Semester 4, tahun kedua sudah melabuhkan tirai, and dapat saya simpulkan bahawa this is the great great semester ever yang pernah saya lalui. paling pack dengan aktiviti, paling banyak kenangan suka dan duka,and the most membahagiakan buat diri saya =)
1) MPPB KPLI dan PPISMP ambilan JUN 2010.
and for the first time, saya balik awal. dan tinggal d asrama mawar seorang diri semata-mata mahu kasi siap semua kerja untuk MPPB.omaigod masih saya ingat lagi tu, saya mandi kurang dari 5 minit terus berlari semula ke bilik dengan rambut2 yang masih bershampoo. terus paksa2 mata untuk tidur. hahaha!! not only that, first lagi jadi fasilitator. memang mencabar social skill saya la. susahnya rasanya berada di keadaan itu.
2) HIKING PENGAKAP KE KAMPUNG INDERASABAH
walaupun namanya hiking kan, tapi tiada la naik2 bukit segala. di jalan raya saja selama 5 jam. berhujan dan berpanas.memang sakit kaki. dan sangat berbangga dapat sekawan yang sangat sporting dan setia kawan. Sekawan Gajah juga yang paling best. sampai ja di padang kampung Inderasabah tu, memang totally exhausted. kaki boleh juga lah sakit mahu seminggu
3) MAJLIS KONVOKESYEN IPG KAMPUS TAWAU
untuk ini, saya ditugaskan menjadi AJK Pameran with seri,sahril,ain and beberapa orang KPLI BI. seriously, saya rasa walaupun kerja ini banyak. sebab saya kena setting tempat awal dan menjadi orang yang terakhir yang harus membersihkan tapak pameran. tapi best lah juga. first time rasanya membersihkan lobi pentadbiran, packing lot pensyarah. semua kerja dibuat dengan enjoy :) and sebagai ganjaran, kami adakan BBQ di kafeteria. the most stupid BBQ yang pernah saya jumpa. memang mahu kasi salah tu kafeteria.sangat tidak berfikiran! adakah di suruh BBQ di atas longkang punya besi dalam kereta sorong lagi? wtf!
4) BINA INSAN GURU KAMPUNG BALUNG COCOS,TAWAU
untuk BIG semester ini, saya menjadi Pengerusi. omaigod. ini adalah BIG yang paling mencabar dan saya dapat tugas yang paling berat. tapi, saya memang belajar macam2 disini terutamanya dalam hal kawalan emosi. saya banyak memotivasikan diri sendiri supaya sentiasa jadi positif.memang banyak cabaran sebab kena berurusan dengan orang kampung, kena buat keputusan dengan bijak, dan banyak kali juga saya dimarah. it's okay for me, sebab dari situ saya tahu saya akan dapat banyak pengalaman
5) SWEET 21 =)
saya tidaklah mengharapkan dapat kunci kebebasan untuk umur ni. sebab my parents sudah sporting juga. celebrate with someone di Secret Recipe on that day, and lepas tu kitorang pergi lagi sekali with my abang-abang sekalian di Secret Recipe juga. saya sangat gembira and there's nothing I could ask more for my birthday.
6) PBS 4: SK SRI GAYA
ini adalah PBS saya yang terakhir dan memilih SK Sri Gaya adalah pilihan yang paling tepat buat saya dan Seri.sekolah ini memang paling banyak informasi untuk tugasan saya. dan sekolah yang paling baik pernah saya pergi. banyak benda yang boleh diambil sebagai pengajaran juga buat bakal guru seperti saya.
7) SANDAKAN CLASS TRIP
class trip yang entah keberapa untuk kelas kami. tapi ini adalah trip yang paling enjoy. sebab kami drive dari Tawau ke Sandakan untuk 5 jam.konvoi kereta lagi. baru lah feel trip kelas! banyak tempat kami pergi. and semuanya pun best. tidur dalam hotel yang selesa, makanan pun sedap2. and apa apa pun, I really want to go Sandakan once again!
8) PERKHEMAHAN PENGAKAP KLM 24 PISMP DAN KPLI
kami camping jauh sangat! sangat jauh. terpaksa jalan kaki angkat barang untuk ke tapak perkhemahan. haha inda bah, sebenarnya kami camping belakang BLOK KH ja pun. tapi saya bersyukur juga lah. sebab ni antara camping yang paling relaks pernah saya pergi. kami tiada juga aktiviti lasak melainkan dengar ceramah dalam dewan yang ada aircond.laung agung pagi2,memasak2, tidur2 dalam kelas. opsss ;p
9) RUMAH TERBUKA IPG KAMPUS TAWAU
and again, saya kena jadi MC untuk hari itu. just makan2 dan juga nyanyian lagu2 raya. and first time kampus kami adakan rumah terbuka seperti itu. dan memandangkan tidak dapat makan berabis di dewan, kami angkat semua makanan extra dari dewan dan makan di bilik TV asrama. haha!!
10) MICROTEACHING
semester ini penuh dengan makro/mikro teaching.dan ini memang sangat penting buat saya. saya suka buat RPH, fikir aktiviti, dan buat makro/mikro ni. untuk subjek PJ, kami berjaya buat dengan baik sekali. dan untuk subjek pengajian sosial, memang sangat disaster buat saya. saya kena repeat dua kali, dan dua2 nya tidak memberi kepuasan untuk pensyarah kami. dan untuk pertama kalinya, saya menitiskan airmata kerana perkara yang berunsur akademik. ahahha selama ni, buat tak tahu ja. but bagi saya, when it's turn for something yang penting untuk praktikum, saya memang sangat serius!
11) MINGGU KO-KURIKULUM
ini adalah tugasan yang terakhir buat kami sebagai JPP. saya buat dua tugas iaitu AJK Pentas dan juga Ketua Statistik. memang sangat penat. selepas habis saja semua perlawanan, saya akan mencari semua ajk setiap permainan untuk kutip markah dan malam tu juga akan terus buat pengumuman untuk match pada esok hari. at the same time, kena uruskan juga potong2 polistrin, kasi kaler lagi. and thank you to PPISMP PML Jun 2010 sebab tolong saya. I really do appreciate it a lot.
12) JAMUAN MAKAN MALAM PENGAKAP
kami buat di Wisma Alamanda. bbq ayam, sotong dan ikan. kami makan2, dan sambil tu karaoke2. dan sempat lagi berjoget2 sampai lah jam 11 malam. kalau bukan penyelia datang suruh stop,mungkin sampai ke pagi juga la event ni nda habis.
13) HARI KILAUAN PERMATA IPG KAMPUS TAWAU
bertemakan "keajaiban hutan" dan saya memang tak tahu nak pakai apa. so dalam almari ngam2 ada jubah hijau, terus pakai lah. daun kan ;p tu yang hijau2. I really don't expect to get any reward, tapi bila nama disebut 'PISMP AKTIF WANITA' memang terkejut juga lah. ianya bukan satu yang boleh megah2kan, tapi saya boleh kata ianya satu peneguhan positif untuk saya terus dan kekal aktif di dalam kampus.
14) CUTI BERMULA
thanks to IPG sebab bagi tiket free. MAS lagi.sepatutnya flight saya 20hb, tapi cepat2 saya tukar ke 19hb. gara-gara mahu balik awal punya pasal. jam 2.40 petang dari Tawau dan 820 malam lagi sambung flight ke Labuan. saya tak stay lah lama2 di airport sebab saya pergi ke rumah my uncle juga di putatan.and now, SAYA DI LABUAN!
actually, ada banyak lagi story ni, cuma rasanya ini ja beberapa kisah yang memberi kesan sedikit sebanyak dengan diri saya. Apa yang paling best for this semester ialah menghadapi semua cabaran dan dugaan serta kenangan manis bersama orang yang paling penting dalam hidup. I do really appreciate for giving me strength and full support for anything that I do =)
Comments