aku jarang cerita pasal kisah cinta aku di blog sekarang kan.
sebab aku rasa, biarlah kisah peribadi aku,
aku seorang saja yang tahu.
dengan siapa aku bercinta?
sejauh mana cinta aku?
bahagiakah kami?
biar, biar, aku seorang saja yang tahu
cukup untuk kamu tahu,
bahawa dia lelaki yang pandai mengambil hati aku,
seorang yang tegas dan tetap pendiriannya,
mempunyai matlamat hidup yang jelas,
sentiasa membahagiakan aku,
sentiasa memberikan kata-kata semangat dikala aku jatuh,
sentiasa menyokong semua kerja-kerja kampus ku,
menerima aku apa adanya,
dan yang paling penting,
mencintai aku dengan sepenuh hatinya
perjalanan kami masih jauh,
sangat jauh di hadapan,
jadi lebih baik,semuanya
slow and steady saja buat masa ini.
seperti apa yang pernah dia katakan
"know your priority!"
and priority saya:IPG,GURU dan MASA DEPAN
Comments