alamak, terlambat sudah mahu wish kamurang selamat hari raya aidiladha, wuwuwuw sebab harini sudah hari lain. saya sudah lambat 24 minit ;( untuk menambah feel kepada kesedihan ku mari dengar bersama2 lagu MLTR-25 minutes. muahahahahaha
well, today, saya berjalan2 dengan penuh riang gembira berbaju kurung pink bersama shawl bunga2 pink juga yang banyak buat hal. grrr! tujuh rumah kami ronda semua, dan for sure, misi menguruskan badan sudah semestinya hancur. ohohoho.. setiap rumah, for sure, saya akan makan. sebab tak sopan pula kan kalau tak makan tu ;p *alasan la ko sana zatie, padahal ko kalau jumpa makanan, macam mahu gila*
dari pagi sampai ke malam. kami sampai di asrama dalam jam 9 lebih. terus ambil towel, berlari ke tandas.rupanya2 sakit perut la pula. so, buang air besar dan terasa lega baru lah mandi dengan penuh ketenangan. online facebook dan blog guna broadband roomate ku tersayang. mate, thank u. i owe you so much. dari charger battery laptop hingga ke broadband.
dan satu hal yang sadis ni, saya belum kemas barang langsung! bilik saya macam bilik kucing yang baru beranak. wuwuwuwuwuw..punya la kemalasan tahap dewa dewi ni. padahal kalau mahu cuti, excited gila. kemas barang malas ;p
okay, saya mahu ronda dunia internet dulu. pergi baca2 blog orang, mahu main2 di facebook. babai kalian~
Comments