Skip to main content

ini photoshoot macam bukan juga, tapi entah apa apa sajalah;

ohaiyoooooooo! pergi kuliah makan2 nasi goreng, punya fullblast banyaknya. aku pun tidak tahu lah kenapa selera makan aku bertambah betul kalau dalam kampus ni.walhal, semua orang akan cakap, masuk kampus, terus feeling2 mahu balik rumah, homesick segala, aduh, kenapa aku tiada perasaan ini? aku ni normal ka tidak aa? atau aku sudah cukup2 imune bahawa mahu merungut macamana sekali pun, kena juga balik kampus =_=' know your own priorities!

selepas perhimpunan tadi, lepas kena cuci habis2 oleh pensyarah unit disiplin, pastu ada taklimat gerko sikit, which is semester ini kami akan berOLAHRAGA. kwang3x. menguruskan sukan kampus, and boleh tahu selok belok pasal olahraga la ni esok. penting rasanya olahraga ni, sebab nanti di sekolah, wajib juga kan tahun2 ada sukan. ni sapa yang merungut pasal hal sini, meh sini, daku tampar kau laju, biar sampai terbeliak biji matamu! hahaha..fed up sudah pasal rungutan tidak berasas sekarang ni

sampai di kelas, aku, seri, luqman dan ain bertugas harini kasi bersih kelas. tapi yang menyapunya ain sama seri saja. aku sama luqman, kunun2 luar kelas, lap2 tingkap dan si luqman pegang2 penyedok. at least, ada sumbangan juga lah. walaupun sikit ;p then masuk kelas, nampak kamera si luqman, terus berphotoshoot. muahahaha

so, aku sajikan korang gambar classmate aku, dan diriku;

aku, wanti,seri dan ain. dan info sikit, dalam berempat2 ni, ada orang yang baru sahaja tukar status "in a relationship" dalam facebook. dengan sapa tu? budak KB. haha habis lah dikau kena kasi main2 dalam kelas. konsep, ada lori ada bas, ada hari2 boleh ku balas. muahahah sorry yer du ;p i main2 jer. *tapi aku serius, tumpang bahagia untuk kau!*

and ada sikit review pasal group kami ni, ececeh, there will always be a rainbow after a huge rain. faham ka? i mean, walaupun sudah melalui beberapa perkara yang sangat menyakitkan dan mengecewakan, ada satu masa, kita sendiri akan move on, dan jumpa kebahagiaan tu. so guys, bersyukurlah kita dengan siapa yang ada disamping kita sekarang. *tazkirah* muahahaha

my fave picture! ini adalah gambar yang paling jujur aku rasa. sebab inilah watak sebenar dalam kelas aku. kalau pose2 ayu semua tu, trep saja semua. untuk menjaga imej keguruan kan. i love all my classmate, semua easy going dan sangat crazy mazzy. pernah jumpa pelajar sisir rambut depan2 pensyarah sambil berbedak, ketika pensyarah tu sibuk membentang nota? depan2, i mean beberapa inci ja dari tu pensyarah. salute la ko florence ;p hahahahahaha

ini adalah pose keguruan sikit. hmmm..bakal2 guru berpraktikum di Sk Muhibahraya, SK Bandar Tawau 2, yang si wanti aku lupa. tapi area2 bandar la juga. senior kami dulu ada kelas yang comel, iaitu menampal ABC di dinding, dan ianya menjadi tempat utama kami berposing2 ;D
dan candid! haha tapi napa si wanti senyum2 sana tu. dan ianya adalah gambar candid untuk diriku dan bukan dia. handphone sentiasa di tangan. bukan bersms aa, tapi facebook. haha aduii memang susah betul mahu larikan diri dari bahana facebook ni.

bah, till then ;) nanti kalau ada photoshoot yang real punya,aku update juga. yang haritu tidak jadi =_=' ba, mandi dulu, karang lagi kalau rajin, aku menempekkan ayat2 bosan di blog. babai


Comments

Anonymous said…
hehehe. tq duu.^^
ngahahahaha
amcm? x la teruk sgt kan entri i untuk u ;p
SheNn said…
sweeet picnyaa..:))

Popular posts from this blog

Kenapa kita selalu dapat benda yang kita tidak suka?;

setengah tahun berlalu. ada satu perkara yang aku belajar selama itu, yang aku sedari pada hari ini. bahawa, aku selalu dapat benda yang aku tak suka, dan tak mahu. dan benda yang aku mahu, aku tunggu, aku suka, memang aku tak dapat. dalam hidup, aku rasa selepas ini, aku tak perlu buat list apa yang aku tak suka, and aku tak mahu, sebab ianya seperti cuba untuk melawan takdir yang Allah tentukan buat aku. dan aku perlu sedar dan tahu, dan perlu fahamkan, sejauh mana kita merancang, se-perfect mana aturan kita, kadang kala Allah tak izinkan semua itu berlaku. atas sebab apa? sebab di atas semua itu ada hikmah yang akan berlaku. aku nak bagi contoh hal macamana aku tak suka, aku takut aku mengguris hati dan perasaan pula. cuma, aku rasa tak lengkap kalau aku tak cakap semua. i mean apa yang aku cuba maksudkan dalam hidup aku. 1) dari dulu, aku cakap, yang aku tak berminat langsung untuk ajar sekolah menengah. biar apa sekalipun. - tup tup aku jadi guru ganti sebulan sek

aku demam, batuk, dan gatal2 satu badan;

hellooooooww meellooowww mashimellow watermelonlow,and bla bla bla..entah apa punya introduction. sangat tidak menarik. sampai aku rasa aku nak hentak kepala manja2 kat dinding. hari ni aku perlu aktifkan mood sakit aku. cian aku, entah berjangkit dari siapa la ni, sampai aku punya flu dan batuk2 timbul. semalam, ya ampun, punya susah mahu tidur. aku bersin non stop. bayangkan la aa..sampai aku rasa mahu cabut hidung aku malam tu juga, dan tidur dengan lena. dek kerana bersin yang x henti, sampai menganggu diriku untuk bermimpi yang indah2 bersama tersayang,aku bangun pagi tadi, macam mahu pengsan. semua berpusing2, sampai aku menangis sorang2 dalam bilik. Tsk..tsk.. T___T dah lah sekarang tidur sorang, memang sadis lah. seri ketuk pintu tadi pagi, dia dah siap p kuliah. aku pun buka pintu, dengan rambut menggerbang semacam, sumpah, kalau aku jalan2 jam 2 atau 3 pagi, orang sangka aku hantu. kwang3x.. aku gtaw aku tak p kuliah, dan sms si bebeh. minta simpati kunun. supaya ada kekuatan

SBE 4; SK Sri Gaya #1

Ini adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah saya yang terakhir. dan kami memilih untuk pergi ke SK Sri Gaya. sepanjang empat kali SBE ini, mesti saya buat dengan roomate saya sendiri. alasan utama kami pergi sekolah ni adalah sekolah ni dekat dengan ofis bapa dia and mahu rasa pengalaman yang terbaru di sekolah kluster. so, ini dia cerita hari pertama di SK Sri Gaya; bangun sahur tadi jam 3.30 pagi. after that, sambung tidur. haha and kami lambat bangun lepas tu. terjaga dalam jam 6 pagi. okay, sangat kelam kabut. borang kami langsung belum isi. sampai saja sekolah, nasib baik belum mula perhimpunan lagi. cari mana Bilik Guru Besar dan sekali tengok di dalam, ada sudah beberapa guru pelatih lain yang buat SBE sana. dari IPG Keningau dan Kent. so, tidaklah kami berduaan ja di sekolah sepanjang minggu ni. GB buat temu bual dengan kami. dan dia tanya2 the previous school kami pergi.SK Sg Bedaun di Labuan, SK Weston di Beaufort, SK Likas di KK.then suddenly GB tu tanya. GB: Aik? kenapa boleh