Skip to main content

26 hari lagi, eh?;

annyeong! 

haha mengada mulakan entri blog berbahasa korea. al maklumlah masih demam dengan drama korea ni. lepas ni nak cari lagi drama korea tapi entah bila dapat tengok sebab lepasni akan semakin busy dengan kursus dan juga akan exam dan selepas itu akan mengatakan bye bye kepada kehidupan guru pelatih =( 

mood bersedih semakin menghampiri diri. tapi aku malas lah nak tunjuk kat orang. aku buat buat tabah dan konon happy la mau menghabiskan masa sini. tapi deep down inside my heart (speaking ah) sedih betul. tapi malas mau layan sebab aku ni golongan manusia emosi, kalau di layan, boleh sampai 3 hari 3 malam airmata keluar, air mata habis keluar lagi air mata darah, lepastu jadi Kassim Selamat. 

tadi dah lepas satu Program Gaya Hidup Sihat. ada dua ceramah. satu pasal gigi, satu pasal dadah. dua2 pun best sebab dapat info baru dan berguna lah untuk kehidupan sebagai seorang guru nanti. gigi ni sangat penting tau untuk keyakinan diri. dulu masa sekolah rendah/menengah tak pernah pula ada pengalaman gigi ditampal atau dicabut, haha bangga sampai sekarang. even last year nak kasi bersih gigi, doktor tu cakap tak payah. wah makin kembang kempis hidung aku. pandai juga aku jaga gigi.

TAPI.
TAPIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII

itu tahun lalu punya cerita maaa. ini sekarang tak tahu apa jadi sudah sama gigi. haha sebab semakin hari semakin makan banyak, semakin banyak benda tak berfaedah dikunyah. so, effect sama gigi mesti ada tu kan. mati la aku, lepas ni cek doktor,confirm gigi aku ada yang dicabut dan ditampal. uwaaaaaaaaaaaaaa!!

pasal ceramah dadah tu pula, penceramah tu memang lucu and plus dia ada rupa paras yang kihud gitu. so, sambil dengar ceramah sambil aku cuci2 mata juga. 2 in 1 punya style. haha dush dush dush, getek bebenor. heps, itu bukan getek. itu pandai mencari kesempatan di atas sesuatu ceramah. hidup di dunia ini mesti mau pandai. kalau tidak, susah ooo ini matcham.

berikut merupakan jadual kehidupan daku sebagai seorang guru pelatih dalam tempoh kurang dari 26 hari ini;

  1. 17 Oktober 2012; Taklimat A.P.A untuk tesis
  2. 17 & 18 Oktober 2012: Bengkel KSSR
  3. 19 Oktober 2012; Ceramah I-Think
  4. 21-23 Oktober 2012; KISSM
  5. _______; Taklimat Persediaan Temuduga SPP
  6. 30 Oktober 2012; Exam
  7. 31 Oktober 2012; Exam
  8. 5 November 2012; Exam
  9. 7 November 2012; Hi-Tea Final Year Student dengan Pengarah IPGKT
  10. 8 November 2012; Farewell Dinner Final Year Student
  11. 9 November 2012; Anugerah Kilauan Permata IPGKT
  12. 10 November 2012; Say goodbye to IPGKT =(

i found this picture cute actually =p
gambar sumpah tiada kaitan sama entri kali ini. tapi saja getek nak upload

Comments

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Bersangka Baik;

Allah tidak makbulkan doa kita, kerana itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik pada Allah. Allah tahu apa yang terbaik, untuk hidup kita kini, masa depan, dan selamanya

SEGMEN | Lulu Caldina Ajak Blogwalking

another segmen untuk di follow ;)