur. Seri pun  memang geram juga tadi. datang dan pujuk dia pun, dia buat tak tahu juga. adoi, sakit kepala ku tadi. jadi tajuk jurnal minggu ini adalah pasal dia. mahu fikir tindakan susulan ni =/

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa kita selalu dapat benda yang kita tidak suka?;

setengah tahun berlalu. ada satu perkara yang aku belajar selama itu, yang aku sedari pada hari ini. bahawa, aku selalu dapat benda yang aku tak suka, dan tak mahu. dan benda yang aku mahu, aku tunggu, aku suka, memang aku tak dapat. dalam hidup, aku rasa selepas ini, aku tak perlu buat list apa yang aku tak suka, and aku tak mahu, sebab ianya seperti cuba untuk melawan takdir yang Allah tentukan buat aku. dan aku perlu sedar dan tahu, dan perlu fahamkan, sejauh mana kita merancang, se-perfect mana aturan kita, kadang kala Allah tak izinkan semua itu berlaku. atas sebab apa? sebab di atas semua itu ada hikmah yang akan berlaku. aku nak bagi contoh hal macamana aku tak suka, aku takut aku mengguris hati dan perasaan pula. cuma, aku rasa tak lengkap kalau aku tak cakap semua. i mean apa yang aku cuba maksudkan dalam hidup aku. 1) dari dulu, aku cakap, yang aku tak berminat langsung untuk ajar sekolah menengah. biar apa sekalipun. - tup tup aku jadi guru ganti sebulan sek...

aku demam, batuk, dan gatal2 satu badan;

hellooooooww meellooowww mashimellow watermelonlow,and bla bla bla..entah apa punya introduction. sangat tidak menarik. sampai aku rasa aku nak hentak kepala manja2 kat dinding. hari ni aku perlu aktifkan mood sakit aku. cian aku, entah berjangkit dari siapa la ni, sampai aku punya flu dan batuk2 timbul. semalam, ya ampun, punya susah mahu tidur. aku bersin non stop. bayangkan la aa..sampai aku rasa mahu cabut hidung aku malam tu juga, dan tidur dengan lena. dek kerana bersin yang x henti, sampai menganggu diriku untuk bermimpi yang indah2 bersama tersayang,aku bangun pagi tadi, macam mahu pengsan. semua berpusing2, sampai aku menangis sorang2 dalam bilik. Tsk..tsk.. T___T dah lah sekarang tidur sorang, memang sadis lah. seri ketuk pintu tadi pagi, dia dah siap p kuliah. aku pun buka pintu, dengan rambut menggerbang semacam, sumpah, kalau aku jalan2 jam 2 atau 3 pagi, orang sangka aku hantu. kwang3x.. aku gtaw aku tak p kuliah, dan sms si bebeh. minta simpati kunun. supaya ada kekuatan...

Tips, Nasihat Dan Trick Buat Adik Junior IPG;

so, for today, aku baca kat facebook, all my junior dah habis exam. so that's mean, mereka dah habis segala sengsara hidup lima tahun setengah di IPG. wow! cepat masa berlalu. as a concern senior, aku rasa aku perlu berkongsi tips, nasihat and also trick as a new teacher bila dah pijak sekolah secara REAL. i mean yes! for real. sebab praktikum and penempatan pertama memang SANGAT SANGAT BERBEZA.  and here it is; #1 GET READY! yes. get ready untuk semua benda dan hal. termasuk ready mental untuk tahu dimana kita ditempatkan, and also fizikal mana lah tau sekolah tu gred P3 yang memerlukan fizikal anda untuk sampai ke sekolah.  #2 BERANI berani bukanlah berani mau tumbuk orang, and so on. berani untuk sahut cabaran, in case ditempatkan di sekolah yang memang bukan pilihan. jujur, aku kata, aku tak pilih SARAWAK dalam mana2 pilihan, tapi Allah tempatkan aku di sini, di MIRI. dan jujur juga, aku menangis sepanjang malam sebab memikirkan status pedalaman sekola...