bila bangun pagi tadi, aku kira kira, macam aku ada sebulan lagi untuk tinggal di kampus ni. semalam aku tak dapat tidur. sebab satunya aku kepanasan, biarpun tidur bawah kipas tapi tetap rasa panas. al maklumah orang yang banyak lelemakss ni memang cepat kepanasan sikit. tapi bukan sebab aku kepanasan, tapi otak aku berfikir banyak benda. salah satunya, aku terfikir, nak tulis entri apa esok. huahuahua. assignment KISSM belum siap lagi, tulis entri blog pula yang difikir dulu. lepas tu aku terfikir, yang aku cuma ada sebulan lagi untuk hidup sebagai seorang GURU PELATIH.
kalau tanya aku dah ready untuk jadi guru sebenar; maybe aku tak ada jawapan. aku tak tahu apa yang ada dalam kepala hotak aku. nanti aku cakap aku dah ready, tiba tiba sampai sekolah aku tak bersemangat susah juga. nanti cakap tak ready, macam nak kena penampar pula. haha lima tahun belajar, 4 kali PBS, 3 kali praktikum, 1 kali internship, masih tak ready? masalah tul perempuan ni. haaaa tu la, dalam kepala, makanan, makanan, makanan!
dalam kesibukan menghabiskan sisa hidup di sini (sibuk lah sangat, macam banyak masa untuk tidur, makan dan tengok drama korea adalah), aku macam nak senaraikan lah what should I do selama 1 bulan aku kat sini. for sure, semua ni angan angan semata. tapi sedikit demi sedikit aku akan cuba penuhkan checklist aku untuk kehidupan disini.
tanpa keberanian mimpi tak akan jadi kenyataan
aisehhmen.
ayat. pergh.
1) Taking pictures all over the campus.
kemain, wishlist pertama dalam english. huahuahua. ya, itu sudah seharusnya aku buat. aku nak bergambar2 disetiap penjuru kampus. tandas library, tandas makmal sains, kat dalam dapur kafeteria, dapur medan selera, kat tangki, dekat flat staff, kat pondok sekuriti, yang penting semua tempat lah. tapi bukan aku seorang lah. gila ke apa syok sendiri. aku akan angkut geng aku sekali untuk bergambar. tapi bilakah masa sesuai? hujung minggu? hujung minggu aku ni sibuk tidur = = " hari biasa pula, petang aku tidur . hampeh betul. haha! tapi akan ku wujudkan satu hari untuk aku tak tidur. harus!
2) Memaafkan yang menyakitkan hati
ada orang kata, if susah nak tidur malam tu, maybe sebab kita ada simpan dendam dalam hati. so, buang la dendam2 itu. maafkan orang yang menyakitkan hati kita. aku dah cuba, tapi selalu bila aku dah maafkan, mesti akan aku ingat juga semua kata kata cacian mereka, kata kata umpatan itu, sehinggakan aku seperti berdendam. dan sekarang, Insya Allah, aku akan buang yang keruh, ambil yang jernih. aku akan belajar untuk memaafkan. aku akan lawan bisikan2 syaitan yang meminta aku membenci. benci benci tak bagus tau untuk kesihatan. no no no.
3) Main di padang.
haha mcamana boleh jadi salah satu checklist ni? buat pengetahuan hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian, selama aku hidup di kampus ini 5 tahun, tak sampai 30 kali aku turun padang untuk bermain apa jenis permainan sekalipun. haha sebab aku malas. lagipun, aku rendah diri lah. kan selalu yang main ni atlet, lepastu kurus2, ni yang badan macam aku ni, malu lah nak turun. jadi aku pun tidur je la. haha tidur tak malu pula kan?
4) Turun kuliah on time dan selalu datang
aku memang ada kemalasan untuk turun kuliah sebenarnya. apatah lagi sekarang ni, dah memang tak ada kelas. umpama if ke kelas, dan tak buat apa2 tu, membuang masa. tetapi untuk sebulan ini, aku akan pastikan aku turun, walaupun lambat siikkkkiiitt =p set dalam kepala, tahun depan aku tak akan ke kuliah lagi. set set set.
5) Steamboat di asrama
hah! ko gila masak masak di asrama?
6) Senyum dengan semua orang yang dilalu
masalah ni sebenarnya checklist aku. sebab sepanjang aku kat sini, aku ada problem nak senyum dengan orang yang dah la tak cantik/hensem, sombong lagi, tak pandai senyum lagi, and yang paling pantang dalam hidup aku bila junior aku lebih bertrep tak senyum. aigoo. annoying much. tapi dek kerana sebulan lagi ni, aku try la senyum dengan semua. biar tak dilayan pun, aku senyum juga. biar ada yang kata aku gila, aku senyum. tahun depan kita tak akan bertemu lagi pun
=) =) =) =) =) *senyuman kambing aku*
7) KUYUS. KURUS.
taip kurus pun tak pass. apa lagi nak berniat begitu. haha dah tu checklist no 7 lagi. ketara lah memang tak ada dalam kepala buat masa ini.
8) Ronda bandar Tawau untuk makan.
sarapan; pisang goreng cheese + mango sago
lunch; di restoran Milennium
petang; martabak jawa
malam; nasi lalap
*hasil perbincangan bersama Seri dan Wanti.
okay. checklist ni out. saja tulis nak penuhkan 10. haha ngader2 juga nak 10 kan.
10) Live life to the happiest
wah bermula dengan checklist english ku akhiri juga dengan english gitu. haha. biar grammar tunggang terbalik, yang penting ai yakin nak menulis dalam english. ngeh ngeh ngeh. so mari happy happy kita! hoooyeaaahhh
sekian sahaja checklist ku yang tak seberapa. penatnya tulis entri panjang panjang. terus lapar balik, nak berlari ah kejap lagi ke Medan Selera. Seri cakap tadi ada Mee Kari. wah dah terbayang2 ni.
kepada semua warga2 kampus ku, kalau jumpa tu, senyum lah yer. biar you all annoying much kat ai, senyum itu harus. ingat, sebulan lagi disini. sebulan.
senyum tak perlu kata apa apa |
Comments