actually, aku nak post entri ni dari hari khamis lagi. tapi almaklumlah line internet di kampus ni pandai datang demam kus kus nya. kejap aku dapat online, kejap tak dapat. heh. dugaan tul buat assignment ( pirrrrraaahhh assignment la sangat kan, walhal kau dengan facebook, twitter, tumblr, blog )
heps! lupa bagi salam. haha ni kalau pergi rumah mentua, memang reject terus. umpama masuk rumah orang terus buka icebox cari makanan dan masak. ngeh ngeh ngeh. dek kerana aku ini perempuan melayu terakhir, lah sangat, maka,
ASSALAMUALAIKUM semua! lebiu all.
petang khamis tu, aku ke Tamu Khamis Balung. aku tak sure apa nama tamu tu, tapi itu tamu sudah bertahun2 lamanya ada, tapi aku baru dapat for the first time khamis tu. hahaha pelusuk bandar aku dah pergi, tamu yang dekat2 kampus, aku tak pernah pergi? diskriminasi betol! bukan aku tak nak pergi, tapi tak ada orang pernah ajak pun aku ke sana. almaklumlah aku ni kan dah la tak pandai driving, nak di bawa ke sana memang tak ada lah yang sudi. kehkehkeh.
sampai saja sana, aku tak pandang pula segala baju2,ubat2,sayur2,ikan masin2, ikan bilis2, dan segala nya yang masih dikira bahan mentah. aku terus cari gerai. laju jak mata scanning gerai2 yang boleh dipercayai makanan nya untuk dimakan. first cari muka yang ala-ala pembersih sikit, pastu cara dia susun makanan dia nampak kemas, dan ramai orang datang sana. supaya tak ada lah kes sakit perut cirit birit lepas tu kan.
tips kuat makan; biar kuat makan sekalipun, mesti cari restoran/gerai yang bersih.
haha mengada bagi tips! okeh back to the stories, dengan bantuan Bahan Bantu Mengajar di bawah iaitu gambar. haha memang cikgu dan BBM tak dapat di pisahkan. supaya ianya lebih membantu apa yang cuba aku terangkan sebentar lagi.
1) Martabak Jawa! aku bagi 9.5/10. seriously memang sedap. dah la martabak itu gemok gemok, penuh isi lagi, sambal kicap pun mantap. memang terbaik! boleh lawan sudah ni martabak yang dijual depan Servay tu. good job abang martabak! martabak abang sudah jadi yang pertama di hatiku. eseeehhh
2) Cincau Susu. 9/10. ini pun terbaik dari ladang. ais. susu. sirap. semua cukup rasa. boleh lah sudah buat cawangan macam Tutti Frutti di Balung ni. haha
3) Sayap/Bontot Ayam. 7/10. aku mula2 malu juga nak tulis bontot ayam, tapi you all semua sporting kan. jangan sampai buat blog aku tersenarai blog yang terlucah abad ini. huahuahua. aku bagi markah average sebab rasanya average jak. cuma sambal kicap tu memang ngam la. pedas tapi tak pedas. heh? apalah maksudnya?
4) Nasi Kuning. 4/10. markah terendah setakat ini. sebab nasi dia lembik, sambal tak kick, itu ayam goreng pun biasa jak. tak apa makcik. ada peluang untuk memperbaiki kesilapan dalam membuat nasi kuning terhebat di abad ini. aaaaa tiba2 rindu nasi kuning yang dijual masa bazaar ramadhan kampus haritu. sob sob sob =(
*aku rasa blog aku hari2 pasal makanan,perlukah aku tukar tema blog ini kepada makanan dan menukar nama blog kepada Dari Perut ke Keyboard?
fening fening =="
Comments